Carian

Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan

Bakeri La Boheme AEON BiG Diiktiraf Halal oleh JAKIM

20 tahun yang lalu, AEON lebih dikenali sebagai Jaya Jusco. Aku tak pasti masih ramai orang ingat atau tidak nama Jaya Jusco. Aku memang ingat sebab ada satu Jaya Jusco yang dibuka berdekatan dengan rumah aku dan nama Jaya Jusco berubah menjadi AEON beberapa tahun kemudian.

Cerita sebenar entri kali ini bukan berkisarkan sejarah AEON. Sebenarnya aku nak cerita tentang bakeri yang ada di dalam AEON yang sudah menjadi 'pit stop' wajib setiap kali masuk AEON dari aku sekolah rendah sehinggalah dah ada dua orang anak. Hatta dengan anak-anak pun, memang aku bawa mereka pergi bakeri ni setiap kali masuk AEON.

Bakeri AEON BiG Halal

Kelas Boxing Dalam Mall di AEON Bandar Utama

Sabtu baru-baru yang lepas, 13 Ogos 2022, secara tak langsung aku join kelas boxing dari Tribe Boxing Studio selama 40 minit di dalam AEON Bandar Utama. Kelas ini diadakan ditengah-tengah AEON berdekatan dengan kawasan innerCasual.

Percaya tak percaya, AEON memang buat kelas boxing dalam tengah orang membeli belah?

Memang orang pandang-pandang juga tapi aku terlalu enjoy dengan kelas yang dikendalikan oleh trainer cilik, Intan, aku memang tak peduli sangat siapa yang pandang. Senang kata, aku 'all out' masa sesi kelas boxing. Seronok juga sebenarnya berboxing ni.

AEON Bandar Utama innerCasual

Akhirnya Wildan kena pakai kacamata

Akhir-akhir ni, aku perasan yang Wildan ada satu perangai semasa dia tengok TV. Dia akan duduk jarak yang dekat. Dalam 1-2 meter. Aku suruh ke belakang, dia mengesot ke belakang tapi lama kelamaan dia akan mengesot balik ke depan. Berulang kali juga jadi begini sampai lah satu hari aku tanya secara terus terang sama ada dia boleh nampak atau tidak.

Rutin tengok TV anak-anak aku hadkan hanya masa hujung minggu. Hari sekolah memang tak benarkan tengok TV. Kalau telefon pun, aku yang pegang dan diorang tak boleh main tanpa kebenaran. Kejadian mengesot ke depan ke belakang banyak berlaku masa hujung minggu atau masa musim cuti. 

Masuk sahaja hujung minggu aku ajak suami pergi ke kedai kaca mata untuk buat pemeriksaan dan sekaligu tempah sepasang kalau memang Wildan perlukan.

Masuk sahaja kedai, buat dulu pemeriksaan dengan mesin yang nampak rumah belon tu. Siapa yang pakai kacamata mesti tahu apa rumah belon tu. Berdasarkan mesin, mata Wildan dua-dua memang rabun. Sebelah kanan 125 dan sebelah kiri 175. Kami tengok nombor ni, kami terkejut. Masa kami mula-mula berkacamata dulu, paling tinggi pun 50-100. Ini dah nak mencecah 200 dah!

Inilah mesin yang tengok rumah belon. Ada yang guna rumah, ada yang guna belon.

Wildan kena pakai kaca mata olok-olok untuk optometrist check power sebenar berapa.

Macam manalah selama ni dia tak pernah cakap tak nampak?

Bila tanya-tanya, rupanya di sekolah kebangsaan dia duduk di meja depan sekali. Meja yang memang depan tu terus whiteboard. Tak terhalang apa-apa. Maka di sekolah kebangsaan memang dia tak ada masalah tak nampak ke apa. Di sekolah agama pula, dia duduk belakang tapi semua yang cikgu tulis dia boleh salin cuma lambat sikit. Ini dia tak pernah cerita pun sebab semua kerja memang dia boleh siapkan di sekolah sebelum balik. Kira dia cekap lah buat kerja.

