Carian

Memaparkan catatan dengan label AEON. Papar semua catatan

Perayaan Kuih Bulan 2024 - Kuih Bulan Pilihan Pelanggan AEON

 Baru-baru ni aku berpeluang hadir ke majlis anugerah kuih bulan pilihan pelanggan bersempena Mid-Autumn Festival / Mooncake Festival di AEON Cheras Selatan. Mid Autum Festival ataupun dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan kaum Cina di Malaysia selain daripada sambutan Tahun Baru Cina. Menariknya, nama perayaan kuih bulan diberikan adalah kerana pada tarikh jatuhnya pertengahan musim luruh atau mid-autumn, bulan tengah mengambang penuh. Diinspirasikan daripada bulan yang sedang mengambang cantik inilah terhasilnya kuih bulan. Sebab itu nama perayaan ini boleh jadi Perayaan Musim Pertengahan Luruh (Mid Autumn Festival) atau Perayaan Kuih Bulan (Mooncake Festival).

Aku memang suka bila datangnya musim Perayaan Kuih Bulan. Nanti di pusat beli belah ada banyak gerai-gerai kecil yang jual kuih bulan dengan pelbagai corak dan perisa. Perisa yang wajib beli adalah perisa kacang merah bersama biji teratai. Amalan membeli kuih bulan waktu Mid Autum Festival ni sebenarnya datang dari mak aku. Nak kata kami ada keturunan darah Cina, adalah sikit kot. Arwah moyang aku memang Cina Tanah Besar yang datang Tanah Melayu dan masuk Islam. Jadi, kira adalah kan?
mooncake festival aeon

Memandangkan mak aku memang selalu belikan kami anak-anak kuih bulan waktu perayaan kuih bulan, aku bawa amalan tu pada anak-anak aku. Dan memang anak-anak aku suka makan kuih bulan, terutamanya Wildan. Kalau ada rezeki lebih berbagai perisa kami beli dan cuba. Jangan tak tahu, variasi pilihan perisa untuk kuih bulan di pasaran sangat banyak, sehingga ada yang versi sejuk beku atau aiskrim juga!

AEON Fashion Preview 2024 : Fesyen Merentasi Usia dan Ukuran

Baru-baru ini, aku berpeluang untuk menghadiri AEON Fashion Preview untuk koleksi yang dilancarkan untuk Jun 2024 pada 27 Jun 2024 yang lalu berlangsung di AEON Cheras Selatan. Menariknya untuk AFP 2024 kali ini, AEON sekali lagi membawakan idea yang kreatif dan inovatif dalam acara pertunjukkan fesyen mereka. Bersesuaian dengan tema fesyen merentasi usia dan ukuran, pertunjukan fesyen untuk koleksi-koleksi terbaru diadakan di pasaraya AEON Cheras Selatan untuk menampilkan kesinambungan dengan rutin  harian membeli-belah. 

Model-model yang dibawakan bukanlah sembarangan model kerana mereka semua adalah daripada pelbagai saiz dan umur. Kebiasaannya kita akan tengok model-model yang tinggi dan langsing sahaja menggayakan fesyen-fesyen di atas 'fashion runaway', kan? Pihak AEON memang sangat kreatif dan inovatif dalam membawakan gaya-gaya terkini dalam pertunjukkan fesyen mereka. Memang aku katakan, idea mereka adalah di luar kotak!

AEON Fashion Preview 2024

Kolaborasi AEON dan KewpieMemberikan Keenakan Produk AEON Delicatessen

Siapa tak kenal Kewpie? Kewpie adalah satu jenama yang terkenal dengan variasi mayonis dan 'salad dressings'. Aku pasti ramai yang sukakan Rosated Sesame dari Kewpie sebab itu merupakan salah satu produk yang terlaris. Kewpie ini adalah antara jenama salad dressing kegemaran aku.  Hatta aku sendiri memang sukakan Roasted Sesame, sedap dibuat perapan mahupun dimakan begitu sahja bersama salad. Kali ini, Kewpie berkolaborasi dengan AEON bagi menghasilkan beberapa produk baru di AEON Delicatessen. Sebuah gabungan yang sangat unik dan 'mind blowing'.

Kolaborasi AEON dan Kewpie Spicy In Every Bite

Bakeri La Boheme AEON BiG Diiktiraf Halal oleh JAKIM

20 tahun yang lalu, AEON lebih dikenali sebagai Jaya Jusco. Aku tak pasti masih ramai orang ingat atau tidak nama Jaya Jusco. Aku memang ingat sebab ada satu Jaya Jusco yang dibuka berdekatan dengan rumah aku dan nama Jaya Jusco berubah menjadi AEON beberapa tahun kemudian. Cerita sebenar entri kali ini bukan berkisarkan sejarah AEON. Sebenarnya aku nak cerita tentang bakeri yang ada di dalam AEON yang sudah menjadi 'pit stop' wajib setiap kali masuk AEON dari aku sekolah rendah sehinggalah dah ada dua orang anak. Hatta dengan anak-anak pun, memang aku bawa mereka pergi bakeri ni setiap kali masuk AEON. Bakeri La Boheme. Bakeri kegemaran aku.

Bakeri AEON BiG Halal