Carian

Pupuk Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia melalui Galeri UNITI

Sebagai seorang pembeli dan pelanggan tegar AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, aku sangat berbangga dengan kerjasama yang dijalinkan antara pihak AEON BiG dan Kementerian Perpaduan Negara dalam memupuk semangat kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara tidak langsung AEON BiG menjadi rakan perpaduan dalam menganjurkan program Galeri UNITI Keluarga Malaysia di 9 cawangan terpilih dan salah satu daripadanya adalah cawangan Bandar Tun Hussein Onn! Untuk program Galeri UNITI ini, pameran akan berlangsung selama 10 hari bermula 29 September hingga 9 Oktober 2022 pada jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam.

Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia

Apa sebenarnya Program Galeri UNITI?

Dengan perkataaan UNITI yang diambil daripada bahasa Inggeris unity, membawa maksud perpaduan dan kesatuan, program Galeri UNITI adalah satu inisiatif oleh Kementerian Perpaduan Negara yang tertubuh sejak tahun 2020 bagi membantu menyemai semangat perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan berbeza agama.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengankeharmonian walaupun hidup dalam satu komuniti yang mempunyai kaum, budaya dan agama yang berbeza. Keharmonian ini menyebabkan negara kita dikenali sebagai sebuah negara yang unik dan sering menarik perhatian pelancong untuk melihat sendiri keadaan masyarakat di sini.

Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadique pada 1 Oktober 2022 yang lalu. Majlis Perasmian ini telah dihadiri oleh Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed selaku Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn. Bhd.

Bagi aku, program sebegini sangatlah bagus dalam memupuk semangat perpaduan dan menyemai rasa cinta antara kaum di dalam Malaysia. Maklumlah kita merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa dan semua perbezaan diraikan dan dihormati antara satu sama lain. Aku yakin, tujuan utama Kementerian Perpaduan Negara mengadakan program sebegini adalah bagi menimbulkan rasa hormat antara kaum dan bangsa di Malaysia.

Dalam ucapan Yang Berhormat ada menyebut program ini sebenarnya mengumpulkan detik-detik perpaduan Keluarga Malaysia dan semua ini diterjemahkan dalam bentuk sebuah galeri. Pengisian program Galeri UNITI bukanlah semata-mata dalam bentuk pameran tetapi dalam bentuk pengisian yang berbeza bagi memupuk kasih sayang antara kaum, agama, budaya dan bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengisian Program Galeri UNITI

1. Pameran Rumah KAMI

Satu pameran yang membawa konsep kepelbagaian kaum di Malaysia. Konsep ini memberi ruang kepada pengunjung untuk mengenal keistimewaan dan keunikan tradisi dan budaya yang menjadi amalan masyarakat majmuk di negara ini. Pengenalan sebegini mampu menyuntik rasa hormat antara kaum sekaligus menyemai rasa menghargai antara satu sama lain.

Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
Menarik tengok peralatan budaya yang sudah lama tak dilihat.

2. Citarasa Menu Keluarga Malaysia

Salah satu kelebihan menjadi rakyat Malaysia adalah mempunyai lidah yang mampu menerima pelbagai jenis sajian daripada pelbagai kaum. Bagi memartabatkan ikatan penyatuan Keluarga Malaysia, Kementerian menggunakan kepelbagaian sajian dari pelbagai kaum agar menjadi platform pengukuhan tapak integraso perpaduan Keluarga Malaysia. Segmen ini membawakan hidangan yang unik dan jarang dijumpai untuk pengunjung rasa sendiri keunikan rasa setiap hidangan yang datang dari pelbagai kaum.

Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
Ini adalah pameran untuk makanan daripada Sarawak.

3. Persembahan Busana Etnik Keluarga Malaysia

Dengan arus pemodenan, busana etnik semakin jarang dilihat dan dipertontonkan. Kalau ada pun, dalam musim-musim perayaan tertentu. Busana indah melambangkan budaya dan identiti sesebuah kaum. Oleh itu, Kementerian mempersembahkan busana etnik yang jarang-jarang dilihat bagi pengunjung menilai dan menghargai busana-busana unik ini. Tak kenal maka tak cinta, jika kita tidak mengenali busana-busana ini, lama-lama akan lapuk di telan zaman. Jika diperhatikan dengan teliti, setiap pameran akan membawa busana etnik yang dibawa.

Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
Ini busana tradisional tiga kaum utama di Malaysia. Kiri atas: Kaum Cina, Kiri bawah: Kaum India, Kanan: Kaum Melayu


4. Aktiviti Sukan Tradisional

Pada pandangan aku, sukan tradisional sudah semakin pupus. Antaranya permainan congkak, dam haji, gasing dan batu seremban. Aktiviti sukan tradisional menjadi salah satu medium penyatuan Keluarga Malaysia dan dipamerkan secara langsung untuk pengunjung cuba bermain dengan permainan-permainan tradisional ini. Bagi mereka yang sekitar umur 35 tahun dan ke atas, pastinya permainan-permainan ini akan menggamit memori. Bagi generasi baru, semua ini adalah satu tinggalan yang tidak harus dibiarkan ditelan zaman.

Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
Dua permainan tradisional yang tersohor. Dari kiri: Dam Haji, Congkak

Selain daripada dam dan congkak ada juga batu seremban, sebuah permainan tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan anak-anak perempuan. Kalau nak tahu, aku pernah menulis tentang ilmu yang dapat dipelajari disebalik permainan batu seremban.

Menarik tak tengok gambar-gambar yang ada dalam pameran? Kalau nak tengok lagi, aku ada siapkan video pendek masa aku hadirkan diri di Galeri UNITI di Instagram.

Dalam ucapan Sheikh Farouk, beliau ada menyebut 
"Sebagai negara yang berbilang kaum, kami di AEON BiG sentiasa sedar akan kepentingan untuk menyemai semangat muhibbah di kalangan ekosistem kami. Semangat kebersamaan ini semestinya dapat menjamin kelangsungan kemanan serta kemakmuran negara. Ianya merupkan satu semangat yang perlu diterapkan oleh semua pihak, bukan sahaja bergantung kepada Kerajaan, malah oleh semua pihak demi kepentingan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia"

Bersempena dengan penganjuran bersama untuk program Galeri UNITI Keluarga Malaysia, pihak AEON BiG menyatakan ini adalah satu kolaborasi yang strategik sebagai satu bukti perkongsian matlamat yang sama iaitu menyemarakkan lagi semagat perpaduan Keluarga Malaysia melalui penghayatan nilai kebersamaan dan meraikan kepelbagaian mayarakat majmuk di negara ini.

Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia ini melibatkan 9 cawangan AEON BiG seperti yang disenaraikan di bawah.
  • AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur
  • AEON Bandar Baru Klang, Selangor
  • AEON BiG Batu Pahat, Johor
  • AEON BiG Falim, Ipoh, Perak
  • AEON BiG Penang Krai, Pulau Pinang
  • AEON Bandaraya Melaka
  • AEON Kota Bharu, Kelantan
  • AEON Kuching, Sarawak
  • AEON Seremban 2, Negeri Sembilan

Bagi yang berminat untuk melihat sendiri pameran Galeri UNITI Keluarga Malaysia ini, jemputlah hadir di cawangan yang disenaraikan. Pameran ini berlangsung sehingga 9 Oktober 2022 tau! Masih sempat untuk melawat sambil membawa anak-anak. Didik anak-anak mengenal pelbagai budaya, kaum dan etnik di tanah air tercinta.





Tiada ulasan

Komen