Sebenarnya kami memang dah tahu kemungkinan besar Wildan akan rabun. 

Masa dia umur 5-6 bulan tak silap, kami ada dapat pemeriksaan mata anak dengan klinik yang kami buat kontrak di Moscow. Di sana, kami ambil kontrak dengan klinik swasta sebab nak mudah ambil vaksin mengikut jadual imunisasi. Doktor terus datang rumah untuk buat suntikan vaksin.

Dalam pakej kontrak ni, termasuk sekali beberapa pemeriksaan penting antaranya pemeriksaan telinga, mata, jantung dan banyak lagi. Antara yang paling best, dapat doktor kanak-kanak peribadi yang kita boleh mesej bila perlu. Hehe.

Masa buat pemeriksaan mata, doktor tanya power spek aku. Masa tu, power dah 300 dua-dua mata. Bila dengar, dia pun angguk. Dia tengok ayah Wildan, tak berkaca mata, dia tak tanya apa. Dia masuk dalam bilik gelap dan mula check mata Wildan. 

Mula-mula dia kata Wildan berisiko rendah untuk rabun. Tiba-tiba aku teringat yang suami aku ni buat lasik. So, ceritalah pasal lasik. Terus doktor tu kata "oh, kalau begitu, dia memang akan rabunlah sama ada awal atau lambat sahaja"

Bingkai ni sebenarnya agak besar tapi biarlah. Biar boleh pakai sampai habis sekolah rendah.

Bila tahu anak akan rabun, kita kurang panik. Tapi kita masih berjaga-jaga. 

Pemakanan dan gaya hidup Wildan masih kami usahakan jaga dengan baik. Malah Wildan sendiri pun bab makan sayur dan buah tak pernah ada masalah. Bab disiplin tengok TV dan gajet pun Wildan tiada masalah sangat. Ada juga sesekali dua buat perangai tengok TV lebih masa tapi kebanyakkan masa, dia boleh isi masa lapang tanpa ada TV atau gajet.

Untuk spek Wildan, kami sepakat untuk beli jenis yang tahan lasak walaupun kos agak tinggi. Tapi kedai yang kami pergi bagi diskaun 40% . Tambah pakej lensa yang boleh tapis blue light dari gajet, adalah mencecah RM300 juga. 

Bagi aku, spek ni kena teliti sebab nak guna mata hari-hari. Pengalaman aku, beli murah pun, tiap tahun kena tukar sebab bingkai patah. Ada satu bingkai tu belum cukup setahun, tiba-tiba bingkai patah dengan sendiri tak ada orang kacau pun! Dah macam beli bingkai mahal bila setiap tahun kena beli baru. Lensa aku dengan power 400 bukan murah. 

Beli bingkai yang kos tinggi sikit, boleh tahan 5-6 tahun. Tukar lensa perlu itupun kalau pandai jaga, sekali dalam dua tahun baru tukar lensa, bukan setiap tahun. Aku memang ada satu bingkai yang tahan 7 tahun, sampai akhirnya dipijak anak. Sekarang yang aku pakai ni dah genap 2 tahun dan memang dah nak kena tukar lensa. Bingkainya aku masih sayang dan malas nak cari yang baru. Guna dulu yang ada.

Bagi yang nak tahu, kami pergi ke Natrah Optometri di Seksyen 3, Bangi sebab di sana ada pakej kacamata murah. Pada aku, harga spek Wildan ni untuk pertama kali agak berbaloi untuk insyaAllah bagi tahan dalam setahun dua sebelum tukar lensa baru.


Fashion Preview dalam MRT oleh AEON

Dah masuk musim endemik ni, mesti ramai mula membeli belah baju untuk dapatkan gaya fesyen terkini dan lebih up-to-date. Maklumlah sepanjang dua tahun kita berkuarantin, hampir semua baju dalam almari sudah diulang pakai hingga lusuh!

