Assalamualaikum dah hai!
SushiVid adalah satu platform ibarat orang tengah yang membantu para blogger, youtuber dan influencer untuk mencari job seperti review atau content creating. Aku sebenarnya baru sangat join SushiVid. Dan aku belum level influencer pun. Cuma seorang blogger kecilan yang sedang merangkak naik. Hehe.
Baru-baru ni aku ada join satu webinar untuk pengguna media sosial terutamanya influencer untuk gabungkan link-link penting dalam satu link. Kalau korang masih baru dalam dunia blogging atau dunia 'influencer', sebenarnya link adalah sesuatu yang sangat penting. Terutamanya link yang boleh diklik. Eh, untuk orang-orang yang berniaga secara atas talian, benda ni pun penting juga.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kalau dekat Instagram, dalam caption tu linknya tak boleh ditekan. Maksudnya tak hyperlink dan tak boleh klik pun. Dan semestinya tak semua orang nak copy paste link kat browser kan? Mesti nakkan link yang 'hidup'.
So, webinar yang aku join nak memperkenalkan satu website yang menyediakan khidmat ini: kumpulkan link-link penting di bawah satu link. Dan paling bagus, ini adalah inisiatif orang tempatan kita! Of course ada pakej berbayar tapi pakejnya sangat berbaloi!
Sebelum aku sambung lagi, webinar yang aku hadiri adalah tajaan SushiVid.
SushiVid adalah satu platform ibarat orang tengah yang membantu para blogger, youtuber dan influencer untuk mencari job seperti review atau content creating. Aku sebenarnya baru sangat join SushiVid. Dan aku belum level influencer pun. Cuma seorang blogger kecilan yang sedang merangkak naik. Hehe.
Korang boleh download app SushiVid untuk mendaftar. Lepas dah mendaftar baru akan nampak peluang job-job yang ada.
Sambung balik pada wedinar IGLinks tadi. Okay, nama website yang menyediakan perkhidmatan mengumpulkan link ni adalah iglinks.io
Nak join IGLinks adalah FREE je. Iya percuma sahaja! Tak perlu bayar apa-apa. Dan semestinya mereka ada pakej berbayar yang menyediakan perkhidmatan lain.
Walaupun berbayar, pada aku pakejnya murah. Tak nak berbayar pun tak ada masalah. Boleh tengok sendiri apa beza antara pakej percuma, RM19 dan RM79. Nilai ikut keperluan masing-masing. Aku ambil pakej RM19 sebulan. Memadai ada analisis profil. Iklan tu tak apa, tak menganggu pun.
So, macam mana nak mula guna IGLink ni? Of course kena Sign Up dulu.
Lepas dah sign up baru boleh mula buat link.
Ok, ini rupa bilah dah sign up IGLinks. Boleh terus tekan "Create New Links".
Letaklah nama link tu apa-apa sebagai rujukan korang. Ini tak keluar dekat link nanti. Memang untuk rujukan korang terutamanya bila korang ada buat banyak link.
Nanti dah ada nama, korang akan ditunjuk contoh apa nak tulis macam ni.
Psstt.. dengan link ni juga korang boleh guna untuk letakkan link affiliate yang korang ada sambil tunjuk gambar produk! Hari ni kita belajar basic nak buat IGLinks dulu.
Psstt.. dengan link ni juga korang boleh guna untuk letakkan link affiliate yang korang ada sambil tunjuk gambar produk! Hari ni kita belajar basic nak buat IGLinks dulu.
Apa yang senang dengan IGLinks ni untuk platform media sosial dia dah sediakan. Tak perlu nak taip penuh-penuh URL. Hanya perlu letak nama Facebook, Twitter, Instagram, TikTok korang. Dan untuk pelanggan atau sponsor hubungi korang, diorang dah siap sediakan sekali ruang untuk Whatsapp, Email dan FB Messenger. Mudah kan?
Tip: aku cadangkan buat IGLinks guna laptop, sebab lebih mudah diuruskan berbanding guna handphone.
Ini IGLinks aku. Aku dah siapkan semasa webinar berlangsung. So, secara asasnya, letak gambar (tak perlu saiz besar). Untuk tambah link, klik pada "+ With Link". Kalau pilih yang "+ Title (No Link)", korang kira macam tambah section.
Ini contoh IGLinks yang aku buat untuk Calligenia Market. Nampakkan ada section siap tulis link apa. Sebab untuk Calligenia Market aku perlukan link whatsapp, link facebook page, link shopee dan juga link telegram. Tak ke jenuh kalau nak tukar-tukar? Bila ada IGLinks, senang untuk customer ataupun prospect nak hubungi aku melalui apa sahaja cara yang mereka nak.
Oh ya, kalau korang join secar FREE, korang tak boleh tukar tema belakang ya. Macam aku ambil pakej RM19, dapatlah 5 pilihan tema yang berbeza. Tapi tak tukar tema belakang pun taklah tak cantik. Cuma ada watermark IGLinks sahaja. Pada aku tak ada masalah pun sebab still cantik dan kemas.
Nampak ruang bawah tu? Untuk bahagian "Contacts" ada tiga pilihan korang boleh isi: No telefon whatsapp, FB Messenger dan juga email. Untuk bahagian "Social Media" pula ada Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok, Youtube dan LinkedIn. Bagus kan?
Bagi aku, dengan adanya perkhidmatan IGLinks, sangat memudahkan kerja. So, kalau lain kali ada job yang memerlukan korang post di Instagram dan share link berkaitan, tambah sahaja dalam ni. Senang untuk pembaca/follower klik.
Untuk makluman korang, IGLinks ni masih baru dan masih berkembang. InsyaAllah dari masa ke masa mereka akan teruskan perkembangan yang seiring dengan keperluan. So, harap dapat bersabar dan supportlah orang kita.
Sekian sahaja perkongsian hujung minggu kali ini. InsyaAllah nanti aku akan sambung untuk letak gambar dan juga harga. Hehe.
Jangan tunggu lama-lama, buka iglinks.io sekarang dan terus sign up!
Menarik! nak sign up juga la. Thank u share.
BalasPadamSign uplah. sangat sangat sangat berguna sebenarnya.
PadamNampak dah Hari tu sushivid email, tapi x sempat lagi nak tengok ... Ok now dah baca Ni, nnt nak sign up jug. Tq share.
BalasPadamErmm tak paham.. Ke sbb i blur baca malam2. Hahaha so basically IGlink ni utk kita letak link kat profile kita ke
BalasPadamdalam IGlink ni kita boleh letak link-link kita.
Padamkira bila orang buka link ni, akan keluar semua link yang ada.
kita ada link affiliate, boleh letak dalam ni.
ada 10 link, sepuluh2 ada dalam ni sekaligus.
Wah best
BalasPadamMenariknya. Mudah kerja bila semua link dikumpul bawah satu link saja kan.
BalasPadamBaru tau berkenan ig links ni
BalasPadamThank you pasal ni. Menarik jugak ni. Senang keje kumpulkan satu link
BalasPadamOwhh ni yang macam online shop selalu buat kan? Menarik ni. Btw, ai follow sini #90.
BalasPadamIlmu baru. Terima kasih sudi share. ;)
BalasPadam