Carian

KOPETRO Rasmi Cawangan Pertama ArRahnukita

Apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran apabila dengar atau nampak perkataan "ARRAHNU"?

Mesti ramai yang nampk EMAS, kan?

Sebenarnya, Ar-Rahnu adalah satu istilah dalam syariah islamiah yang merujuk kepada urusan pajak gadai. Urusan pajak gadai ini melibatkan cagaran emas. Sebab itu perkataan Ar-Rahnu menjadi sinonim dengan emas.

Kalau perasan, perniagaan Ar-Rahnu sudah semakin melonjak semenjak rakyat Malaysia ada kesedaran tentang keperluan menyimpan dan melabur dalam emas. Maklumlah nilai emas ini sentiasa meningkat walaupun ada masa-masanya turun, jarang turun seperti 2-3 tahun lepas. Sekarang ini trend buat wang hantaran dengan emas dan dinar pun ada tau (aku salah seorangnya). Menarik kan penggunaan emas ni?

Sebagai seorang yang menyimpan emas, aku memang sedia maklum tentang konsep Ar-Rahnu malah merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan Ar-Rahnu sendiri. Dan baru-baru ini aku dijemput untuk menghadiri ke sebuah majlis perasmian perniagaan baru ArRahnu oleh KOPETRO yang dinamakan ArRahnukita di Sungai Besi.

ArRahnuKita KOPETRO

Untuk makluman, pada 30 Oktober 2022 yang lalu, Dato' Haji Zazali bin Haron selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah merasmikan cawangan pertama ArRahnukita milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, atau lebih dikenali sebagai KOPETRO. Majlis perasmian itu turut disertai oleh wakil-wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

ArRahnukita sebenarnya telahpun mula beroperasi sejak 3 Ogos 2022 yang lalu di Medan Niaga Tasik Damai di Sungai Besi.



"Alhamdulillah, hari ini amat istimewa buat warga KOPETRO kerana setelah 42 tahun KOPETRO ditubuhkan, hari ini kami berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan terasminya perniagaan ArRahnukita" ujar Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Syakir bin Ahmad Ubaidah.

Beliau menambah, bahawa kejayaan perniagaan ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO dalam memberikan pulangan yang menguntungkan kepada anggota-anggota dengan melipatgandakan pendapatan syarikat sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

Selain daripada cawangan di Sungai Besi, pihak KOPETRO mempunyai perancangan untuk membuka tiga lagi cawangan pada tahun hadapan dalam Selangor bertempat di Bangi, Ampang dan Shah Alam.

ArRahnuKita KOPETRO

Sekitar Majlis Perasmian

Majlis perasmian ArRahnukita diadakan serentak bersama karnival untuk menyemarakkan lagi sambutan dan meraikan tetamu-tetamu dan pelanggan-pelanggan yang hadir. Dianggarkan sekitar 200 pengunjung yang hadir termasuklah peniaga-peniaga dan orang ramai sekitar kawasan Medan Niaga Tasik Damai. Ini termasuk juga jemputan-jemputan khas, wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga dan wakil-wakil Ar-Rahnu yang berada di sekitar Lembah Kelang.

Kalau perasan, dalam gambar majlis perasmian ini sebenarnya ada satu sosok yang dikenali ramai. Nampak tak? Majlis perasmian perniagaan baru oleh KOPETRO ini dihadiri oleh Dato' Haji Fadhilah Kamsah juga!

Antara aktiviti yang menarik dan istimewa adalah perkhidmatan ujian dan cuci emas secara PERCUMA kepada mana-mana pengunjung yang hadir. Lebih menarik lagi, 100 pengunjung pertama menerima beg saguhati dan 20 penggadai pada hari tersebut menerima hadiah barangan eksklusif oleh ArRahnukita sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka terhadap perkhidmatan ArRahnukita.

ArRahnukita

Dalam karnival majlis perasmian ini juga membawakan jualan promosi produk-produk keluaran KOPETRO seperti makanan sedia dimakan (ready-to-eat food) jenama LenQuas, minyak pelincir jenama PETRONAS dan pakej pelancongan dan percutian tawaran KOPETRO Travel. Masa inilah aku kutip semua brosur yang ada untuk jadikan rujukan, lagi-lagi yang pakej percutian. Boleh buat perancangan untuk bercuti nanti.Tak lupa, aku terjebak membeli makanan sedia dimakan LenQuas.

Perkhidmatan ArRahnukita

Khas untuk Anggota KOPETRO, bagi yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnukita ada menyediakan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah) dam pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000. 

Untuk makluman, perkhidmatan ArRahnukita terbuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa mahupun kewarganegaraan.

Atas sambutan yang memberangsangkan sejak mula beroperasi Ogos yang lalu, ArRahnukita juga menawarkan pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000 buat peniaga-peniaga, broker emas atau kedai emas yang memerlukan wang tunai secara segera dengan menggunakan barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.

Nama pun ArRahnu, sudah tentu cagarannya EMAS.


Perniagaan ArRahnukita ini diterajui oleh Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perkhidmatan, Tuan Haji Shamsudin bin Haron. Beliau mengatakan bahawa pihaknya berinspirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebagai sebuah perkhidmatan pajak gadai emas contoh kepada ArRahnu yang lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan jenama yang mudah dipercayai,

Untuk maklumat mengenai kadar emas harian dan promosi yang ditawarkan oleh ArRahnukita, boleh ikuti mereka di laman sosial Facebook dan Instagram atau boleh terus hubungi di talian yang tertera di bawah.

Facebook: https://www.facebook.com/ArRahnukita/

Instagram: https://www.instagram.com/ArRahnuKita/

Laman Web: https://www.arrahnukita.com.my/

No.Telefon: 03-9055 9839

Mengenai Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO)

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di selutuh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Titan Awards.

Akaun Media Sosial

Tiada ulasan

Komen