Carian

Kejutan akhir tahun di AEON dan misi pencarian duta Kids Republic

Akhirnya kita masuk ke bulan Disember. Dalam sedar tak sedar, 2022 sudah pun di penghujung. Dah bersedia untuk melangkah masuk ke tahun 2023?

Sebelum kita tinggalkan 2022, sekali lagi AEON membawakan kejutan dengan countdown 12 Days of Surprises sempena musim perayaan hujung tahun kali ini. Fokus untuk sambutan ini adalah mencipta masa yang berkualiti dengan tradisi baru. Slogan untuk promosi kali ini adalah "Twinkling Eyes, Gleeful Smiles, Treasured Moment" yang membawa maksud "Sinaran Mata, Kecerian Senyuman, Saat Tersimpan". Slogan ini sangat bermakna dan sangat menzahirkan harapan AEON untuk memeriahkan dan menceriakan pelanggan mereka dengan tawaran dan promosi yang menarik.

AEON December 2022 Promo

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen berkata 

"Kita tidak boleh mengambil mudah malah perlu memastikan sambutan perayaan ini menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi anak-anak kita. Melalui 12 Days of Surprises, AEON juga bekerjasama dengan jenama popular mainan kanak-kanak untuk menawarkan sesuatu yang akan menjadi memori untuk anak-anak kita hinggalah mereka dewasa nanti."

Kalau nak tahu apakah jenama-jenama yang terlibat dalam 12 Days of Surprises, boleh tengok gambar di bawah. Antara jenama terkenal yang terlibat adalah Fisher-Price, LeapFrog, Nerf, Barbie, Hot Wheels, Marvel dan Sylvanian Family. Jika diperhatikan setiap jenama akan mempunyai Hari Kejutan! sendiri yang membawakan promosi istimewa jenama dan produk eksklusif pada harga yang menakjubkan bermula 13 Disember hingga 24 Disember. Ini bukan anak-anak sahaja yang jadi teruja, malah ibu bapa juga jadi teruja!

12 Days of Surprise AEON 2022

Daaaaaaan....

AEON juga memperkenalkan jenama JSP962, sebuah jenama pakaian kanak-kanak popular dan berkualiti dari negara jiran, Indonesia. JSP962 sudah berada di pasaran sejak 1986 dan berada di lebih daripada 275 cawangan di seluruh dunia! Bila dilihat pada katalog JSP962, memang sangat cantik rekaannya dan penuh gaya. Untuk melihat sendiri pilihan dan rekaan JSP962 boleh layari di laman web rasmi mereka:  JSP962 Baby and Kids

JKIDS AEON December 2022
Pandai betul model model cilik ni bergaya dengan pakaian mereka.

JKIDS AEON December 2022
Wah, segak masing-masing dengan beg, botol air dan teddy bear!

Jika anda seorang pelanggan setia AEON, sudah semestinya ada sangat mengenali jenama JKIDS. JKIDS adalah rangkaian pakaian kanak-kanak keluaran AEON berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Jenama JKIDS juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan baju tidur padanan terbaru dan koleksi terbaru yang direka berdasarkan citarasa kanak-kanak. Semestinya bergaya dan selesa.

JKIDS AEON December 2022
Ha! Seorang satu ada pistol.

Untuk maklumat lanjut tentang 12 Days of Surprises dan promosi istimewa untuk bulan Disember di AEON, boleh layari laman web untuk melihat e-katalog AEON:

https://www.aeonretail.com.my/xmas22/

Selain daripada JKIDS, AEON ada satu lagi jenama khusus untuk anak-anak dikenali sebagai Kids Republic. Dalam pelancaran 12 Days of Surprises, AEON telah mengumumkan pencarian duta kanak-kanak untuk jenama KIDS REPUBLIC! Ya, mereka sedang dalam misi mncari duta cilik.

"Kids Republic sedang mencari kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. Kami mahu mempertengahkan impian dan aspirasi mereka! Kami mahu memaparkan cerita mereka untuk memberi insipirasi kepada lebih ramai kanak-kanak. Lagipun, Kids Republic adalah untuk Kanak-Kanak Yang Mencipta Masa Depan" 

ucap Low Ngai Yuen semasa mengumukan pencarian duta Kids Republic.

AEON Mencari Duta KIDS REPUBLIC

Untuk maklumat lanjut tentang pencarian duta cilik Kids Republic, boleh terus klik pada QR Code yang tertera di bawah.


Tunggu apa lagi, sila serbu AEON berdekatan untuk dapatkan barangan pilihan dengan promosi terkini!

Selamat tinggal 2022, selamat datang 2023.

Tiada ulasan

Komen