Sekurang-kurangnya kita tahu dekat mana kita kena perbaiki untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri. Caj yang dikenakan oleh AEON Wellness pun adalah sebanyak RM15.90 sahaja. Sangat berbaloi sebab dia check gunakan mesin khas dan boleh dapat report sekali.
Carian
Check Kulit dekat AEON Wellness
Sekurang-kurangnya kita tahu dekat mana kita kena perbaiki untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri. Caj yang dikenakan oleh AEON Wellness pun adalah sebanyak RM15.90 sahaja. Sangat berbaloi sebab dia check gunakan mesin khas dan boleh dapat report sekali.
Cipta Memori Hari Bahagia di Grand Oasis Event Hall
Assalamualaikum dan hai!
Minggu lepas, aku ada dapat jemputan untuk hadir ke sebuah majlis pelancaran. Majlis pelancaran sebuah dewan keramaian atau dalam bahasa Inggeris kita panggil 'event hall'. Biasanya dewan sebegini digunakan untuk majlis majlis yang besar seperti majlis perkahwinan, kan?
Bagi aku, dengan wujudnya dewan keramaian sebegini dapat membantu banyak pihak terutama pihak pengantin. Rata-rata dewan sekarang memang dah sediakan sekaligus pakej catering makanan, pelamin dan mungkin juga sekali gus dengan pakej photographer dan videographer!
Buat bakal-bakal pengantin ataupun pengantin yang masih mencari dewan untuk buat majlis perkahwinan atau majlis resepsi di sekitar Seri Kembangan atau berdekatan, boleh Google terus nama dewan ni: Grand Oasis Event Hall.
Jom tengok macam mana rupa dewan ni...
Krave Koffee : Kopi Premium Dihantar Di Depan Rumah
Assalamualaikum dan hai!
Wah, semalam dah keluar berita yang PKP akan bersambung sehingga 18 Februari. Tiba-tiba terngiang-ngiang pula lagu PKP baru tu.
"Dimulakan dengan dua minggu, disudahi dengan berminggu-minggu"
Siapa yang menyanyi secara tak sedar bila baca lirik kat atas tadi. Baik mengaku.Ok, alang-alang PKP dah sambung, rasanya rata-rata yang kena bekerja dari rumah nampak gaya akan bersambunglah bekerja dari rumah. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi bagi aku hampir setiap pagi aku akan buat satu minuman panas sebagai pemula hari untuk buat kerja. Walapun bekerja dari rumah. (ehem, aku kerja dari rumah dah lama) Kalau setiap hari buat Milo, Nescafe, Coffee 3-in-1 boleh jadi muak juga. Sesekali ada juga nak merasa kopi premium.
CookiesVibe: Bukan Biskut Biasa
Assalamualaikum dan hai.
Adakah tahun ini kita akan beraya dalam PKP lagi macam tahun 2020? Hanya Allah yang tahu.
Aku rasa bukan aku seorang yang masuk tahun 2021 aku dah bersedia dengan macam-macam perkara untuk teruskan kehidupan. Aku tak pasti sama ada PKP kali ini sebenarnya menghentak atau tidak sebab memang tanda-tanda dah banyak nampak.
Tak apalah, untuk entri kali ini aku bukan nak berceloteh pasal PKP. Aku nak cerita pasal biskut raya. Maklumlah tahun ni raya awal sikit. Tak kisahlah raya dalam PKP ke tidak, biskut raya tetap kena ada kan? Hehe.
Awal tahun baru 2021 hari tu aku ada pergi showroom satu brand biskut tempatan. Dapat berjumpa dengan owner dan berborak sakan sampai lupa masa yang berjalan. Banyak benda yang aku dapat dan terasa nak kongsi dengan korang.
First Impression: Mary Kay Microdermabrasion Set
Tesco Scan And Shop
Assalamualaikum dan hai!
Hari ini nak cerita pengalaman beli barang, scan sendiri dan terus bayar tanpa beratur panjang di Tesco! Okay, pertama sekali nak bagitahu Tesco adalah tempat shopping kegemaran tapi aku jarang nak membeli di Tesco sebab tak ada yang berdekatan dengan rumah. Dekat kawasan perumahan kami sahaja ada 3 kedai borong dalam sekitar 3-5 kilometer dari rumah, so memang kebiasaanya membeli belah di kedai yang terdekat.
