Carian

Kelas Boxing Dalam Mall di AEON Bandar Utama

Sabtu baru-baru yang lepas, 13 Ogos 2022, secara tak langsung aku join kelas boxing dari Tribe Boxing Studio selama 40 minit di dalam AEON Bandar Utama. Kelas ini diadakan ditengah-tengah AEON berdekatan dengan kawasan innerCasual.

Percaya tak percaya, AEON memang buat kelas boxing dalam tengah orang membeli belah?

Memang orang pandang-pandang juga tapi aku terlalu enjoy dengan kelas yang dikendalikan oleh trainer cilik, Intan, aku memang tak peduli sangat siapa yang pandang. Senang kata, aku 'all out' masa sesi kelas boxing. Seronok juga sebenarnya berboxing ni.

AEON Bandar Utama innerCasual

Untuk makluman, innerCasual merupakan rangkaian pakaian sukan berfesyen santai atau bahasa Inggerisnya 'athleisure' yang baru sahaja dilancarkan dalam bulan Jun yang lalu. innerCasual adalah rangkaian fesyen daripada AEON Jepun yang akhirnya dibuka di cawangan-cawangan AEON Malaysia.

Lebih menarik lagi, innerCasual menjanjikan rekaan yang berkualiti tinggi serta berkemampanan sesuai untuk semua saiz dan usia, tak lupa juga dengan harga yang mampu milik untuk semua orang. Rangkaian fesyen innercasual memperkenalkan 3 jenis gaya yang berbeza: ActiveWear (fun and fuctional), PeaceFit (rekaan berteknologi memperkasakan gaya hidup) dan Sustainable (rangkain fesyen kolaborasi bersama pereka fesyen British dan aktivis , Katherin Hamnett).

Sebelum ini, pada 30 Jun 2022, innerCasual mula dilancarkan di AEON dengan kolaborasi bersama Tribe Boxing Studio. Untuk cerita lanjut apa yangberlaku pada 30 Jun, boleh baca di entri ini ya!

Athleisure Style: Antara Sukan Dan Gaya

Maka, 13 Ogos 2022 merupakan tarikh pelancaran rangakain innerCasual di AEON Bandar Utama. Bersempena dengan pelancaran innerCasual, beberapa rekaan dijual dengan harga potongan sebanyak 50%! Salah satunya adalah koleksi rekaan Katherine Hamnett. Dari harga RM129 sehelai, jatuh RM64.50 sahaja! Material kain yang digunakan memang sangat selesa; lembut dan memeri elok.

Selain itu, ada juga koleksi baru yang fokus kepada pakaian dalam wanita dan lelaki. Maklumlah, kita bersukan kena pastikan selesa betul-betul baru boleh bersukan dengan baik.

Untuk pelancaran innerCasual, kami dibawa oleh staff AEON sendiri untuk melihat koleksi baru. Bukan setakat melihat, malah berpeluang memegang sendiri koleksi yang ada. Memang lembut dan sangat selesa. Tak lupa, harga koleksi athleisure di AEON adalah sangat mampu milik.


Koleksi athleisure daripada AEON ini membawakan material terbaik kerana mereka menggunakan kapas organik yang ditanam dan ditumbuhkan di ladang tanpa sebarang racun perosak atau baja kimia serta dijanjikan ringan dan selesa untuk bergerak secara bebas. Tambahan lagi, rekaan innerCasual dengan kebolehan menyerap peluh dengan baik dan cepat kering serta anti-bauan, anti-bakteri dan memberikan perlindungan daripada UV. Sejujurnya, pada pandangan aku, memang geram bila dah pegang-pegang sendiri kain koleksi innerCasual.

Antara barangan yang menjadi 'item hotselling' adalah inner dan juga t-shirt kosong yang ringkas. Walaupun tshirt ringkas, material sangat bagus dan harga sangat berpatutan. 



Selesai pusing-pusing tngok baju, kami berkumpul di tengah-tengah untuk kelas boxing. Kelas boxing ini mulanya kusangka cuma 10 minit seperti masa di Tropicana Garden Mall. Rupanya 45 minit satu sesi! Di saat-saat akhir, memang aku dah mengalah. Sudah tidak mampu untuk ikut langkah coach Intan yang cepat. 

Selain kami para blogger dan beberapa orang staff AEON, aku perasan ada juga beberapa orang pelanggan yang turut serta dalam sesi kelas boxing ini. Ada juga seorang anak kecik sekitar umur 10-11 tahun yang ikut serta.

Satu pengalaman yang menarik sebab dapat merasa sendiri sesi kelas boxing selama 40 minit. Sudah ibarat satu kelas! Memang seronok, lagi-lagi konsep Tribe Boxing Studio adalah Box to the Beat. Sesi boxing dilakukan bersama dengan rentak lagu. Bila ada rentak lagu, badan lebih mudah walaupun untuk seorang yang tiada pengalaman boxing macam aku ni. Terasa diri macam Hillaey Swank dalam One Million Dollar Baby, ecewah!

AEON Bandar Utama innerCasual

Tribe Boxing Studio merupakan sebuah butik gim komuniti yang mempertengahkan sukan kickboxing berkumpulan dengan menggunakan musik genre energetic.

Satu sahaja pesanan aku, bagi mereka yang baru nak berjinak dengan sukan atau workout, dan ada bajet, sila daftarkan diri di Tribe Boxing Studio. Trainer yang aku jumpa setakat hari ini, semuanya sangat ramah dan banyak membantu. 

Dan satu lagi! Pastikan daftar jadi AEON Member dan mula shopping baju workout di innerCasual berdekatan. Harga berbaloi, material memang puas hati.

Temui iC di AEON Taman Maluri, AEON Mid Valley, AEON Bandar Utama, AEON Wangsa Maju dan AEON Tebrau City.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Website: https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/innercasual

Facebbok: Inner Casual By AEON Malaysia

Instagram: innercasual.my









Tiada ulasan

Komen