Kalau mencari yang mesra poket, nak bagitahulah, pihak AEON sangat memahami keperluan fesyen pelanggan mereka dan AEON telah membawakan tiga jenis rekaan fesyen yang berbeza bagi menepati trend dan kehendak pelanggan. Tiga rekaan fesyen yang dibawakan adalah athleisure, pakaian percutian dan pakaian penagntin.

Lebih menarik lagi, rekaan fesyen ini dipersembahkan melalui agenda AEON Fashion Preview 2022 bagi mempamerkan rekaan-rekaan fesyen keluaran bulan Julai hingga Oktober 2022. Bagi yang tidak tahu. AEON Fashion Preview (AFP) merupakan agenda setiap tiga bulan oleh AEON bagi mempamerkan rekaan fesyen yang terkini untuk pelanggan-pelanggan AEON.

Tarikh 30 Jun, bersesuaian dengan penutup suku kedua tahun ini, AEON melancarkan tiga jenis rekaan fesyen untuk pelanggan mereka!

Jom, tengok satu-satu fesyen yang dibawakan oleh AEON untuk suku ketiga tahun 2022 kali ini.

Athleisure Style : Antara Sukan dan Fesyen

Sejak pandemik melanda, semakin ramai orang mula meluangkan masa di rumah untuk setiap acara aktiviti, sama ada bekerja mahupun bersenam. Pandemik Covid-19 telah mengubah gaya hidup ramai orang.

Dalam tak sedar, ramai yang sudah biasa dengan budaya Bekerja Dari Rumah atau lebih dikenali sebagai Work From Home. Dengan budaya WFH, ramai juga sudah mula memilih pakaian yang pelbagai fungsi seperti pakaian sukan yang selesa dipakai di rumah untuk aktiviti harian yang juga aestetik untuk terus masuk ke dalam Zoom meeting atau Google Meet.

Kalau nak tahu, inilah gaya 'athleisure'. Cara sebut dia begini AT-LEH-ZHUH.

Athleisure adalah gabungan dua perkataan dari 'athlete' dan 'leisure' yang bermaksud atlit (sukan) dan juga santai. Digabungkan jadi satu gaya sukan santai.

Dulu pakaian sukan lebih kepada keselesaan untuk pergerakan semasa bersukan berbanding reka bentuk yang aestetik (sedap mata memandang dan lebih bergaya). Sekarang, pakai baju sukan pun boleh bergaya siap bergambar cantik-cantik.

Di kesempatan dengan gaya 'athleisure' yang sudah semakin sebati menjadi gaya hidup ramai orang, pihak AEON mengambil kesempatan ini untuk berkolaborasi dengan salah satu pusat kecergasan melancarkan sebuah rangkaian rekaan pakaian 'athleisure' yang berpatutan dan selesa untuk orang ramai.

AEON Athleisure Style with innercasual

Check Kulit dekat AEON Wellness

Tahu tak, dekat AEON Wellness kita boleh buat 'beauty check' dengan Beauty Advisor yang ada? 

Mesti ramai yang baru tahu dan mungkin masih lagi takut-takut sebab kita sekarang hidup dalam pasca-pandemik. Jangan risau, buat beauty check dekat AEON Wellness ni tak makan masa yang lama dan yang penting kita dapat kenal jenis kulit dan keadaan kulit kita.

Sekurang-kurangnya kita tahu dekat mana kita kena perbaiki untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri. Caj yang dikenakan oleh AEON Wellness pun adalah sebanyak RM15.90 sahaja. Sangat berbaloi sebab dia check gunakan mesin khas dan boleh dapat report sekali.

Jom tengok apa benda yang Beauty Advisor dekat AEON Wellness check dengan mesin dia.