Aku sukakan Tesco sebab pilihan barang dan kualiti barang di Tesco. Malahan Tesco ada rangkaian produk sendiri yang berkualiti. Cuma jarang-jarang nak membeli barang dapur di Tesco sebab tak ada yang berhampiran dengan rumah. Paling dekat pun makan masa 30 minit perjalanan. Tapi kalau memang mood nak beli di Tesco, memang cari juga Tesco.
Baru-baru ini, sebelum bermula PKPB di negeri Selangor, aku berkesempatan untuk membeli barang dapur di Tesco dan pengalaman kali ini berbeza daripada biasa.
Kenapa?
Sebab ada Tesco Scan and Shop.
First Impression: Mary Kay Suncare Lotion
Assalamualaikum dan hai!
Bestnya topik entri kali ini. Cerita pasal sunscreen atau dalam Melayu namanya pelindung suria. Kebanyakkan kita di Malaysia masih ramai yang ambil mudah tentang pemakaian sunscreen, termasuklah aku sehingga tahun 2017.
Titik perubahan aku jadi disiplin dengan pemakaian sunscreen adalah sebab berjumpa dengan seorang pakar kulit. Dia memang khusus untuk bahagian kosmetik, atau lebih mudah difahami kulit wajah. Kulit muka kita dan kulit badan mempunyai cara penjagaan yang sedikit berbeza. So, dalam bidang perubatan pun dipecahkan.
Untuk siri First Impression kali ini aku nak kongsikan tanggapan pertama aku masa gunakan Mary Kay Suncare Lotion. Jom!
Kembalinya Penanggah di Taman Warisan Pertanian
Assalamualaikum dan hai!
Apa perasaan korang kalau ada satu tempat yang membawakan kehidupan agro Malaysia dan sekaligus boleh dapatkan hampir pelbagai masakan tradisional serata Malaysia hanya di satu tempat? Best kan. Pergi satu tempat, boleh cuba pelbagai masakan tradisional dan tak perlu fikirkan tempoh perjalanan yang panjang atau pun kat mana nak tidur.
So, aku pun sebenarnya baru tahu kewujudan tempat ini. Dan dia tak jauh pun bagi mereka yang duduk sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. InsyaAllah bagi mereka yang suka mencuba makanan negeri negeri lain, semestinya akan gembira dengan kewujudan tempat ini.
Mana lagi kalau bukan Taman Warisan Pertanian di Presint 16, Putrajaya!
'Facial' sendiri di rumah
Assalamualaikum dan hai.
Siapa kat sini suka pergi facial? Atau pernah terfikir nak pergi facial tapi tak berani sebab takut kesan sampingan atau macam-macamlah alasan?
Haa, aku antara orang yang dah lama berkeinginan nak pergi facial tapi tak pernah berani. Sebab apa? Sebab aku takut reaksi kulit aku. Lagi-lagi kebanyakkan produk yang orang bagi testimoni baik, bila sampai aku jadi macam tak capai expectation.
So, aku dah lama buat facial sendiri di rumah. Hehe.
Macam mana nak mulakan buat facial sendiri tu?
Jam Tangan Untuk Anak
Assalamualaikum dan hai!
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar rupanya anak sulung aku bakal masuh darjah satu tahun depan. Dengan pandemik Covid-19 ni masa berlalu tersangat pantas. Aku rasa semua orang rasa benda yang sama. Seolah-olah masa dihentikan seketika.
So, memandangkan Wildan nak masuk darjah satu, aku ada mencari jam yang sesuai untuk dia. Supaya dia jadi peka dengan waktu. Lagipun sekarang dia memang ikut jadual harian yang tetapkan. Siap nak suruh tidur ikut jadual. Kalau awal sikit ada je soalan.
Cumanya untuk usia dia, aku selesa untuk dapatkan jam jenis digital. Lebih mudah untuk dia baca sebab dia dah kenal nombor dan tahu waktu siang dan malam. Biasanya kalau beli jam yang dekat kedai-kedai bukan kedai jam, jam akan tahan selama seminggu lebih, tak kalis air dan macam-macamlah halnya.
Aku jumpa satu IGShop, namanya @belispreeshop. Mereka juga ada website. Jam kanak-kanak diorang ada tulis nama dan strap boleh pilih karakter kesukaan anak-anak. Maklumlah, anak-anak ni bila ada barang yang ada karakter kegemaran, dia akan jaga sangat-sangatlah. Hehe.
First Impression: Clear Proof Deep-Cleansing Charcoal Mask
Deko rumah: Pasang Wallpaper
Entri kali ni nak cerita pasal pasang wallpaper. Kami pasang wallpaper di rumah mak. Sebabnya nak mengecat malas dan kali ini nakkan kelainan.
