Carian

Program 'Berkat Korban 2022' - Dari Masjid Ke Pusat Beli-Belah

Usai tamat bulan Syawal, tidak lama lagi kita akan bejumpa dengan bulan Zulhijjah. Satu lagi bulan yang penuh makna dan sangat bererti bagi kita umat Islam. Bulan yang penuh berkat dan salah satu ibadah yang disarankan adalah ibadah korban.

Sejak pandemik Covid-19 melanda, aktiviti perlaksanaan ibadah korban semasa bulan Zulhijjah tidak lagi sama seperti dulu. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, orang ramai tidak dibenarkan untuk berkumpul dengan sebarang alasan. Dan ini termasuk untuk majlis-majlis keramaian dan keagamaan. Di atas keprihatinan ini, pihak AEON telah menganjurkan sebuah program khusus untuk sambutan AidilAdha bagi memudahkan urusan umat Islam di Malaysia. 

Untuk pengetahuan, sejak tahun 2020, AEON telah memperkenalkan sebuah program bernama Berkat Korban yang bertujuan untuk memberi kemudahan umat Islam di Malaysia untuk melaksanakan ibadah korban semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung pada tahun 2020. Program ini sekali lagi diadakan pada tahun 2021, juga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Julung kalinya tahun ini, tahun 2022, AEON meneruskan usaha memberi kemudahan melaksanakan ibadah korban melalui program Berkat Korban 2022.

Berkat Korban 2022 Pakej Korban AEON

Majlis Pelancaran Program Berkat Korban 2022

Tahun ini merupakan tahun ketiga AEON melaksanakan program Berkat Korban. Untuk tahun ini, AEON berkolaborasi dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm.

Semasa pelancaran program ini, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, Dr Kasuma Satria Mat Jadi berkata,

"Kami amat bersyukur kerana sekali lagi dapat merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini. Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam. Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian"

 

Berkat Korban 2022 Pakej Korban AEON

Tambahan beliau juga mengatakan

"AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam memastikan umat Ilsam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah korban dengan sempurna"

Dalam pelancaran program Berkat Korban 2022 ini juga memperkenalkan Ustaz Don Daniyal Don Bijayid sebagai ikon Berkat Korban 2022.

Menurut Ustaz Don,

"Saya berasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhuwah dan silaturrahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternah tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasan terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh syariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban"

Selain itu beliau memuji tindakan pihak AEON mengadakan program Berkat Korban 2022 sebagai satu usaha memudahkan urusan umat Islam. Tindakan ini disifatkan selari dengan ajaran Islam seperti yang pernah disebut dalam hadis

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Barangsiapa menunjukkan (manusia) kepada kebaikan, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang melakukannya.

HR. Muslim, no. 1893


Bukan itu sahaja, Ustaz Don berpesan untuk umat Islam melaksanakan ibadah korban dengan mereka yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan pemprosesan daging mentah bagi mengelakkan pembaziran. Menurut Ustaz Don, melihatkan cara gerak kerja pihak AEON dalam menguruskan daging dan pembungkusan sehinggalah cara menyimpan, beliau memang menyarankan supaya umat Islam mengambil bahagian melaksanakan ibadah korban melalui AEON.


Program Berkat Korban 2022 akan dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEONBiG dan MaxValu.

Program ini menyediakan dua kategori haiwan korban: lembu dan kambing.

1. Haiwan Korban Lembu

Seekor lembu dengan berat sekitar 210kg hingga 250kg akan dibahagikan kepada tujuh bahagian. Harga setiap bahagian adalah RM880.

2. Haiwan Korban Kambing

Seekor kambing dengan berat sekitar 28kg hingga 30kg adalah dengan harga sebanyak RM1200.

Menurut sunnah dalam Islam, daging korban sebaiknya diberikan secara mentah kepada golongan asnaf dan pihak AEON juga menerima tempahan ibadah korban untuk diberikan kepada asnaf tanpa sebarang caj tambahan. Ini bermakna harga satu bahagian lembu dan seekor kambing adalah sama seperti yang dimaklumkan.



Pihak AEON menyediakan perkhidmatan untuk menghantar terus daging korban kepada asnaf dengan kerjasama dari pihak Yayasan Islam Darul Ehsan. Mereka akan pastikan daging-daging ini sampai kepada mereka yang berhak. Ini adalah satu peluang yang sangat bagus untuk umat Islam melaksanakan ibadah korban dengan sebaiknya.

Bagi mengelakkan pembaziran, pihak AEON akan membungkus daging yang siap dilapah dan potong kepada satu pek 1kg. Setiap pek ini akan dibekukan bagi memastikan daging tahan lama dan kekal segar. 

Untuk menempah, para pelanggan hanya perlu hadir ke kaunter-kaunter yang dibuka khas untuk program Berkat Korban di semua cawangan AEON di seluruh negara atau boleh juga menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012-7591816 atau melalui laman web www.aeonberkatkorban.com

Penempahan terakhir untuk Berkat Korban 2022 adalah pada 5 Julai.

Kaunter di cawangan AEON di seluruh Malaysia akan ada banner ini bersama borang dan maklumat harga tempahan.

Maklumat dan informasi melalui video di kaunter-kaunter Berkat Korban 2022.

Tunggu apa lagi, Zulhijjah tinggal tidak kurang dari sebulan sahaja. Ini adalah masa yang terbaik untuk mula menempah dan melaksanakan ibadah korban.

Inisiatif Berkat Korban 2022 ini selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digunapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi menikmati keamanan dan kemakmuran serta memberikan kesedaran setiap pembangunan mesti diimbangi dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.



Tiada ulasan

Komen