Beauty Check Murah dekat AEON Wellness

Program 'Berkat Korban 2022' - Dari Masjid Ke Pusat Beli-Belah

Usai tamat bulan Syawal, tidak lama lagi kita akan bejumpa dengan bulan Zulhijjah. Satu lagi bulan yang penuh makna dan sangat bererti bagi kita umat Islam. Bulan yang penuh berkat dan salah satu ibadah yang disarankan adalah ibadah korban.

Sejak pandemik Covid-19 melanda, aktiviti perlaksanaan ibadah korban semasa bulan Zulhijjah tidak lagi sama seperti dulu. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, orang ramai tidak dibenarkan untuk berkumpul dengan sebarang alasan. Dan ini termasuk untuk majlis-majlis keramaian dan keagamaan. Di atas keprihatinan ini, pihak AEON telah menganjurkan sebuah program khusus untuk sambutan AidilAdha bagi memudahkan urusan umat Islam di Malaysia. 

Untuk pengetahuan, sejak tahun 2020, AEON telah memperkenalkan sebuah program bernama Berkat Korban yang bertujuan untuk memberi kemudahan umat Islam di Malaysia untuk melaksanakan ibadah korban semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung pada tahun 2020. Program ini sekali lagi diadakan pada tahun 2021, juga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Julung kalinya tahun ini, tahun 2022, AEON meneruskan usaha memberi kemudahan melaksanakan ibadah korban melalui program Berkat Korban 2022.

Berkat Korban 2022 Pakej Korban AEON

Pameran Pokemon Trading Card Games (TCG) Yang Ke-25 di AEON Shah Alam

Pengumuman buat peminat-peminat Pokemon! Sekarang sedang berlangsung Pameran Pokemon Card Game yang ke-25 di AEON Shah Alam.

Wah! Sudah 25 tahun dah rupanya trading card Pokemon ni. Masih ingat lagi zaman sekolah rendah dulu, rajin juga main dengan kawan-kawan kad Pokemon. Sekarang dah ada anak, anak pula yang membeli. Macam tak percaya sudah 20 tahun yang lalu, petang-petang buka TV nak tengok Pokemon, kat sekolah main kad Pokemon.

Pokemon Trading Card Games Exhibition

Program AEON bersama komuniti setempat menyemarakkan Ramadan

Cuti Nuzul Quran yang jatuh pada tarikh 19 April baru-baru ni, aku dapat jemputan untuk bertandang ke sebuah program komuniti dekat sebuah pasar raya yang dekat dengan rumah aku. Pasar raya yang aku maksudkan adalah AEON BiG. AEON BiG sudah menjadi tempat mingguan untuk membeli belah barang keperluan dapur. Bagi aku, adalah satu kebanggaan apabila pihak AEON sendiri mengadakan program komuniti untuk merapatkan hubungan AEON dengan pelanggan setia mereka (termasuk aku).

Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti adalah satu program kendalian AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (M) SDN. BHD. sempena bulan Ramadan yang mulia dengan semangat kerjasama dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

program bubur lambuk aeon bersama komuniti

Affiliate Marketing : Kelebihan dan Kekurangan (Cara Atasi Kekurangan Juga!)

 Assalamualaikum dan hai!

Pernah dengar tak istilah 'Affiliate Marketing'?

Ke terlalu asing perkataan ni. Rasanya dah masuk tahun 2022 ni ramai dah mula kenal apa itu Affiliate Marketing. 

Affiliate Marketing ni adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan secara atas talian. Bukan buat bisnes macam dropship atau jadi agent tau. Hanya perlu ada blog atau akaun media sosial sahaja sudah cukup. Semua orang paling kurang ada satu akaun media sosial, kan? Buat affiliate marketing ni tak perlu 1000 followers atau kenalan pun masih boleh jana pendapatan! 

Tak percaya?

Mari aku terangkan apa sebenaranya AFFILIATE MARKETING.