So, jom baca apa yang berlaku sepanjang proses kami pasang wallpaper.
IGLinks : Kumpulkan Link Penting Dalam satu Link
K-Drama Menggamit Memori : Reply 1988
First Impression : Renewing Gel Mask Mary Kay
Beli Belah Di Getha Online Shop
Lama juga rasanya tak singgah blog ni. Sejak awal tahun 2020, bermacam-macam hal yang berlaku sampaikan memang kekangan masa untuk menulis blog. Draft memang banyak tapi masih tak sempat lagi nak siapkan semuanya. Ini pun sempat curi masa alang-alang rakyat Malaysia diarahkan untuk mengawal gerakan bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19.
InsyaAllah cerita Covid-19 nanti kita kupas dalam entri lain. Untuk kali ini, aku nak kongsikan pengalaman membeli bantal secara online di kedai ternama Getha. Ye, boleh beli online sahaja sekarang. Nak-nak zaman sekarang hampir semua benda boleh dibeli secara online.
First Impression: Smoothing Exfoliator Forever Living
Sejak aku semakin rajin berblog, aku nak ubah sikit gaya menulis dan susun atur entri-entri aku yang akan datang. Maklumlah dah masuk tahun 2020, kena ada perubahan yang lebih baik dan lebih tersusun kan.
Kali ini aku nak berkongsi tentang satu produk keluaran Forever Living. Bagi yang dah lama follow blog ni memang tahu aku rajin berkongsi pasal produk Forever Living. Kali ini aku nak cerita pasal Smoothing Exfoliator Forever Living.
Sebenarnya, aku pernah ada review pasal scrub lain keluaran Forever Living juga. Tapi yang itu namanya Aloe Scrub yang boleh digunakan untuk muka dan badan. Boleh baca lebih lanjut pandangan aku pasal Aloe Scrub dekat link ni ya.
Drama Realiti Melayu : Kampung People
Kali ini nak cerita lagi pasal drama Melayu yang trending awal tahun tempoh hari sampai buatkan ramai orang ketawa berdekah dan sedih bila drama ni sampai ke penghujungnya. Drama apa lagi kalau bukan drama Kampung People yang menggabungkan lakonan terbaik dari Rashidi Ishak dan Elly Mazlien bersama dua bakat baru.
Sebenarnya aku memang jarang nak layan drama Melayu yang malam-malam. Sama macam kes cerita Nur dulu, tahu-tahu dah tengah cerita baru sibuk nak layan. Haha. Siapa suruh malas layan drama. Kan melepas.
Kisahnya, aku tahu Kampung People trending viral dekat twitter sebenarnya. Ramai yang puji dan sukakan ketelusan dalam drama ni. Masa tu dah masuk minggu ke 2 tak silap. Adik aku siap ajak layan sekali walaupun tengok dekat YouTube je. Episod pertama sahaja dah buatkan aku rasa nak tengok lagi sebab gelagat dan lakonan selamba pelakon-pelakon ni buatkan aku terhibur.
Orgga Malaysia : Produk Kecantikan Tempatan
Apa pandangan korang bila dengar pasal produk kecantikan buatan Malaysia atau lebih tepat kita panggil tempatan? Senang kata orang panggil local product. Adakaha negatif atau positif yang ada dalam fikiran korang?
Jumpa barang baru di kedai Preloved!
Baru-baru ni aku dapat jemputan untuk datang ke majlis pra-pembukaan sebuah kedai preloved di KipMall Bangi. Dulu aku kenal KipMall ni sebagai Warta. Sekarang nama dah lain. So, kedai preloved ni sebenarnya sangat unik tau. Bukan macam kedai preloved yang biasa kita jumpa.
Kedai ni namanya Jalan Jalan Japan. Haaa, dengar nama pun dah boleh agak kan barang macam mana yang korang boleh jumpa dekat sini. Semestinya barang dari Jepun! Dah nama pun kedai preloved, barang semuanya adalah preloved.
Cawangan Jalan Jalan Japan di KipMall Bangi adalah cawangan yang kelima selepas cawangan keempat di M3 Mall, Gombak. Jalan Jalan Japan mula buka cawangan pertama di One City Sky Park, Subang pada November 2016. Kemudian di 1 Shamelin Mall pada 2017 dan seterusnya cawangan ketiga di CentrePoint, Seremban pada tahun lepas.