Carian

Bakeri La Boheme AEON BiG Diiktiraf Halal oleh JAKIM

20 tahun yang lalu, AEON lebih dikenali sebagai Jaya Jusco. Aku tak pasti masih ramai orang ingat atau tidak nama Jaya Jusco. Aku memang ingat sebab ada satu Jaya Jusco yang dibuka berdekatan dengan rumah aku dan nama Jaya Jusco berubah menjadi AEON beberapa tahun kemudian.

Cerita sebenar entri kali ini bukan berkisarkan sejarah AEON. Sebenarnya aku nak cerita tentang bakeri yang ada di dalam AEON yang sudah menjadi 'pit stop' wajib setiap kali masuk AEON dari aku sekolah rendah sehinggalah dah ada dua orang anak. Hatta dengan anak-anak pun, memang aku bawa mereka pergi bakeri ni setiap kali masuk AEON.

Bakeri AEON BiG Halal

Kedai Bakeri AEON

Nama bakeri yang dimaksudkan adalah La Boheme. Aku ingat lagi, semasa kecil dulu, memang mak akan borong beli beberapa jenis roti yang baru sahaja diletak atas rak. Aku dan adik-adik memang hantu roti. Sekali borong, dalam masa seminggu memang boleh habis. 

La Boheme rupanya telah menjadi produk bakeri AEON secara rasmi dan boleh didapati di pasar raya AEON dan AEON BiG. La Boheme memang ada menyediakan produk bakeri segar yang dibuat setiap hari. Ada roti, ada kek, ada donut, ada pastri dan ada juga puding tau! Sebab itu aku kata La Boheme adalah kedai bakeri kegemaran aku, semuanya ada dengan harga yang berpatutan.

Majlis Penyerahan Sijil Halal oleh JAKIM

Pada 22 September 2022 yang lalu, AEON BiG Malaysia Sdn. Bhd. telahpun menerima Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk produk bakeri La Boheme. Sijil Pengesahan ini diserahkan oleh Tuan Bukhari bin Md Akhir, selaku Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM kepada  Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dalam sebuah majlis yang diadakan di AEON BiG Wangsa Maju. 

Dalam majlis tersebut, penyerahan sijil disaksikan oleh pegawai jemputan dari JAKIM dan dihadiri oleh Dartuk Iskandar Sarudin, Pengarah AEON BiG dan Dr Kasuma Satria Mat Jadi, Pengerusi Jawatan Kuasa Dalaman Halal AEON BiG.


Menurut Sheikh Farouk,

AEON BiG berasa amat bersyukur kerana usaha kami untuk mendapatkan pengiktirafan halal oleh JAKIM ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak JAKIM atas kerjasama yang diberikan selama ini. Usaha ini juga tidak akan terhasil tanpa kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh semua warga kerja yang terlibat.

Kami amat menitik beratkan kebersihan dan mutu produk makanan yang dijual di pasar raya besar kami. Ianya termasuk juga mendapatkan pengiktirafan Halal oleh JAKIM di mana pelanggan kami yang beragama Islam khasnya tidak akan merasa was-was.

Majlis ini turut menyediakan pameran dan jualan serta acara perkongsian maklumat (pocket talk) berkenaan pensijilan halal JAKIM. 


Usaha membantu Pengusaha-Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) oleh AEON BiG

Selain pengiktirafan yang diterima ini, AEON BiG juga memaklumkan bahawa mereka sentiasa memacu perniagaan dengan membantu pengusaha-pengusaha kecil sederhana (PKS) dalam memasarkan produk halal mereka melalui 21 cawangannya di seluruh negara.


   

Baru-baru ini pihah AEON BiG telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar minuman berjenama BubblesO2 untuk memasarkan produk terbaharu mereka di kesemua cawangan pasar raya besar AEON BiG di seluruh negara. Kerjasama ini telah dimetrai sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 (MIHAS 2022) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi memperkasakan lagi usaha memasarkan barangan halal serta memberi tambah nilai kepada pelanggan, pihak AEON BiG juga terlibat dalam pelbagai program bersama pihak kementerian. Antaranya kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daalam memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Bagi peminat dan pelanggan setia AEON dan AEON BiG, marilah kita sama-sama membantu mereka dalam membantu PKS dan ekonomi negara. Kalau belum menjadi ahli lagi, daftar sekarang dan nikmati pelbagai ganjaran dan tawaran. 

Sebagai pelanggan setia dari kecil, aku sangat bangga dengan usaha dan kerja keras pihak AEON!

Mengenai AEON BiG

AEON BiG (M) Sdn. Bhd. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean. Dengan falsafah "Pelanggan Didahulukan", pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON BiG.

Dengan semangat AEON yang bermaksud 'berkekalan' dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:


Tiada ulasan

Komen