Assalamualaikum dan hai.
Adakah tahun ini kita akan beraya dalam PKP lagi macam tahun 2020? Hanya Allah yang tahu.
Aku rasa bukan aku seorang yang masuk tahun 2021 aku dah bersedia dengan macam-macam perkara untuk teruskan kehidupan. Aku tak pasti sama ada PKP kali ini sebenarnya menghentak atau tidak sebab memang tanda-tanda dah banyak nampak.
Tak apalah, untuk entri kali ini aku bukan nak berceloteh pasal PKP. Aku nak cerita pasal biskut raya. Maklumlah tahun ni raya awal sikit. Tak kisahlah raya dalam PKP ke tidak, biskut raya tetap kena ada kan? Hehe.
Awal tahun baru 2021 hari tu aku ada pergi showroom satu brand biskut tempatan. Dapat berjumpa dengan owner dan berborak sakan sampai lupa masa yang berjalan. Banyak benda yang aku dapat dan terasa nak kongsi dengan korang.
Korang pernah dengar tak brand Cookies Vibe?
Masa aku dapat jemputan dari owner melalui email, memang aku blur-blur. Aku ingatkan CookiesVibe ni jenama baru. Bila aku buka website, nampak sophisticated. Kemudian, berkesempatan pula jumpa dengan owner secara bersemuka. Rupanya mereka dah ada sejak 2017 tetapi fokus mereka sebenarnya lebih daripada sekadar menjual biskut raya.
CookiesVibe sebenarnya satu perniagaan yang dimulakan untuk mengumpul dana bagi membantu rumah bantuan tempatan. Bermula pada Ramdhan 2017, mereka berjaya kumpul RM400 untuk jualan pertama. Tapi RM400 tu dekat rumah bantuan macam sekali guna sahaja. Bukan itu sahaja, anak-anak yang cecah 18 tahun akan keluar dan tidak di ambil tahu keberadaan dan perkembangan mereka.
Kita semua sedia maklum pasal anak-anak yatim yang duduk rumah perlindungan akan keluar semasa umur 18 tahun. Tapi adakah kita tahu macam mana mereka berdepan dengan realiti kehidupan seorang diri tanpa ibu ayah? Mana yang bernasib baik, dapatlah membesar menjadi seorang dewasa yang baik. Mana yang tidak, silap haribulan masuk lorong gelap.
Owner kepada CookiesVibe, Miss N, merupakan seorang pensyarah di universiti tempatan dan sebagai seorang pendidik, dia tak rasa patut untuk dia berdiam diri selepas tahu kebenaran tentang anak-anak yatim yang meninggalkan rumah bantuan. So, dia buat program untuk beri pendidikan kepada anak-anak yang masih berada di rumah bantuan supaya mereka dapat persiapkan diri dengan lebih baik untuk survive lepas keluar dari rumah bantuan. Namun, semua benda perlukan dana kan?
Melihatkan bagaimana CookiesVibe adalah satu medium yang sesuai, Miss N pun teruskan perniagaan CookiesVibe secara sampingan walaupun dia sendiri sebenarnya seorag pensyarah. Untung dari CookiesVibe memang disalurkan kepada dana untuk menggerakkan program sukarelawan. Dan sebenarnya CookiesVibe dah berkembang siap ada stokis dan agent! Allah memang nak mudahkan urusan mereka bantu orang.
Keistimewaan CookiesVibe
Menurut Miss N, resepi CookiesVibe adalah direka dari chef-chef, iaitu kawan-kawan terdekat Miss N sendiri. Bahan yang digunakan pun adalah bahan yang berkualiti tinggi. Biskut mereka memang 100% guna butter. Butter jenama Anchor tau. Tak ada guna mentega pun. Bagi aku, aku memang suka biskut yang diperbuat daripada butter. Sebab aku tak suka biskut yang keras-keras sangat. Biskut dari butter kebanyakan lembut dan cair dalam mulut. Selain tu, biskut yang ada kacang, memang ada banyak kacang. Ini aku sendiri tak tipu. Jenuh setiap gigitan tu ada kacang. Hehe.
Jom tengok biskut biskut dari CookiesVibe yang aku ada dan rasa sendiri.
Popia Udang |
Popia udang dia sedap juga. Cuma bagi aku kulit dia tebal sikit. Mungkin aku sebab aku biasa makan Kuih Simpul Kasih, aku lagi prefer Kuih Simpul Kasih. Tapi dia punya serunding udang dalam tu sedap! Pedas, padu. Makan dua tiga butir, memang aku cari air. Pedas, pedas pun aku suka makan sambil buat kerja.
Velvet Ohana |
Basically, ini sebenarnya Biskut Red Velvet. Sejujurnya, aku bukan peminat Kek Red Velvet. Tapi kalau Biskut Red Velvet memang aku makan, terutamanya yang ada kacang badam dalamnya. Yang unik dengan Biskut Red Velvet Cookies Vibe ni, dia bukan sekadar ada kacang badam, ada juga kismis. Mungkin ada orang tak berkenan sebab ada kismis. Tekstur biskut ni lembut. Mungkin sebab pakai pure butter tapi aku memang suka biskut yang lembut lembut (dah tua tua memang lagi suka biskut lembut). Bagi yang suka biskut keras, mungkin tak minat sangat.
Pea Pods |
Sebenarnya aku tak minat biskut kacang hijau, tapi Ummi setiap tahun akan beli biskut kacang hijau walaupun biskut ni paling kurang laku. Dan kalau bosan memang seronok ngap ngap sebutir dua biskut kacang hijau. Bagi aku, Pea Pods dari Cookies Vibe ni penuh kacang. Bagi Ummi, tak cukup umph. Dan sekali lagi, biskut mereka memang jenis lembut-lembut. So, Ummi tak berkenan sangat. Bagi yang minat biskut lembut, memang patut try.
Pineapple Tart |
Dengan aku, tart nenas jangan main-main. Setiap kali raya, setiap rumah yang aku pergi, benda pertama yang aku akan aim untuk makan adalah tart nenas. Lepas tu ngomel dalam hati sorang-sorang. Dan biasanya, kalau lama duduk rumah orang, mungkin boleh habis sebalang tart nenas. Haha.
Tiada ulasan
Komen