Carian

Program AEON bersama komuniti setempat menyemarakkan Ramadan

Cuti Nuzul Quran yang jatuh pada tarikh 19 April baru-baru ni, aku dapat jemputan untuk bertandang ke sebuah program komuniti dekat sebuah pasar raya yang dekat dengan rumah aku. Pasar raya yang aku maksudkan adalah AEON BiG. AEON BiG sudah menjadi tempat mingguan untuk membeli belah barang keperluan dapur. Bagi aku, adalah satu kebanggaan apabila pihak AEON sendiri mengadakan program komuniti untuk merapatkan hubungan AEON dengan pelanggan setia mereka (termasuk aku).

Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti adalah satu program kendalian AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (M) SDN. BHD. sempena bulan Ramadan yang mulia dengan semangat kerjasama dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

program bubur lambuk aeon bersama komuniti
Program ini adalah satu kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan pihak AEON beserta sokongan komuniti setempat bagi mengadakan aktiviti memasak Bubur Lambuk di perkarangan AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Bubur lambuk yang dimasak diagihkan kepada lebih kurang 1,200 pengunjung pasar raya tersebut. Komuniti setempat yang terlibat dalam program ini antaranya Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Surau Al-Amin, Surau As-Siddiq, Surah Al-Fathonah, Surau Al Ansar dan juga Surau Annur Taman Kasturi.

Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti ini akan diadakan secara berperingkat sehingga 24 April 2022 di cawangan-cawangan AEON serta AEON BiG di seluruh negara. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kelestarian AEON Sayap Bagimu yang bertujuan untuk berkongsi rezeki serta mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan ekosistem AEON. Sebanyak lebih kurang 50 ribu bekas Bubur Lambuk akan disediakan secara gotong royong oleh kakitangan AEON dan mereka yang terlibat untuk diagihkan kepada komuniti setempat serta ekosistem AEON.



Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawagi Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON berkata dalam ucapan beliau ,"Kami berasa amat bersyukut kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang sentiasa rapat di hati kami. Kami yakin Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwah di antara AEON dan masyarakat setempat. Inisiatif ini juga ialah untuk menzahirkan penghargaan kami tehadap sokongan berterusan daripada para pelanggan AEON.''

Pada majlis yang sama, Yayasan AEON Malaysia (MAF) turut meyumbang pembelian pakaian baharu dan beberapa hadiah untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 50 orang anak-anak dari Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Presiden MAF, Datin Noryahwati Mohd Noh. Anak-anak ini menjadi lebih teruja apabila menerima pula sumbangan duit raya daripada Tuan Haji Najmuddin Jemain, Yang DiPertua, MPKj.





Kemeriahan majlis ini terasa dengan persembahan oleh kumpulan nasyid, Raihan, dengan beberapa buah lagu nasyid hit mereka. Kumpulah Raihan juga menceriakan suasana majlis dengan menyanyi dan mengadakan sesi kuiz pendek bersama anak-anak dari Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di atas pentas. 




Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Pengerusi AEON, Datuk Iskandar Sarudin; Ketua AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed; Pengerusi Surau Al-Amin, Datuk Haji Othman Abdul Latiff; Pengerusi Madrasah Cheras Perdana, Tuan Haji Kamal Sahid, Pengerusi Surau Al-Ansar, Dr Haji Mohamad Abd Manap; Pengerusi Surau Al Fathonah, Azman Mohamed; Pengerusi Surau Annur Taman Kasturi, Haji Rosmidi Mat Dah; dan Pengerusi Surau As-Siddiq, Haji Muzzafar Mohd Anas.

Program ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - 16 yang menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina isntitusi yang bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat.
 

Tiada ulasan

Komen