Carian

About Me

Siapa SlumberLady?


Nama diberi Asma' Amirah binti Nazarudin. Ada yang panggil Asma, ada juga panggil Amirah dan ada sesekali jadi Mira. Namun, mesra dikenali sebagai 'SlumberLady'. Ada kisah bagaimana nama 'SlumberLady' tercipta dan akhirnya menjadi nama blog dan kebanyakkan media sosial.

SlumberLady adalah seorang blogger, juga seorang content creator. Selain blog, SlumberLady juga aktif mencipta konten seperti video gaya kehidupan (lifestyle), review (bergambar dan video) di media sosial Facebook dan Instagram. Tak lupa ada juga sesekali muncul di Twitter dengan ciapan-ciapan menarik. Sejak pertengahan tahun 2022, SlumberLady sudah mula perlahan-lahan memunculkan diri di TikTok.

Blog ini mula diciptakan dengan nama variasihidupmu.blogspot.com pada tahun 2008 sebagai sebuah diari peribadi sahaja. Perlahan-lahan blog ini berubah menjadi sebuah blog yang berteraskan pengisian berkaitan kehidupan (lifestyle) yang mengenengahkan isi kekeluargaan, kecantikan dan makanan untuk dikongsikan dengan pembaca.

Secara umumnya, blog ini adalah kisah kehidupan, sekitar tips tentang hubungan dengan pasangan, skincare, makanan dan event-event menarik yang relevan dengan ibu milenial seperti SlumberLady.


Salah satu entri yang menjadi carian utama dalam Google adalah 7 Idea Berborak dengan Pasangan.
Ini adalah entri perkongsian sempena ulangtahun perkahwinan yang kelima bersama suami tercinta. Entri ini bersama beberapa entri lain telah disatukan dalam sebuah e-buku yang diterbitkan oleh Ukiyoto Publishing.

Antara minat terbesar SlumberLady adalah dunia penjagaan kulit (skincare) dan berjaya ditauliahkan sebagai 'Certified Skincare Consultant' bawah didikan Puan Mary pada November 2022. SlumberLady telah berkolaborasi dengan beberapa jenama melalui syarikat pemasaran untuk memberi review secara jujur dan telus mengenai produk-produk penjagaan kulit. Eh, SlumberLady juga ada review produk yang dibeli sendiri kerana sangat sukakan produk-produk yang dibeli.

Banyak lagi review yang ditulis oleh SlumberLady selain skincare. Boleh klik link ini untuk melihat review-review yang ditulis sebelum ni : Review SlumberLady




Apa yang ada dekat SlumberLady?

Pembaca boleh dapat cerita-cerita terkini tentang event atau program setempat sekitar Lembah Klang sebab SlumberLady adalah seorang kaki jalan! Di mana ada event/program, semestinya dia akan cuba munculkan diri!

Of course, selain cerita event, SlumberLady juga ada kongsikan tips dan cerita-cerita kehidupan yang relevan sebagai rujukan sebagai contohnya pengalaman bersalin di negara orang (Rusia) ataupun cara-cara untuk bermain dengan anak.

Antara benda yang dikongsikan adalah: 

Tak lupa review-review produk yang digunakan seperti review skincare, review makanan, review tempat menarik pun ada! Review yang diberikan, memang diberikan dengan sejujurnya JUJUR dan TELUS tanpa sebarang bias atau berat sebelah.

Ini baru di blog.

Belum lagi di media sosial.

Boleh tengok media sosial SlumberLady di link ini : https://beacons.ai/slumberlady

Untuk berkolaborasi, SlumberLady sedia untuk dihubungi.
Boleh email ke amirah.naza@yahoo.com ataupun terus Whatsapp sahaja (boleh rujuk pada link di atas).




Latar Belakang SlumberLady

Awal-awal pencipataan nama SlumberLady adalah satu nama pena yang direka semasa berusia 14 tahun. Pada ketika itu, saya amat minat menulis puisi dan sajak di dalam sebuah buku contengan (buku yang sudah tidak tahu ke mana). Selain menulis puisi dan sajak, saya juga pernah menyiapkan 2 manuksrip novel (juga tidak tahu ke mana hilang manuskripnya) semasa berusia 17 tahun.

Kenapa tak dihantar ke penerbitan?
Manuskrip pertama saya ditolak oleh salah seorang penulis novel tersohor (penulis kegemaran saya ketika itu!). Kata beliau penulisan saya masih perlu digilap dan manuskrip saya perlukan banyak pengolahan. Tetapi serius saya pun tak ingat di mana manuskrip tersebut (siap cetak kot dulu!).

Manuskrip kedua pula cumalah tulisan tangan di dalam buku karangan sekolah (3 buah buku karangan tak silap saya) yang ditulis dari masa ke masa sepanjang saya berusia 17 tahun. Manuskrip ini hilang  semasa proses pindah randah yang berlaku pada tahun 2009. Sedih, tapi nak buat macam mana.

Pada tahun 2010, saya menyambung pengajian kursus kejuruteraan dan masih menulis blog mengikut masa yang ada sehingga tahun 2013 (yang mana blog masih lagi blog peribadi dan tulisan masih gaya remaja). Kemudian blog menjadi sunyi selama 4 tahun tanpa sebarang entri baru.

Sebenarnya saya berkahwin pada tahun 2013 dan melalui proses perubahan dari seorang gadis bujang yang jenis 'slumber' kepada seorang yang lebih 'reserve'. Selepas tamat pengajian, dengan anak seorang berusia setahun, saya memilih jalan untuk menjadi seorang suri rumah sehingga anak berusia 5 tahun (masa itulah). Baru sahaja anak sulung nak masuk 2 tahun, lahir lagi seorang anak. Secara tak sedar, saya sudahpun menjadi seorang suri rumah selama 8 tahun (sejak tahun 2015).

Minat menulis masih ada, cuma tidak diasah. Itu yang perlahan-lahan ceburi bidang penulisan melalui blog.
Pada tahun 2017, saya bagitahu suami saya ingin hidupkan semula blog saya dan mula buat blog sebagai salah satu pekerjaan saya. Maka, bermulalah perjalanan blog saya secara serius.

Begitulah serba sedikit tentang SlumberLady. Harap kita dapat berkenalan dan bekerjasama!