Carian

Kemeriahan Buffet Ramadan Cita Rasa Klasik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Kita sudah masuk hari ke enam belas Ramadan. Tinggal lagi empat belas hari sahaja, itupun kalau Ramadan kali ini dapat 30 hari. Kalau 29 hari puasa, tinggal lagi 13 hari sahaja. Dengar cerita negara jiran umumkan raya awal. Hmmm... Bila tinggal kurang 15 hari lagi nak habis Ramadan, aku yakin mungkin ada sesetangah orang dah mula mencari untuk berbuka di luar selain daripada menyediakan masakan sendiri di rumah. Sekali sekala berehat daripada memasak dan menikmati juadah di luar.

Minggu ini, aku berbuka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya Internatio8nal Convention Center). Walaupun Putrajaya tu kira dalam 30 minit sahaja dari rumah, aku baru tahu yang PICC ada buat Buffet Ramadan. Yelah, tempat konvensyen ni aku tak pernah terfikir akan ada sediakan buffet Ramadan. Buffet Ramadan tahun 2023 kali ini, mereka bawa tema Cita Rasa Klasik. Sejajar dengan tema ini, menu Melayu klasik diketengahkan dengan hidangan lebih 250 juadah. Banyak ya pilihan.

Buffet Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Bercakap tentang buffet Ramadan, aku memang suka buffet. Sebab aku suka tengok pilihan makanan dan makan sikit-sikit setiap satu hidangan. Orang kata 'buat ghaso-ghaso'. Masa aku kecil-kecil dulu, ayah memang rajin bawa pergi buffet Ramadan. Kadang-kadang pergi satu keluarga sahaja, kadang-kadang pergi dengan company ayah. Tak lupa, mak aku juga sebagai pensyarah, jabatan dia bekerja juga buat buffet Ramadan. Senang kata, buffet Ramadan ni bukan benda yang asing untuk aku.
Cuma bila dah besar dan dah anak sendiri baru tahu kenapa dulu-dulu ayah mesti bawa pergi buffet walaupun sekali. Sebab sesekali nak belanja anak-anak makan makanan yang mereka suka. Maklumlah di buffet, ibaratnya pilihan makanan yang tak terbatas dan masa inilah anak-anak belajar untuk buat pilihan makanan untuk diri sendiri.

Ada apa di buffet Ramadan PICC?

Satu sebab yang aku rasa wajar untuk dijadikan alasan kenapa perlu cuba buffet Ramadan di PICC adalah kerana kelainan dari sudut hidangan dan suasana berbuka di sini. Lagi-lagi tema tahun ini adalah Cita Rasa Klasik. Maka bagi mereka yang mencari buffet yang menyajikan pilihan menu yang berasaskan menu klasik, ini adalah pilihan yang terbaik. 

Menu hidangan yang disajikan antaranya adalah Kambing Golek PICC yang diperap denagn rempah ratus pilihan chef PICC dan dibakar dengan penuh ketelitian bagi memastikan hidangan kambing yang menepati selera orang ramai. Bagi aku kambing golek dia memang sedap. Tak ada bau yang kuat, rasa daging yang penuh rempah dan lembut serta mudah dikunyah. Bertambah sedap apabila dimakan bersama kuah black pepper yang disediakan.


Selain daripada kambing golek, ada juga pilihan makanan lain seperti Nasi Bukhari, Gulai Ayam Bakar Daun Pegaga, Varuval Kambing, Rendang Tok dan banyak pilihan lauk untuk dipilih. Yang menariknya persembahan hidangan lauk pauk ini sangat menarik perhatian. Bertepatan dengan tema Melayu klasik, setiap satu lauk dihidankan dalam kuali kawah yang besar. Kita orang Melayu memang terkenal dengan budaya memasak dalam kuali dan kali ini sengaja dibawakan kuali bagi menggamit memori dan selera klasik itu sendiri.






Jika tidak mahukan nasi, terdapat makanan seperti char keow teow Penang, mee kari, mee goreng mamak dan aneka sup. Bukan itu sahaja, untuk anak-anak ada disediakan Kids Corner yang menghidangkan nugget ayam serta pasta bersama kuah pilihan sama ada bolognese mahupun carbonara. Nampak sahaja Kids Corner, Wildan memang dah terus pilih nak makan pasta dengan kuah carbonara. Maklumlah dari awal Ramadan asyik berbuka dengan nasi sahaja. Sekali sekala dia nak makanan yang bukan berasaskan nasi.



