Ramai tak yang kenal dengan nama Edwin van der Sar? Aku yakin, peminat-peminat bola mesti sangat kenal dengan nama ni. Aku sebut sahaja nama ni depan adik aku, terus dia kata "oh, player legend tu". Aku memang tak kenal sangat dengan pemain-pemain bola sepak, jadi aku kena Google dan baca-baca sikit latar belakang siapakan figura ini. Rupanya beliau memang seorang lagenda yang sangat dikagumi oleh ramai peminat bola sepak.
Jarang dah dengar namanya selepas dia bersara dan kali ini AEON MALL mengumumkan bahawa beliau akan turun ke Malaysia pada bulan Ogos nanti sempena acara Meet The Legend di bawah acara tahunan Active Beat 3.0. Aku yakin, peminat-peminta bola pasti terasa macam kembali ke zaman bola sepak awal 2000-an. Bagi yang membesar dengan zaman kegemilangan Manchester United, pastinya nama Edwin van der Sar bukanlah satu nama yang asing.
Beliau merupakan penjaga gol lagenda Belanda yang sangat dikenali ketika bersama Ajax Amsterdam, Juventus, Fulham dan paling diingati semestinya bersama Manchester United. Van der Sar bukan penjaga gol biasa. Malahan, beliau dianggap antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Eropah. Dikenali dengan ketenangan yang luar biasa di atas padang dan gaya menyelamat bola yang tenang tapi berkesan, beliau memainkan peranan penting dalam kejayaan Manchester United pada era 2000-an, termasuk menjuarai UEFA Champions League 2008.
Active Beat 3.0: Bukan Sekadar Acara Biasa
Untuk makluman, bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2025, AEON MALL bawakan semula acara tahunan mereka, iaitu acara Active Beat 3.0. Kali ini lebih meriah dan gempak dengan kehadiran Edwin van der Sar sendiri untuk sesi Meet & Greet eksklusif di AEON Mall terlibat. Meet & Greet kali ini bukan setakat datang dan tengok dari jauh, tetapi pengunjung berpeluang berjumpa sendiri, ambil gambar dan mungkin dapat tandatangan lagenda bola sepak ini!
Tapi macam mana nak sertai Meet & Greet eksklusif ini? Ini langkah-langkah mudah untuk berpeluang menyertai acara eksklusif Active Beat 3.0 AEON Mall:
- Belanja minimum RM200 (untuk pemegang kad Maybank) atau RM280 (untuk bukan pemegang kad Maybank).
- Resit boleh digabungkan dari tiga pembelian pada hari yang sama di mana-mana kedai dalam AEON MALL.
Memandangkan slot terhad, jadi peluang ini adalah siapa cepat dia dapat. Jadi, cepat-cepat membeli-belah di AEON Mall, kumpulkan resit dan terus mendaftar sebelum slot penuh!
Ini jadual Meet & Greet Bersama Edwin van der Sar bersama lokasi AEON Mall yang terlibat. Boleh screenshot atau save untuk rujukan akan datang supaya tak terlepas.
- 1 Ogos 2025 (Jumaat)
- 2:00 PM: AEON MALL Bukit Mertajam
- 6:30 PM: AEON MALL Ipoh Station 18
- 2 Ogos 2025 (Sabtu)
- 2:00 PM: AEON MALL Bukit Tinggi
- 5:30 PM: AEON Taman Maluri
- 3 Ogos 2025 (Ahad)
- 12:00 PM: AEON MALL Tebrau City
- 6:00 PM: AEON MALL Nilai
Peluang Menang Hadiah RM10,000 Dalam “Spend & Win!”
Bersempena dengan Active Beat 3.0, AEON MALL juga menganjurkan contest “Spend & Win!” dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports. Hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 menanti pemenang bertuah, termasuk 41 barangan eksklusif bertandatangan Edwin van der Sar.
Cara nak sertai pun mudah:
- Belanja minimum RM100 dalam satu resit di Al-Ikhsan Sports di dalam AEON MALL.
- Hantar maklumat menerusi borang dan muat naik resit pembelian melalui QR code.
- Berpeluang untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah!
Gaya Hidup, Sukan dan Komuniti Kini Bersatu
Acara Active Beat 3.0 bukan sekadar tentang bola sepak atau membeli-belah. Tetapi sebuah acara yang menyatukan gaya hidup sihat, semangat kesukanan dan masa berkualiti bersama keluarga. AEON MALL bekerjasama dengan pelbagai jenama besar termasuk Maybank, OPPO, Focus Point, Tim Hortons, Toy World, Nando’s, LokalTeez dan Inner Casual (IC) untuk memastikan Active Beat 3.0 dinikmati semua golongan, dari peminat bola tegar sehingga ke keluarga yang hanya mahukan jalan-jalan santai hujung minggu di pusat beli belah.
Kalau korang peminat bola dan masih berfikir ke mana nak bawa anak-anak waktu cuti sekolah nanti, ataupun sekadar nak throwback zaman kegemilangan bola sepak dulu, simpan tarikh acara Active Beat 3.0 dalam kalendar awal-awal.
Jumpa Edwin van der Sar, shopping, peluang menang hadiahdalam satu acara. Jangan lepaskan peluang.
Tiada ulasan
Komen