Hari ini nak cerita pengalaman beli barang, scan sendiri dan terus bayar tanpa beratur panjang di Tesco (Lotus)! Okay, pertama sekali nak bagitahu Tesco ataupun kini lebih dikenali sebagai Lotus, adalah antara pasaraya kegemaran tapi aku jarang nak membeli di Tesco sebab tak ada yang berdekatan dengan rumah. Dalam kawasan perumahan kami sahaja sudah ada 3 pasaraya borong yang jaraknya sekitar 3-5 kilometer dari rumah, jadi memang kebiasaanya membeli belah di pasaraya yang lebih dekat.
Aku sukakan pasaraya Tesco (Lotus) sebab pilihan barang dan kualiti barang di Tesco. Malahan Tesco ada rangkaian produk sendiri yang berkualiti tinggi. Cuma jarang-jarang nak membeli barang dapur di Tesco sebab tak ada yang berhampiran dengan rumah. Paling dekat pun makan masa 30 minit perjalanan. Tapi kalau memang mood nak beli di Tesco, memang cari juga Tesco.
Baru-baru ini, sebelum bermula PKPB di negeri Selangor, aku berkesempatan untuk membeli barang dapur di Tesco dan pengalaman kali ini berbeza daripada biasa.
Kenapa?