Satu benda yang mengagumkan tentang menu buffet Ramadan di PICC adalah pilihan kuih muih dan buah-buahan. Pilihan kuih muih terdiri daripada kuih muih tradisional seperti kuih talam, kuih seri muka, kuih lapis pelangi, karipap hinggalah kepada pilihan kuih atau pencuci mulut moden seperti puding roti dengan sos vanila, puding roti Arab, kek red velvet, chocolate mousse dan baaaanyak lagi. Susah nak dieja satu persatu. Biar gambar berbicara. Bagi aku yang memang hantu dessert, dah macam masuk lubuk dessert rasa.



Tengoklah, pilihan buah yang disajikan. Banyak tak banyak.

Tarikan Buffet Ramadan PICC

Salah satu daya tarikan buffet Ramadan di PICC adalah sambil menikmati makanan dan hidangan berbuka puasa, pelanggan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Artis Residen PICC iaitu Rosma Sidik yang mendendangkan lagu-lagu evergreen dan lagu-lagu terkini. Siapa tidak kenal Rosma Sidik, kan? Salah satu peserta Akademi Fantasi musim pertama yang membawa aura seakan-akan Dato' Siti Nurhaliza pada suatu ketika dahulu. Terkesima juga aku bila nampak Rosma depan mata. Selama ni tengok dalam TV je.

Mentang-mentang dapat seat elok depan stage, memang jadi paparazzi kejap.

Selain daripada persembahan oleh Rosma dan artis jemputan (jika ada), pihak PICC juga menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak serta aktiviti mewarna untuk anak-anak sebelum berbuka puasa. Ruang permainan yang disediakan cukup luas serta penuh pilihan permainan untuk anak-anak bermain sambil ibu dan ayah menikmati juadah berbuka puasa. Maklumlah anak-anak kadang makannya tak banyak lepas tu mudah bosan kalau asyik duduk di meja sahaja.



Aku kongsikan sikit apa yang kitorang ambil sebelum azan berkumandang. Hanya Mukhlis yang pilih untuk ambil nasi. Itupun nasi ayam sebab itulah satu-satunya menu yang dia suka dan akan makan banyak. Selebihnya kami ambil sikit-sikit setiap seorang supaya boleh makan rasa-rasa. Secara keseluruhan aku suka hidangan yang disediakan. Ini pun belum campur makanan yang aku ambil. Aku ambil last sekali lepas semua suami dan anak-anak dah selesai pusing dan ambil makanan. Sebab kadang makanan macam ni, lebihannya aku juga kena makan. Hehe.


Tempahan dan Pakej Buffet Ramadan

Bila aku tengok banner yang ada, rupanya pihak pengurusan PICC sudah buka tempahan sejak awal tahun lagi dengan potongan harga yang sangat-sangat berbaloi.



Pengurusan PICC juga menawarkan pakej tempahan berbuka khas dengan harga yang istimewa bagi majlis berbuka puasa korporat bagi meraikan pelanggan-pelanggan dan kakitangan-kakitangan syarikat mereka. Tempahan adalah di dewan-dewan yang terdapat di PICC bergantung kepada saiz dan saiz kapasiti yang dikehendaki oleh pelanggan. Malahan, PICC juga bersedia untuk menjadi ruang untuk mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya atau apa jua acara/majlis yang memerlukan ruang dan kapasiti menampung 1000 orang dan ke atas.

Untuk tempahan Bufet Ramadan, sila hubungi 03-8887 6000 atau talian hotline 013-592 9496. Pelanggan juga boleh membeli voucher Bufet Ramadan melalui platform seperti Klook, Fave, Shopee, Lazada atau layari laman sesawang kami di https://www.picc.com.my (Klik “Dining Reservation” di poster Cita Rasa Klasik).
Untuk maklumat yang lebih cepat berkenaan acara atau pakej yang ditawarkan, sila ikuti Facebook rasmi PICC (http://www.facebook.com/piccmalaysia), Twitter, Instagram dan TikTok @piccmalaysia.

Tiada ulasan

Komen