Hujung minggu baru ni, dapat peluang untuk menghadiri majlis pelancaran koleksi baju raya di AEON Shah Alam. Apa yang menarik dengan pelancaran koleksi ini ialah, koleksi raya dari AEON kali ini bukan koleksi biasa-biasa. Ia adalah koleksi hasil kolaborasi antara AEON dengan JOVIAN.
Siapa tak kenal nama JOVIAN, bukan? Satu nama yang sudah sebati sebagai ikon industri di Malaysia. Dato' Jovian terkenal dengan pengaruh Mal-Indo merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie House (JM).
Sempena Hari Raya untuk tahun 2022 ini, Dato' Jovian telah menghasilkan koleksi sedia pakai (ready to wear) berkonsepkan Nusantara.
Kenapa Nusantara?
Ilham Nusantara ini dilahirkan dari dua budaya dan tradisi dicampurkan dalam satu rekaan. Dua budaya yang dimaksudkan adalah budaya dan tradisi ialah Mal-Indo: Malaysia dan Indonesia. Dato' Jovian juga ada mengatakan koleksi ini memberikan satu nilai sentimental kepada dirinya sendiri memandangkan beliau adalah berdarah kacukan Malaysia dan Indonesia.
Perkataan Nusantara adalah nama Jawa Kuno yang merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit yang bermula sekitar abad ke-13. Wanita kepulauan Nusantara, yang sebati dalam sejarah dan budaya dianggap sebagai simbol kecantikan pada zaman itu, menjadi inspirasi kepada koleksi raya yang dihasilkan oleh Jovian.
Ketua Pengarah Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata "Sesebuah perayaan itu secara intrisiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen mampu mengimbangkannya dengan kebebesan dan ekspresi moden - sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato' Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya."
Usaha keras pihak AEON dalam kolaborasi menghasilkan koleksi raya ini bermula sejak Oktober 2021. Sememangnya kolaborasi dengan satu nama yang terkenal dan bermutu tinggi memerlukan persediaan jangka masa panjang dan ketelitian agar dapat mengekalkan mutu dan kualiti yang terbaik untuk pelanggan.
Dato' Jovian mengatakan kolaborasi bersama AEON merupakan satu penghargaan besar kerana AEON bukanlah sesuatu nama yang asing malahan merupakan antara salah satu kompleks beli belah yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 90-an lagi.
"Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysia, memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN adalah direka dengan pendekatan yang sama,'' tambah Dato' Jovian Mandagie.
Pilihan Koleksi Nusantara
Menurut Low Ngai Yuen, koleksi AEON x JOVIAN Nusantara bukan sahaja koleksi untuk wanita, malah pakaian raya disediakan untuk seisi keluarga, termasuk lelaki dan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, pelitup muka tiga lapis dan KN94 rekaan unggul sempena koleksi Nusantara juga ada dikeluarkan.
Bermula 15 April, koleksi Nusantara AEON x JOVIAN, boleh didapati dari 7 cawangan terpilih di bawah:
- Shah Alam
- Wangsa Maju
- Taman Maluri
- Mid Valley
- Queensbay
- Kota Bharu
- Tebrau City
Tiada ulasan
Komen