Lamanyaaaaa tak update entri blog ni. Sebenarnya sibuk dengan kehidupan seharian. Nak nak lagi dengan thesis dan research untuk Master. Di tambah pula dengan anak masuk sekolah rendah. Proses transisi dari tadika lagi. Fuh, memang penat. Salah satu goal untuk tahun 2022 adalah untuk buat lebih banyak masa dengan anak terutamanya aktiviti memasak. Rindu nak memasak dengan anak-anak. Sebelum PKP, sebelum sambung belajar, memang kerap buat aktiviti memasak dengan anak-anak. Cuma, sejak dah sibuk dan banyak kerja nak buat, bukan setakat aktiviti memasak dengan anak, masak harian pun macam payah.
Kalau korang nak tahu, Wildan ada pasang cita-cita nak jadi chef satu hari nanti. Malah antara rancangan yang dia suka tengok adalah rancangan memasak. Dulu kami rajin layan Masterchef Junior dengan Jamies Oliver series. Pada aku, kalau dia nak jadi chef ke apa, aku tak kisah sangat. Yang paling penting adalah dia jadi manusia yang berguna.Sebenarnya, bukan Wildan je suka memasak, Mukhlis pun minat nak masak. Mukhlis ni karakter dia jenis suka cuba-cuba benda baru. Rasanya hampir semua benda baru dia cuba, termasuklah memasak.
Baru-baru ni Wildan siap offer diri untuk tolong goreng fries (kentang goreng). Masa tu memang nak goreng nugget dan fries. Wildan pula kata dah lama tak masak sama-sama dan dia nak masak sama-sama. So, dia minta bagi peluang untuk dia pegang sudip dan tolong goreng. Of course, proses memasak dibawah pantauan, ya!
Since Wildan memang ada bagitahu dia memang nak jadi chef, kita pun cubalah cari sikit sikit info pasal chef. Selama ni cuma dengan bab chef ni dari rancangan Masterchef, itupun tak tahu details mana. Cuma tahu chef chef ni ada pangkat dengan menggunakan nama bintang. Bila cari-cari terjumpa satu website yang sangat menarik!
Website : https://www.culinaryschools.org/
Apa yang menarik tentang website ni ialah dia memang bagi info yang banyak tentanng dunia chef dan siap sediakan permainan atas talian yang dapat mengajar dan memupuk minat memasak dalam jiwa kanak-kanak. Bukan tu je, ada juga peramainan yang sesuai dimainkan oleh orang dewasa!Nah dekat website ni semua game memang berasaskan dunia masakan tau!
https://www.culinaryschools.org/kids-games/
Tak banyak game yang aku sempat nak explore. Maklumlah anak-anak dah start sekolah, aku pun jarang sekali buka website ni tapi sekali sekala untuk release stress, aku buka juga. Sempatlah tengok tengok game yang simple simple. Bukan tu je, sempat juga baca info-info menarik dalam website ni.
Salah satu game yang sangat simple dan menarik perhatian aku adalah memory game. Dalam website ni ada beberapa jenis memory game. Semuanya guna konsep yang sama, tapi bagus untuk tajamkan minda kita, terutama skill ingatan kita.
Game yang aku main ialah game Fruits Memory. Konsep game ni, ialah dia bagi dulu susunan buah buah yang ada. Kemudian dia akan tutup semua gambar dan kita kena ingat pasangan buah yang sama, Masa untuk dapatkan semua buah adalah dalam masa 60 saat sahaja. Berpeluh peluh juga dibuatnya sebab kalau tak ingat, memang asyik main buka tutup je nak bagi jumpa pasangan. Haha.
Kalau bagi anak-anak main, pun bagus. Dapat asah fokus dan minda diorang. Benda-benda macam ni walaupun dalam bentuk game, sebenarnya serba serbi dapat membantu asah kemahiran kemahiran yang diperlukan. Ini kat bawah aku share snapshot aku dah hujung hujung main game. Masa ni rasa macam tak sempat 60 saat sebab aku tak ingat kedudukan langsung!
Weight Loss Calculator
Ada apa lagi dekat website ni?
Kalau korang ada minat untuk tahu pasal chef atau berminat nak jadi chef, aku sangat sarankan buka website Culinary School ni sebab info info pasal chef memang banyak. Dan semuanya adalah free je. Memang free, tiada sebarang bayaran.
Baca juga: Kerang Masak Kam Heong
Tiada ulasan
Komen