Carian

Buffet Ramadan Dengan Pemandangan Cantik Tahun 2023!

Alhamdulillah, untuk tahun 2023 kita masih merasa kedatangan Ramadan. Hari ini sudah genap seminggu berpuasa dan semoga semangat awal Ramadan masih ada serta berkekalan sampai penghujung Ramadan.

Untuk Ramadan kali ini, azam terbesar aku adalah untuk kurangkan membeli belah terutama dalam waktu bulan Ramadan. Makanya, masuk sahaja Januari 2023 dah mula misi mencari kain dan menghantar kepada tukang jahit untuk mula jahit. Rezeki tahun ini, kami sekeluarga tempah 2 pasang baju raya setiap seorang. Satu set sedondon dengan keluarga aku, dan satu set lagi sedondon dengan keluarga mertua.

Sebelum ini, biasanya tempah sepasang sahaja dengan keluarga mertua. Sebabnya keluarga mertua memang setiap tahun akan tempah baju. Cuma kali ini, mak aku ambil keputusan nak guna kain ela (hadiah daripada mak saudara aku beberapa tahun lepas) untuk buat baju. Kain ela yang diberi ada hampir 20meter. Jadinya, alang-alang jadikan sahaja baju raya terus.

Itu azam bahagian shopping. Azam lain dalam bulan Ramadan adalah untuk kurangkan makan di luar dan banyakkan masak di rumah. Cuma, aku ni manusia jenis suka makan buffet. Tak kisah bulan Ramadan ke bukan, aku memang gemar pergi buffet. Paling aku suka adalah breakfast buffet. (Lepas tu komplen berat naik).

Kebetulan pula, aku ada jumpa satu dewan baru sekitar kawasan Sungai Ramal yang buat buffet ramadan dengan harga yang pada aku berpatutan dengan hidangan dan tempat. Dewan MZ Fountain Hall. Pernah dengar nama dewan ni? Kalau korang pernah dengar MZ Garden Hall atau MZ D'Tasik Hall, ini kira adik-beradik diorang. Semuanya di bawah MZ Catering.

Walaupun lokasi MZ Fountain Hall agak secluded, aku suka sebab bebas kesesakkan. Tambahan pula dengan view dewan ini yang sangatlah cantik, memang padan dia duduk special begitu. Buat masa sekarang aku perasan lokasi dalam Google masih belum ada lagi. Kalau cari MZ Garden Hall atau MZ D'Tasik Hall memang akan jumpa. MZ Fountain Hall sahaja belum jumpa.

Buffet Ramadan 2023 Sungai Ramal Selangor

Sebelum kita sembang pasal menu buffet Ramadan yang disajikan oleh MZ Fountain Hall, aku nak kongsikan tentang view MZ Fountain Hall dulu sebab aku sangat sangat tersangatlah suka dengan pemandangan luar dan dalam dewan dia. Sangat cantik dan sangat elegan. Dah nama pun ada fountain, semestinya dewan ini ada fountain di luar dewan dan di dalam dewan. Dalam dewan ada fountain okay! Dekat dalam ya, bersebelahan dengan stage atau pelamin. (Masa datang buffet dia buat hiasan pelamin). Tak kisahlah dia buat buffet sebagai sebahagian cara pemasaran untuk pasarkan servis katering dan dewan, aku sangat sukakan layout dewan ini.

MZ Fountain Hall
Fountain cantik dekat tepi pentas/pelamin. Memang view cantik.

Dewan dia memang luas. Makanan kanan kiri ada. Luar dewan ada kambing golek lagi. Dalam dewan ada satu ruangan basuh tangan. Tak lupa juga surau juga disediakan. Surau pula tak sorok-sorok, memang terus nampak dari pintu masuk dewan. Tak susah orang nak cari. Memandangkan dewan ini berpotensi untuk jadi dewan pilihan majlis perkahwinan, bersebelahan surau ada bilik persalinan untuk pengantin yang dilengkapi dengan tandas.

Aku kongsikan sikit gambar-gambar pemandangan luar dan dalam dewan.









Habis cerita pasal dewan, aku nak cerita pasal makanan yang disajikan oleh pihak MZ Fountain Hall. Aku senaraikan siap-siap apa yang ada supaya senang korang nak tengok berbaloi atau tidak untu pergi buffet Ramadan ni. Pilihan menu ini ada untuk setiap dewan-dewan MZ ya.

