Carian

Athleisure Style : Antara Sukan dan Fesyen

Sejak pandemik melanda, semakin ramai orang mula meluangkan masa di rumah untuk setiap acara aktiviti, sama ada bekerja mahupun bersenam. Pandemik Covid-19 telah mengubah gaya hidup ramai orang.

Dalam tak sedar, ramai yang sudah biasa dengan budaya Bekerja Dari Rumah atau lebih dikenali sebagai Work From Home. Dengan budaya WFH, ramai juga sudah mula memilih pakaian yang pelbagai fungsi seperti pakaian sukan yang selesa dipakai di rumah untuk aktiviti harian yang juga aestetik untuk terus masuk ke dalam Zoom meeting atau Google Meet.

Kalau nak tahu, inilah gaya 'athleisure'. Cara sebut dia begini AT-LEH-ZHUH.

Athleisure adalah gabungan dua perkataan dari 'athlete' dan 'leisure' yang bermaksud atlit (sukan) dan juga santai. Digabungkan jadi satu gaya sukan santai.

Dulu pakaian sukan lebih kepada keselesaan untuk pergerakan semasa bersukan berbanding reka bentuk yang aestetik (sedap mata memandang dan lebih bergaya). Sekarang, pakai baju sukan pun boleh bergaya siap bergambar cantik-cantik.

Di kesempatan dengan gaya 'athleisure' yang sudah semakin sebati menjadi gaya hidup ramai orang, pihak AEON mengambil kesempatan ini untuk berkolaborasi dengan salah satu pusat kecergasan melancarkan sebuah rangkaian rekaan pakaian 'athleisure' yang berpatutan dan selesa untuk orang ramai.

AEON Athleisure Style with innercasual

Pada 30 Jun 2022 yang lalu, bersempena dengan AEON Fashion Preview 2022, pihak AEON mengumumkan pelancaran innercasual atau singkatan iC di Malaysia. Pihak iC bekerjasama dengan Tribe Boxing Studio bagi melancarkan barisan rekaan fesyen 'athleisure'. 

Tribe Bosing Studio merupakan sebuah butik gim komuniti yang mempertengahkan sukan kickboxing berkumpulan dengan menggunakan musik genre energetic.

Tribe Boxing Studio

Tribe Boxing Studio

innercasual atau iC menjanjikan rekaan yang berkualiti tinggi serta berkemampanan sesuai untuk semua saiz dan usia, tak lupa juga dengan harga yang mampu milik untuk semua orang. Rangkaian fesyen innercasual memperkenalkan 3 jenis gaya yang berbeza: ActiveWear (fun and fuctional), PeaceFit (rekaan berteknologi memperkasakan gaya hidup) dan Sustainable (rangkain fesyen kolaborasi bersama pereka fesyen British dan aktivis , Katherin Hamnett)

Dengan mesej 'SAVING THE PLANET', innercasual membawa semangat Katherine Hamnett untuk melindungi bumi dan persekitaran. Setiap rekaan yang dihasilkan adalah menggunakan fabrik yang mesra alam (eco-friendly fabric), kapas organik - kapas yang ditanam dan ditumbuhkan di ladang tanpa sebarang racun perosak atau baja kimia.

innercasual by AEON Retail

Semasa pelancaran innercasual, Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada yang turut hadir di Tribe Boxing Studio menjelaskan 

"innercasual adalah keselesaan sambil memilih untuk menjadi versatile dan fleksibel dalam gaya hidup supaya. Oleh itu, keputusan untuk membawa rangkaian ini ke Malaysia adalah satu keputusan yang bersesuaian dengan strategi kehidupan kami"

Salah satu kekuatan utama innercasual adalah keselesaan segera daripada material yang selembut sutera dan gebu memberikan keselesaan dan keyakinan dengan fungsi mudah menyerap peluh dan cepat kering. Tambahan pula material innercasual adalah ringan dan memeri sesuai untuk pergerakan bersukan serta anti-bauan, anti-bakteria dan juga mempunyai perlindungan UV.

AEON Launch innercasual in Malaysia

Low Ngai Yuen, selaku Ketua Pemasaran dan Dagangan menambah, 

"AEON dan TRIBE memperjuangkan nilai yang sama - mengutamakan kecergasan seraya memperkasakan gaya masing-masing yang tersendiri. Kami menggelarnya fit-style di AEON. Tidak kira bentuk bandan, innercasual akan sentiasa menyokong dengan 4 cara: functionality, aesthetic, sustainability and affordability. Sebagai ganjaran untuk AEON Members Plus, kami menjemput mereka untuk merasai sendiri pengalaman boxing secara berkumpulan di TRIBE Boxing Studio pada hujung minggu ini. Buat komuniti TRIBE, pihak AEON adalah terinspirasi kerana TRIBE dan kami berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasi lain dengan akses penuh untuk menjalani kehidupan yang sihat melalui pilihan makanan dan minuman untuk meningkatkan dan menguatkan badan "

Rave Cave Tribe Boxing Studio
Satu pengalaman yang luar biasa dapat mencuba sukan boxing bermusik! Rasa nak ulang lagi sesi tadi.

Bersempena dengan AEON Fashion Preview (untuk koleksi bulan Julai - Oktober 2022), innercasual dilancarkan bersama dengan dua lagi koleksi baru dari pihak AEON, koleksi pakaian pengantin dan koleksi penuh untuk mod percutian!

Nantikan entri satu lagi bercerita tentang AEON Fashion Preview 2022.

innercasual by AEON in Malaysia

innercasual by AEON in Malaysia Katherine Hamnett

innercasual by AEON in Malaysia

Inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - 8 -dan 15, yang menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat, serta melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem daratan.

Tentang innercasual (iC)

iC adalah sebuah stor konsep khusus untuk pakaian dalam yang mempertengahkan pakaian dalam, pakaian aktif dan pakaian kasual oleh AEON. Dengan mengutamakan suara pelanggan, iC memberi komitmen sepenuhnya membangunkan produk yang sesuai untuk gaya hidup harian pelanggan dengan keselesaan maksimum. iC menawarkan produk mampu milik yang berkualiti tinggi, berfungsi, mampan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Lima jenama utama di bawak iC, PeafeFit, ActiveWear, Khatherine Hamnett, Mirai Beauty, Organic Cotton fokus dengan berfungsi, keselesaan dan mampan untuk pakaian harian.

Temui iC di AEON Taman Maluri, AEON Mid Valley, AEON Bandar Utama, AEON Wangsa Maju dan AEON Tebrau City.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Instagram: innercasual.my


Tiada ulasan

Komen