Carian

Game Online Percuma Mesra Keluarga

 Assalamualaikum dan hai!

Apa khabar semuanya? Harap-harap semuanya masih boleh bertahan untuk PKP yang masih lagi berjalan. Sejak sesi persekolahan bermula, aku nampak ramai yang kongsikan pengalaman mereka untuk sesi PdPR anak-anak. Selaku seorang ibu, aku sangat memahami situasi dengan anak PdPR.

Kali ini aku nak ajak semua yang tengah baca ambil masa untuk berehat dengan anak-anak yang stress seminggu kelas tu main game komputer.

Biar betul nak ajak main game komputer?

Yes. Aku nak ajak main game. Buat yang tak tahu, aku suka main game komputer. Kebanyakkan game yang aku suka main adalah game game yang atas talian. Siapa yang kena Yahooligans! Kita geng! Sekarang dah tak ada. Hehe.

Di zaman serba canggih ni, kita tak boleh nak stick pada cara lama ajak anak-anak main permainan tradisional sahaja. Sesekali kita kena juga ikut serta anak-anak bermain game dalam komputer. Maklumlah mereka ni generasi alpha. Seawal 2 tahun dah pandai guna smartphone kot.

Kebetulan, aku ada jumpa satu website yang ada koleksi permainan atas talian yang sangat sangat mesra keluarga. Nama website ni Plays.Org

plays.org online free browser games

Ada beberapa sebab kenapa aku sukakan website ni.

1. Tak ada iklan pop-up.

Sekarang ni website game banyak iklan pop-up. Yang dalam handphone pun banyak juga. Kadang lama menunggu iklan habis. Bukan itu sahaja, kadang-kadang kalau yang ada iklan, iklan tak tentu dapat iklan apa. Dapat yang okay, okaylah. Dapat yang tak okay, bergaduh duk katup mata anak.

2. Pilihan game yang pelbagai

Kali terakhir aku jumpa website yang ada banyak game mungkin sekitar tahun 2012 rasanya. Sebelum smartphone menjadi keperluan semua orang. Bila semua dalam satu website sebenarnya lagi mudah untuk datang balik bila-bila kita rasa nak main game.

3. Game game simple untuk anak-anak

Game yang ada dalam Plays.Org semuanya memang jenis simple sahaja. Senang nak ajar anak-anak main. Mereka pun seronok main. 

4. Tak perlu daftar

Ini salah satu benda yang aku suka. Tak perlu susah susah buat akaun atau log in setiap kali nak main game. Bila bila rasa nak main, just click plays.org dan dah boleh start pilih game. Senang je kan?

5. Mesra dekstop/laptop dan tablet

Satu benda yang aku pasal website Plays.Org, semua game dia adalah mesra untuk dimain dalam tablet mahupun melalui laptop. Macam aku, aku guna desktop supaya dapat asah skill menggunakan mouse (tetikus) dan juga keyboard (papan kekunci). Skill menggunakan komputer sekarang penting tau.

plays.org online free browser games

Tahu tak website ni ada lebih daripada 200 game dan mereka masih lagi sedang menambah game-game baru yang ada.

Senarai game baru di Plays.Org. <<< Boleh tengok game baru dekat sini.

Bagi aku yang jenis suka game puzzle, memang aku akan cari game jenis puzzle atau problem solving. Hatta untuk anak-anak aku cari game yang jenis kuiz. Tempoh hari, aku bagi Wildan main game matematik. Game dia sangat menarik. Dengan menggunakan data jawapan sedia ada, soalan yang diberikan akan menjadi lebih senang atau lebih susah.

Wildan dua tiga kali juga kejap soalan makin susah sampai dia blur, pada masa yang sama soalan makin senang. Haha. Tapi seronok tau tengok anak-anak main game. Dia pun tak stress walaupun sebenarnya dia tengah asah otak dia mengira. Maklumlah, asalkan game, belajar pun tak rasa stress.

Game lain yang aku cuba ialah game Among Us. Kalau korang nak tahu, tahun lepas game Among Us ni sangat sangat menjadi kegemaran budak-budak. Eh, sampai aku terjebaklah juga. Haha. Tapi dalam Plays.Org ni bukanlah macam game Among Us yang famous tu. Tapi menggunakan konsep Among Us dan karakter Among Us.

Budak-budak ni, nampak je watak Among Us terus teruja nak main. Tak kiralah game tu jenis macam mana, yang penting ada watak Among Us. Hehe.

plays.org among us
Game ni gunakan watak Among Us untuk buat game tambah-tambah.

Nak try game ni, boleh tengok kat sini Sum Among Us
Bukan budak je tercabar minda, kita orang tu pun macam kagum dengan pendekatan game ni untuk buat kira kira asas tambah.

Bagus ke bagi anak-anak main game ni?

Bagi aku, selagi kita bagi game yang tak mengajar benda pelik-pelik dan game lebih berunsukan pendidikan, tak ada masalah.

Kita pun kadang-kadang penat bila belajar dengan cara duduk satu tempat dan tak bergerak. Ini apatah lagi anak-anak. Aku rasa tak ada masalah selagi kita kawal. Buat jadual atau jadikan game sebagai ganjaran bila mereka capai sesuatu.

Aku tak galakkan game komputer untuk anak-anak 7 tahun ke bawah. Macam Wildan dah 7 tahun dan dia sudah ada self-awareness untuk tempoh masa yang dia boleh main. Walaupun kadang dia terbabas tapi dari sudut mampu berfikir, dia sudah sedikit matang (ikut usia budak 7 tahunlah).

plays.org online free browser games
Game ni mencabar akal juga rupanya. Tapi sebab dia ada karakter Among Us, sanggup tu Wildan cuba faham cara main sampai betul jawapan.

Hujung minggu ni ke atau bila-bila, singgahlah sekejap dekat website Plays.Org untuk spend masa dengan anak-anak sekejap. Kejap je mainnya. Sekitar 10 -15 minit sahaja. Setakat hari ni game dia tidaklah jenis 'addictive' sebab game dia semua simple tapi mencabar akal. Sampai satu tahap mesti nak kena rehatkan minda juga. 

Selamat bermain!


1 ulasan

Komen