Affiliate Marketing adalah satu model pemasaran yang digunakan oleh syarikat-syarikat dengan membayar pihak ketiga untuk menjana trafik atau 'lead' kepada produk atau servis syarikat. Pihak ketiga ni namanya affiliate marketer.

affiliate marketing malaysia

Koleksi Raya 2022 kolaborasi AEON dengan Jovian

Hujung minggu baru ni, dapat peluang untuk menghadiri majlis pelancaran koleksi baju raya di AEON Shah Alam. Apa yang menarik dengan pelancaran koleksi ini ialah, koleksi raya dari AEON kali ini bukan koleksi biasa-biasa. Ia adalah koleksi hasil kolaborasi antara AEON dengan JOVIAN.

Siapa tak kenal nama JOVIAN, bukan? Satu nama yang sudah sebati sebagai ikon industri di Malaysia. Dato' Jovian terkenal dengan pengaruh Mal-Indo merentasi rekaan yang  mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie House (JM).

Sempena Hari Raya untuk tahun 2022 ini, Dato' Jovian telah menghasilkan koleksi sedia pakai (ready to wear) berkonsepkan Nusantara. 

AEON x JOVIAN Koleksi Nusantara Raya 2022

Pentingnya Jaga Kaki : The Kaki Talk Show Sunfeet International

Pernah tak korang bangun pagi-pagi tiba-tiba datang rasa sakit pada tumit? Rasa menyucuk tapi tak berpanjangan. Datang sesekali sesekala.

Kalau pernah, kemungkinan besar ada masalah kesihatan kaki dan perlu berjumpa dengan pakar untuk rawatan lanjut.

Fakta: 4 daripada 5 orang dewasa ada masalah kesihatan kaki. 

Maksud masalah kesihatan kaki ialah masalah-masalh seperti 'flat foot', tumit sakit, ada benjolan atau apa-apa yang sepatutnya tidak ada pada kaki. Masalah sebegini boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti masalah sakit belakang, sakit belakang dan mungkin juga masalah postur badan.

Ramai yang tak berapa nak ambil berat tentang masalah kesihatan kaki sampailah masalah dah jadi sangat ketara, betul tak?

Haaa, semua ni bukan cakap main-main ya. Fakta ini diberitahu sendiri oleh Dato Dr Edmund Lee kepada hadirin dalam The Kaki Talk Show pada 20 Mac 2022 yang lalu. Selain berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan pelbagai masalah kesihatan kaki, Dato Dr Edmund Lee juga berkongsi tips untuk penjagaan kaki supaya dapat mengelakkan masalah kesihatan kaki.

Sunfeet International Rehab Centre Kaki Talk Show

Cipta Memori Hari Bahagia di Grand Oasis Event Hall

 Assalamualaikum dan hai!

Minggu lepas, aku ada dapat jemputan untuk hadir ke sebuah majlis pelancaran. Majlis pelancaran sebuah dewan keramaian atau dalam bahasa Inggeris kita panggil 'event hall'. Biasanya dewan sebegini digunakan untuk majlis majlis yang besar seperti majlis perkahwinan, kan?

Bagi aku, dengan wujudnya dewan keramaian sebegini dapat membantu banyak pihak terutama pihak pengantin. Rata-rata dewan sekarang memang dah sediakan sekaligus pakej catering makanan, pelamin dan mungkin juga sekali gus dengan pakej photographer dan videographer!

Buat bakal-bakal pengantin ataupun pengantin yang masih mencari dewan untuk buat majlis perkahwinan atau majlis resepsi di sekitar Seri Kembangan atau berdekatan, boleh Google terus nama dewan ni: Grand Oasis Event Hall.

Jom tengok macam mana rupa dewan ni...

Grand Oasis Event Hall

Pupuk minat memasak dalam diri anak-anak

 Assalamualaikum dan hai.

Lamanyaaaaa tak update entri blog ni. Sebenarnya sibuk dengan kehidupan seharian. Nak nak lagi dengan thesis dan research untuk Master. Di tambah pula dengan anak masuk sekolah rendah. Proses transisi dari tadika lagi. Fuh, memang penat. 

