Carian

Fashion Preview dalam MRT oleh AEON

Dah masuk musim endemik ni, mesti ramai mula membeli belah baju untuk dapatkan gaya fesyen terkini dan lebih up-to-date. Maklumlah sepanjang dua tahun kita berkuarantin, hampir semua baju dalam almari sudah diulang pakai hingga lusuh!

Kalau mencari yang mesra poket, nak bagitahulah, pihak AEON sangat memahami keperluan fesyen pelanggan mereka dan AEON telah membawakan tiga jenis rekaan fesyen yang berbeza bagi menepati trend dan kehendak pelanggan. Tiga rekaan fesyen yang dibawakan adalah athleisure, pakaian percutian dan pakaian penagntin.

Lebih menarik lagi, rekaan fesyen ini dipersembahkan melalui agenda AEON Fashion Preview 2022 bagi mempamerkan rekaan-rekaan fesyen keluaran bulan Julai hingga Oktober 2022. Bagi yang tidak tahu. AEON Fashion Preview (AFP) merupakan agenda setiap tiga bulan oleh AEON bagi mempamerkan rekaan fesyen yang terkini untuk pelanggan-pelanggan AEON.

Tarikh 30 Jun, bersesuaian dengan penutup suku kedua tahun ini, AEON melancarkan tiga jenis rekaan fesyen untuk pelanggan mereka!

Jom, tengok satu-satu fesyen yang dibawakan oleh AEON untuk suku ketiga tahun 2022 kali ini.

1. Rangkaian innercasual dari Jepun akhirnya di Malaysia

Jenama AEON yang terkenal, innercasual (iC) kini sudah ada di Malaysia.Rekaan-rekaan iC diperbuat daripada fabrik mesra alam dengan tambahan teknologi untuk menambahkan fungsi dalam kategori athleisure.

Setiap rekaan yang juga dihasilkan daripada kapas organik - kapas yang ditanam dan ditumbuhkan di ladang tanpa sebarang racun perosak atau baja kimia serta dijanjikan ringan dan selesa untuk bergerak secara bebas. Tambahan lagi, iC direka dengan kebolehan menyerap peluh dengan baik dan cepat kering serta anti-bauan, anti-bakteri dan memberikan perlindungan daripada UV.

Athleisure AEON Preview Fashion

Digelar sebagai fit-style di AEON, iC sentiasa menyokong pelanggan dengan 4 cara: aestetik untuk semua umur dan jenis badan, berfungsi, mampan dan mampu milik.

Rangkaian fesyen innercasual membawakan 3 jenis gaya yang berbeza: ActiveWear (fun and fuctional), PeaceFit (rekaan berteknologi memperkasakan gaya hidup) dan Sustainable (rangkain fesyen kolaborasi bersama pereka fesyen British dan aktivis , Katherin Hamnett). Dengan mesej 'SAVING THE PLANET', innercasual membawa semangat Katherine Hamnett untuk melindungi bumi dan persekitaran.

Untuk maklumat lanjut pelancaran innercasual, boleh baca di sini: AEON Bawa Fesyen Athleisure ke Malaysia!

2. Melancong juga ada gayanya!

Bersempena dengan kesibukan pelancongan domestik dan sekatan pelancongan dihentikan, AEON memperkenalkan pelbagai jenama rekaan yang sesuai untuk melancong. Rekaan-rekaan khas untuk keselesaan sepanjang perjalanan dan tak lupa juga boleh terus 'snap' sekeping gambar dengan baju dan pemandangan yang cantik, kan?

Antara jenama-jenama yang terlibat menghasilkan koleksi khas untuk melancong adalah:

-Scar
-Puteri
-PlusCollection
-Arcadia
-M
-ti:zed
-Guys' Vision



Jangan tak tahu, semua rekaan-rekaan ini dipamerkan di dalam MRT yang sedang bergerak! Bermula dari stesen Surian hingga ke stesen Maluri penumpang dipamerkan rekaan percutian yang pelbagai gaya. Tepukan gemuruh buat pihak AEON dan barisan model yang menjayakan showcase di MRT ini. Bukan mudah untuk buat 'catwalk' dalam MRT yang sedang bergerak terhuyung hayang.

 


Sedutan sepanjang fashion show berlangsung boleh dilihat di sini:

3. Kemeriahan majlis perkahwinan 

Selepas hampir dua tahun dengan pelbagai gaya majlis perkahwinan diadakan, akhirnya pada tahun 2022 menjadi tahun kemuncak majlis perkahwinan berlangsung di mana-mana. Betul tak?

Buat pertama kalinya, AEON membawakan rekaan koleksi pengantin (dan juga pengapit) yang mesra poket dan pelbagai saiz. Rekaan pengantin ini dibawakan dengan kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal seperti Kay Ibrahim, Zachrin Jaafar serta butik pengantin Ivory Romance. Koleksi pengantin ini dijangkakan akan berada di AEOn bermula September 2022.


AEON Fashion Preview 2002 untuk koleksi Julai hingga Oktober 2022 ini dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Urusan, Naoya Okada. Beliau berkata

"Fesyen adalah kehidupan dan AEON adalah memastikan kami berada disamping pelanggan untuk mencipta momen yang terbaik buat mereka."

Turut bersama dalam AFP2022, Ketua Pemasaran dan Dagangan AEON, Low Ngai Yuen dan juga barisan barisan pempengaruh (influencers): Niena Azman, Bakhtiar, Debra Jeanne Poh, Edison Ho, Hazeeq Dean, Rubini, Haneesya Hanee, Charissa Chong, Rita dan Shazlin.


Inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - 8 -dan 15, yang menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat, serta melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem daratan.

Tiada ulasan

Komen