Menu utama:

Nasi Putih, Nasi Beryani dengan Gajus, Ayam Beryani, Kerutuk Daging, Paru Balado, Fish Fillet Masak Sos Plum, Sayur Campur dengan Hati Ayam, Acar Timun Kuning dengan Bijan, Telur Ayam, Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Sambal Petai

Pembuka Selera:

Ulam-ulaman Kampung, Rojak Buah, Aneka Keropok, Aneka Sambal, Budu, Cencalok, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Taugeh, Kerabu Kacang Botol, Ikan Masin, Telur Masin, Tauhu Sumbat, Sup Daging Tetel, Sup Ayam

Stall & Dessert:

Kambing Golek, Daging Gulai Kawah, Laksa Kedah, Roti Jala, Ikan Bakar, Roti John, Lemang, Nasi Impit, Bubur Lambuk, Pudding Caramel, Cheese Tart, Marble Cake, Chocolate Cake, Butter Cake, Talam Keladi, Talam Berlauk, Agar-agar, Bubur Kacang, Cendol, ABC dan lain-lain


Dalam banyak-banyak benda dalam menu ni, aku paling teruja sekali adalah ABC sebab dekat stall ABC tu, pilihan untuk isi ABC sangat banyak dan ABC buat sendiri ikut selera tekak kita. Nak extra kacang ke nak extra jagung ke, ikutlah pilihan masing-masing kan.

Selain daripada ABC, aku juga suka dengan nasi beryani dia. Salah satu sebabnya ada kacang gajus. Sedap memang sedap, nasinya guna beras panjang, rasa beryani tidak terlalu kuat dan sedang elok dengan tekak aku. Makan pula dengan ayam beryani dan kerutuk daging... Fuh! Memang aku suka. Jarang-jarang sebenarnya nak jumpa nasi beryani yang ada gajus ni.






Siapa tak rambang mata bila tengok jenis kuih dan buah yang ada, kan?

Lepas makan nasi, satu lagi hidangan yang aku tak lepas untuk cuba adalah lemang dengan rendang ayam. Aku memang sukakan lemang dan agak memilih bila bab nak makan lemang. Alhamdulillah lemang yang disajikan oleh MZ Fountain Hall ni bersaiz 'bite size', iaitu mudah gigit dengan kelembutan pulut dan rasa enak berlemak. Bila digandingkan dengan rendang ayam memang menjilat jari! Walaupun rendangnya agak pedas, tapi aku tak kisah sebab kombinasi dengan lemak memang sedap.

Gambar makanan sebenarnya aku lupa nak ambil. Terutama gambar makanan yang aku makan. Seronok sangat makan. Tapi korang boleh tengok sendiri gambar-gambar hidangan yang ada. Memang banyak. Bukan makanan sahaja yang banyak, pilihan air pun banyak juga daripada air kosong, air fruit infuse hingga ke cendol special oleh MZ. Minumlah ikut selera tapi pastikan jangan berlebihan ya.

Terasa nak cuba tak pergi buffet Ramadan MZ ni?
Kalau korang nak try, boleh buat tempahan melalui panggilan atau Whatsapp 0163266464.
Boleh juga tengk instagram MZ Catering untuk tengok layout setiap satu hall yang mereka ada. Semua memang cantik-cantik dan berbaloi dengan hidangan dan tempat.

Buffet Ramadan MZ Garden Hall dan MZ Fountain Hall (25hb Mac sehingga 17hb April)
Buffet Ramadan Dewan MZ D'Tasik (1 April sehingga 17April)

Harga Buffet:
RM 66 (Orang Dewasa)
RM 30 (Kanak-kanak 6 tahun sehingga 12 tahun, OKU dan Warga Emas)

Special price untuk group 100 pax ke atas


Perasan tak untuk warga emas harganya tidak jatuh kategori orang dewasa? Haa... inilah masanya nak bawa atuk nenek korang sekali pergi buffet Ramadan. Sekali sekala kan.

Okay. Jangan tunggu lama-lama buat keputusan, cepat-cepat call atau Whatsapp untuk menempah buffet Ramadan di salah satu MZ Hall pilihan korang. 



Tiada ulasan

Komen