Salah satu goal untuk tahun 2022 adalah untuk buat lebih banyak masa dengan anak terutamanya aktiviti memasak. Rindu nak memasak dengan anak-anak. Sebelum PKP, sebelum sambung belajar, memang kerap buat aktiviti memasak dengan anak-anak. Cuma, sejak dah sibuk dan banyak kerja nak buat, bukan setakat aktiviti memasak dengan anak, masak harian pun macam payah.


culinary school online games cooking

Permainan Klasik Komputer Zaman 90-an

 Assalamualaikum dan hai!

Ramai ke yang follow blog ni anak-anak zaman 90-an? Ehem aku salah seorang mereka yang lahir tahun 90-an. Hehe

Zaman aku membesar berbeza dengan zaman anak-anak aku membesar. Pertama kali aku guna komputer adalah ketika aku berumur 7 tahun. Itupun masa tu mak aku nak sambung belajar (ijazah sarjana - master degree) di United Kingdom selama setahun dan terpaksa tinggalkan kami 4 beradik bersama ayah. Sekitar tahun 1999-2000. Internet masa tu masih baru-baru lagi.

Pssst... masa tu nak sambung talian internet kena cabut wayar telefon dan kena 'dial up' di komputer baru boleh dapat internet. Ye, aku belajar seawal 7 tahun macam mana nak sambungkan wayar telefon rumah ke CPU untuk dapatkan talian internet. 

Bukan itu sahaja, aku belajar cara nak guna desktop dan karang email untuk hantar email kepada mak yang berada di UK. Masa tu semua mak ajar sebelum dia berangkat.

computer games in 90s permainan komputer 90-an

VIP Pass: Pass percutian yang di idamkan

 Assalamualaikum dan hai,

Apa benda pertama korang nak buat sebaik sahaja pandemik dah reda dan rentas negeri dibenarkan?

Aku nak pergi bercuti. Kalau boleh nak pusing pusing satu Malaysia. Banyak lagi sebenarnya tempat dalam Malaysia ni aku sendiri tak pernah sampai. Hatta Kuala Lumpur sendiri aku masih tak biasa. Padahal Kuala Lumpur ni 20 km sahaja dari rumah aku.

Lamanyalah tak pergi hotel. Sebenarnya aku kadang-kadang suka duduk hotel walaupun satu malam. Macam terapi gitu. Rehatkan otak sekejap, rehatkan badan jauh dari kesibukan realiti. Kita rasa hidup eksklusif kejap. Kejap pun jadilah.

Rindunyaaa...

Cuma, dengan keadaan sekarang, ekonomi sekarang, memang akan fikir bajet juga untuk keluarkan duit nak pergi hotel atau berjalan-jalan. Kena buat pengasingan duit dulu, rancang betul-betul. Nak nak dengan keadaan pandemik, banyak SOP yang nak perlu dipatuhi.

pass vip getpassvip hotel travel malaysia

Game Online Percuma Mesra Keluarga

 Assalamualaikum dan hai!

Apa khabar semuanya? Harap-harap semuanya masih boleh bertahan untuk PKP yang masih lagi berjalan. Sejak sesi persekolahan bermula, aku nampak ramai yang kongsikan pengalaman mereka untuk sesi PdPR anak-anak. Selaku seorang ibu, aku sangat memahami situasi dengan anak PdPR.

Kali ini aku nak ajak semua yang tengah baca ambil masa untuk berehat dengan anak-anak yang stress seminggu kelas tu main game komputer.

Biar betul nak ajak main game komputer?

Yes. Aku nak ajak main game. Buat yang tak tahu, aku suka main game komputer. Kebanyakkan game yang aku suka main adalah game game yang atas talian. Siapa yang kena Yahooligans! Kita geng! Sekarang dah tak ada. Hehe.

