Carian

Memaparkan catatan dengan label Travelling. Papar semua catatan

VIP Pass: Pass percutian yang di idamkan

 Assalamualaikum dan hai,

Apa benda pertama korang nak buat sebaik sahaja pandemik dah reda dan rentas negeri dibenarkan?

Aku nak pergi bercuti. Kalau boleh nak pusing pusing satu Malaysia. Banyak lagi sebenarnya tempat dalam Malaysia ni aku sendiri tak pernah sampai. Hatta Kuala Lumpur sendiri aku masih tak biasa. Padahal Kuala Lumpur ni 20 km sahaja dari rumah aku.

Lamanyalah tak pergi hotel. Sebenarnya aku kadang-kadang suka duduk hotel walaupun satu malam. Macam terapi gitu. Rehatkan otak sekejap, rehatkan badan jauh dari kesibukan realiti. Kita rasa hidup eksklusif kejap. Kejap pun jadilah.

Rindunyaaa...

Cuma, dengan keadaan sekarang, ekonomi sekarang, memang akan fikir bajet juga untuk keluarkan duit nak pergi hotel atau berjalan-jalan. Kena buat pengasingan duit dulu, rancang betul-betul. Nak nak dengan keadaan pandemik, banyak SOP yang nak perlu dipatuhi.

pass vip getpassvip hotel travel malaysia

Melawat Kuala Lumpur tanpa kenderaan

Assalamualaikum dan hai!

Untuk entri kali ni nak cerita pasal jalan-jalan dalam Kuala Lumpur tanpa rasa susah. Percaya tak percaya sepanjang membesar di Cheras yang merupakan sempadan Selangor dan Kuala Lumpur, aku jarang masuk KL sebab rasa KL tu jauh walaupun cuma jarak 15-20 km sahaja. Pergi Bangi yang jarak 20 - 25 km itu lebih dekat pada aku. Nak-nak sekarang dah jadi student UKM. Haha. Mana tidaknya, masuk bandar Kuala Lumpur tu selalu sesak dan makan masa kot.

Ingat lagi, masa kecil dulu, memang akan naik pengangkutan awam untuk pergi Sogo, Jalan TAR untuk cari baju raya atau semata-mata nak pergi KLCC. Ummilah bawa kami empat beradik masuk KL dengan menaiki LRT. Baba pula bawa kereta dari pejabat atau dari mana-mana. Haha. Taklah susah bila bawa dua kereta dengan nak parking lagi, dengan menghadap trafik lagi.

mudahnya berjalan di kuala lumpur