Carian

Pameran Pokemon Trading Card Games (TCG) Yang Ke-25 di AEON Shah Alam

Pengumuman buat peminat-peminat Pokemon! Sekarang sedang berlangsung Pameran Pokemon Card Game yang ke-25 di AEON Shah Alam.

Wah! Sudah 25 tahun dah rupanya trading card Pokemon ni. Masih ingat lagi zaman sekolah rendah dulu, rajin juga main dengan kawan-kawan kad Pokemon. Sekarang dah ada anak, anak pula yang membeli. Macam tak percaya sudah 20 tahun yang lalu, petang-petang buka TV nak tengok Pokemon, kat sekolah main kad Pokemon.

Pokemon Trading Card Games Exhibition

Sebenarnya AEON Shah Alam adalah lokasi penutup untuk acara Trading Card Games Pokemon untuk tahun 2022. Pameran Pokemon TCG ini sudah berlangsung sejak 28 Januari 2022 bermula di AEON Mall Metro Prima, Kepong dituruti oleh MyTOWN Cheras pada 18 hingga 27 Mac 2022 dan AEON Bukit TInggi pada 12 hingga 24 April 2022. 

Buat peminat-peminat Pokemon yang terlepas nak join pameran sebelum-sebelum ini, boleh singgah di AEON Shah Alam dan lihat sendiri pameran Pokemon di Centre Court sebelum pameran ini tamat. Pameran Pokemon ini akan berlangsung sehingga 29 Mei 2022 ini. Cepat-cepat singgah sebelum terlambat!

Pameran ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 Pokemon Trading Card Games. Pokemon ni memang sangat terkenal di Malaysia sejak tahun 1990-an lagi. Tak lupa aku dulu ikut serta menonton rancangan Pokemon ya.

Dalam pameran ini, ada pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Siap boleh main game betul-betul ya. Semestinya, selain pameran, juga ada disediakan jualan barang-barang Pokemon yang didatangkan khas dari Jepun untuk peminat-peminat Pokemon.

Pokemon Trading Card Games Exhibition
Seronok eh tengok diorang main kat mesin ni.

Pokemon Trading Card Games Exhibition
Pokemon memang tak mengenal usia tau.


Pokemon Trading Card Games Exhibition
Antara barang barang 'merchandise' rasmi Pokemon dari Jepun

Pokemon Trading Card Games Exhibition
Haaa... controller Pokemon pelbagai corak pun ada.

Pokemon Trading Card Games Exhibition
Jap, apa eh nama dia ni? Chimchar!

Pokemon Trading Card Games Exhibition
Tak sangka banyak juga kad Pokemon. Wildan baru ada berapa sangat.

Pokemon Trading Card Games Exhibition
Gigih asalnya dia nak cari kad yang dia ada. Tapi kelabu mata mencari.


Khas acara hujung minggu di Pameran Pokemon ini ada persembahan Pikachu Dance dan juga sesi 'meet and greet' bersama Pikachu! Tinggal 28 dan 29 Mei sahaja tarikh yang ada untuk datang ke pameran Pokemon dan jumpa dengan Pikachu.

Pokemon Trading Card Games Exhibition Pikachu Dance
Bila tengok Pikachu Pikachu menari, anak-anak semua memang auto menari sekali.

Pokemon Trading Card Games Exhibition Pikachu Dance
Walaupun Pikachu ni besar, diaorang tetap comel masa menari!

Pokemon Trading Card Games Exhibition
Mak dia yang excited nak bergambar.

Untuk tahu maklumat lebih lanjut tentang Pameran Pokemon dan dapatkan update update terkini, boleh tengok di Facebook Page AEON Fantasy di bawah. Klik sahaja link dan semua update akan ada dari masa ke masa di situ.

Tiada ulasan

Komen