Berita baik buat peminat-peminat kecantikan! Tahun ini, AEON Wellness bawakan Real Beauty Fair 2025 di Mid Valley Megamall, Lower Ground Concourse bermula 24 November hingga 30 November 2025. Sebagai peminat tegar produk-produk kecantikan, semestinya aku tak lepaskan peluang untuk pergi sendiri ke sana melawat booth-booth yang ada. Maklumlah kebiasaanya bila ada acara sebegini, boleh dapat harga promosi yang sangat berbaloi dan mungkin juga boleh dapat hadiah-hadiah menarik!
Tarikan Real Beauty Fair 2025
Ini bukan beauty fair yang biasa kita jumpa, yang cuma ada booth-booth jenama dengan pekerja bersama tester produk. AEON Wellness bawakan beberapa aktiviti menarik buat para pengunjung yang hadir ke Real Beauty Fair 2025.
Memory Match Game
Ini antara aktiviti yang menarik. Konsepnya 'play & win' tanpa perlu berbelanja apa pun. Main sahaja permainan ini untuk dapatkan kupon AEON Wellness bernilai RM5. Cara mainnya sangat mudah, hanya perlu padakan pasangan dua logo produk sehingga lengkap semuanya. Mudah, kan?
Spin & Win
Untuk aktiviti ini, pengunjung hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit untuk mendapat satu peluang pusing roda 'Spin & Win'. Hadiah yang diterima adalah berupa sample, sheet mask, pouch dan beberapa hadiah misteri.
Claw & Win
Bagi setiap pembelian RM100 dalam satu resit, pengunjung akan menerima 'coin' untuk bermain claw machine. Hadiah-hadiah menarik dari aktiviti claw machine termasuk skincare berbentuk mini size yang sangat sesuai untuk di bawa ke mana-mana atau kita panggil travel friendly size.
Skin Analysis
Siapa tak nak buat skin analysis secara percuma? Untuk Real Beauty Fair, skin analysis diadakan secara percuma tanpa perlu buat sebarang pembelian. Cuma, pada hari yang aku datang, kaunter skin analysis dan ditutup. Untuk 29 & 30 November, skin analysis akan dibuka secara 2 sesi, pagi dan petang. Tak perlu book atau bayar apa-apa, hanya datang dan terus boleh request untuk buat skin analysis.
Aku sangat-sangat galakkan mereka yang belum kenal kulit sendiri dengan jelas untuk gunakan peluang ni datang Mid Valley Lower Ground Concourse, buat skin analysis. Daripada sini baru boleh pilih produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit.
Tawaran Menarik Jenama-Jenama yang Terlibat
Dalam Real Beauty Fair 2025, ada 4 jenama utama yang terlibat: Timephoria, Hada Labo, Eau Thermale Avene dan Dr. Morita. Masing-masing membawakan tawaran istimewa yang tak boleh dijumpai di mana-mana.
Timephoria
Aku rasa tahun ini, produk Timephoria sangat sangat mendapat sambutan secara online mahupun fizikal. Antara produk mereka yang menjadi perhatian ramai adalah lip stain, lip cream dan cushion foundation. Jadi sempena Real Beauty Fair kali ini, Timephoria membawakan promosi istimewa:
- Belian RM60 PERCUMA Timephoria Phone Charm
- Belian RM80 PERCUMA Timephoria Phone Charm & Cardholder
- Belian RM120 PERCUMA Timephoria Phone Charm, Cardholder, Mirror, Cosmetic Puff dan Gift Bag Istimewa
Hada Labo
Siapa tak kenal jenama Hada Labo? Mereka sangat terkenal dengan produk yang membantu kembalikan kelembapan kulit melalui 'lotion'. Untuk Real Beauty Fair, Hada Labo pun ada bagi FREE GIFT
- Belian RM50 berpeluang menerima HADIAH MISTERI
- Belian RM100 akan dapat 3 produk bestseller saiz mini
- BelianRM150 akan dapat 4 produk bestseller saiz mini
- Belian RM200 akan dapat 4 produk bestseller saiz mini bersama Hada Labo Headband
Sebenarnya ada lagi benda-benda menarik yang boleh didapati dengan pembelian Hada Labo. Kalau nak tahu, memang kena turun sendiri ke Mid Valley untuk tengok apa yang menarik.
Eau Thermale Avene
Di Real Beauty Fair kali ini, Avene bawakan sunscreen mereka yang paling laris: Ultra Fluid Invisible SPF50 yang datang dalam 3 jenis. Menariknya sunscreen Avene bertekstur ringan, like ultra-light, mudah meresap, tidak melekit dan sesuai untuk kulit sensitif.
- Belian mana-mana rangkaian Ultra Fluid Suncare akan menerima Tote Bag bernilai RM25
- Belian RM120 ke atas boleh dapat sample Avene yang bernilai RM54
- Belian RM200 ke atas boleh dapat sample Avene bersama Laptop Sleeve Bag (semuanya bernilai RM98)
Banyak Membeli, Banyak Berjimat
Menariknya, bila berbelanja dekat Real Beauty Fair, bukan sahaja boleh dapat harga promosi dan free gift, tetapi juga boleh dapat voucher bernilai RM10 untuk setiap RM100 yang dibelanjakan. Contoh jumlah belanja RM300, sudah boleh dapar voucher sampai RM30.
Jadinya, aku nak bagitahulah, ini adalah masa yang sangat sesuai untuk restock skincare yang dah tinggal hujung-hujung nyawa di rumah. Bukan nak restock tapi baru nak cuba, ini juga masa yang sesuai sebab ada harga promosi atau harga bundle. Bila lagi nak dapat, kan?
Masih ada beberapa hari sebelum 30 November 2025. Sempat lagi nak turun ke Mid Valley dan lihat sendiri Real Beauty Fair yang sedang berlangsung!









Tiada ulasan
Komen