Di zaman serba canggih ni, kita tak boleh nak stick pada cara lama ajak anak-anak main permainan tradisional sahaja. Sesekali kita kena juga ikut serta anak-anak bermain game dalam komputer. Maklumlah mereka ni generasi alpha. Seawal 2 tahun dah pandai guna smartphone kot.

Kebetulan, aku ada jumpa satu website yang ada koleksi permainan atas talian yang sangat sangat mesra keluarga. Nama website ni Plays.Org

plays.org online free browser games

Raya CovEid 2021

 Assalamualaikum dan hai

Selamat Hari Raya bagi semua yang membaca blog ini. Aku rasa masih belum terlambat kot nak ucapkan selamat hari raya. Maklumlah kita kat Malaysia memang sambut hari raya Aidilfitri sepanjang 30 hari Syawal. Hehe

Ada yang dah habis Puasa Enam? Aku masih belum mula lagi. Wildan pun dah mula ajak puasa sekali walaupun sebenarnyan puasa Ramadan tempoh hari dia tak cukup 30 hari.

Sebelum mula Ramadan lagi aku dah boleh agak yang tahun ini kita akan beraya sama seperti tahun lepas. Memandangkan jumlah kes dari hari ke hari masih lagi dengan 4 angka. Bila vaksin sudah mula diberikan kepada frontliners dan fasa rakyat biasa sudahpun bermula, bilangan kes baharu setiap hari masih lagi mencecah 4 angka. Herd community untuk mencegah Covid-19 masih belum kuat. 

Walaupun kita semua boleh dikatakan beraya dalam keadaan PKP, tidak boleh ke mana-mana, aku tengok dalam timeline Facebook dan Instagram tidak kurang meriah seperti hari raya sebelum sebelum ini. Maklumlah ini sahaja cara untuk kita berkomunikasi dengan kawan-kawan dan sanak saudara yang ada.

raya covid-19 tahun 2021

Tips Pilih Cili dan Tomato

 Assalamualaikum dan hai!

Selepas sekian lama kebuntuan untuk tulis, kali ini aku nak kongsikan sikit pasal membeli belah terutamanya barang dapur. Hehe.

Siapa yang memang follow instagram aku, dan rajin menonton IGStory mesti perasan sejak PKPB ni aku banyak berkongsi pasal pemilihan sayur-sayur. Setakat hari ini aku dah kongsikan cara pilih cili, tomato, kobis, brocolli dan terbaru pasal capsicum.

Cuma untuk entri kali ini aku terhadkan kepada dua sahaja : CILI dan TOMATO sebab aku rasa dua bahan ni antara barang wajib topup bila pergi grocery. Lagipun banyak sangat pun tak seronok kan. Nanti yang lain kita share dalam entri yang lain pula okay. 

tips pilih sayur

Tesco Scan And Shop

 Assalamualaikum dan hai!

Hari ini nak cerita pengalaman beli barang, scan sendiri dan terus bayar tanpa beratur panjang di Tesco! Okay, pertama sekali nak bagitahu Tesco adalah tempat shopping kegemaran tapi aku jarang nak membeli di Tesco sebab tak ada yang berdekatan dengan rumah. Dekat kawasan perumahan kami sahaja ada 3 kedai borong dalam sekitar 3-5 kilometer dari rumah, so memang kebiasaanya membeli belah di kedai yang terdekat.

Aku sukakan Tesco sebab pilihan barang dan kualiti barang di Tesco. Malahan  Tesco ada rangkaian produk sendiri yang berkualiti. Cuma jarang-jarang nak membeli barang dapur di Tesco sebab tak ada yang berhampiran dengan rumah. Paling dekat pun makan masa 30 minit perjalanan. Tapi kalau memang mood nak beli di Tesco, memang cari juga Tesco.

Baru-baru ini, sebelum bermula PKPB di negeri Selangor, aku berkesempatan untuk membeli barang dapur di Tesco dan pengalaman kali ini berbeza daripada biasa.

Kenapa?

Sebab ada Tesco Scan and Shop.

tesco scan and shop