Carian

Memaparkan catatan dengan label Drama Review. Papar semua catatan

Drama Review: Perempuan Tanpa Dosa

Aku rasa sebenarnya agak lewat aku update pasal drama kali ini memandangkan drama ni dah hampir seminggu tamat. Aku jarang nak update cerita drama Melayu melainkan aku memang puas hati dengan jalan cerita dan pengajaran yang ada dalam cerita tu. So, seperti yang tertera dekat tajuk, aku nak ceritakan pasal drama dari Astro, Perempuan Tanpa Dosa, lakonan hebat oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin.

Pada awalnya aku memang tak tahu pasal kewujudan cerita ni. Malam-malam aku mana tengok TV sebenarnya. Siang hari pun anak-anak tengok TV dalam 2 ke 3 jam sahaja. Bila aku tengok TV? Entahlah. Aku pun tak tahu. Drama Perempuan Tanpa Dosa ni jadi tertengok sebab ayah aku. Ada satu hari dia tengah tengok, dia ajak sekali kami layan. Dia kata cerita ni menarik perhatian dia. Mengenali ayah aku yang juga jarang nak layan drama, aku pun tengok. Masa tu dah masuk episod 5 ke 6 kot. Tapi masa tu tak mula layan lagi. Tak silap aku mula serius layan masa dah masuk episod 12 atau 14 kot. Dah jauh ke belakang.

Tujuan aku menulis entri kali ini bukanlah nak cerita betapa bestnya cerita drama Perempuan Tanpa Dosa tetapi lebih kepada nak ulaskan apa pengajaraan yang aku dapat dari drama ni. Drama ni memang boleh buatkan orang jadi macam bising depan TV sebab perubahan watak yang sama macam dalam realiti buatkan kita jadi geram. Yang jahat, jahat sangat. Yang jahil, memang jahil. Yang baik, kejap baik kejap tidak. Banyaklah ragam manusia dalam drama ni.

review drama perempuan tanpa dosa

Kampung People 2 : Memeriahkan Kampung Sinaran Baru

Akhirnya, aku berjaya tamatkan drama siri Kampung People 2. Habiskan seminggu selepas tamat bersiaran di TV. Sekarang aku kerja dari rumah, malam kadang tak buka TV. So, sudahnya aku tengok Kampung People 2 secara atas talian di IQiyi. Secara keseluruhannya aku masih lagi kagum dengan karya Wan Hasliza dalam cerita Kampung People 2. Sama macam aku terpikat dengan Keluarga Iskandar 1 dan Keluarga Iskandar 2. Oh tak lupa Keluarga Iskandar The Movie!

Apa yang berbeza sebenarnya Kampung People 2 kali ni?

K-Drama Menggamit Memori : Reply 1988

Akhirnya selepas berbulan-bulan aku berjaya juga habiskan K-Drama yang bertajuk Reply 1998. Sebenarnya pernah nampak dah dekat TvN ada tayang tapi tak pernah terfikir pun nak tengok sebab ingatkan dia K-Drama yang biasa yang penuh dengan cinta cintun tu. 

Kalau korang yang layan K-Drama mesti tahu sebelum ni dah ada Reply 1997 dan Reply 1994. Kesemua siri Reply ini tidak saling berkait. Adik aku yang bagitahulah. Dia yang rekomen suruh tengok Reply 1988. Aku mula-mula layankan aja tapi sebenarnya best juga! Menggamit memori sebenarnya.

kdrama reply 1988 must watch

Sebenarnya apa yang membuatkan aku menulis entri pasal Reply 1988 semestinya bukan sebab temanya yang nostalgik sahaja tetapi juga intipati daripada drama tersebut yang buatkan aku masih lagi terbayang-bayang.

Drama Realiti Melayu : Kampung People

Kali ini nak cerita lagi pasal drama Melayu yang trending awal tahun tempoh hari sampai buatkan ramai orang ketawa berdekah dan sedih bila drama ni sampai ke penghujungnya. Drama apa lagi kalau bukan drama Kampung People yang menggabungkan lakonan terbaik dari Rashidi Ishak dan Elly Mazlien bersama dua bakat baru.

Sebenarnya aku memang jarang nak layan drama Melayu yang malam-malam. Sama macam kes cerita Nur dulu, tahu-tahu dah tengah cerita baru sibuk nak layan. Siapa suruh malas layan drama. Kan melepas.

Kisahnya, aku tahu Kampung People trending viral dekat twitter sebenarnya. Ramai yang puji dan sukakan ketelusan dalam drama ni. Masa tu dah masuk minggu ke 2 tak silap. Adik aku siap ajak layan sekali walaupun tengok dekat YouTube je. Episod pertama sahaja dah buatkan aku rasa nak tengok lagi sebab gelagat dan lakonan selamba pelakon-pelakon ni buatkan aku terhibur.

kampung people


KDrama SkyCastle yang menjentik pemikiran

Untuk entri kali ini, berbeza dengan yang biasa. Biasa update pasal anak, cerita review ataupun sekadar berkongsi pendapat. Kali ini nak cerita pasal satu drama Korea yang membuatkan aku tak beralih mata sepanjang menonton. Sebelum cerita pasal drama Korea ni, nak bagitahu siap-siap yang aku bukanlah kaki layan KDrama. Rajin layan Running Man je. Itu pun kalau rajinlah. Movie Korea pun tengoklah mana yang menarik perhatian. Tajuk drama ni Skycastle.

Macam mana boleh tertengok dengan tekun drama Korea ni?

Sebenarnya nampak dekat IG feed (instagram) Ustaz Hasrizal yang mengupas cerita ini secara ringkas dari sudut sistem pendidikan Korea yang agak serupa dengan sistem di Malaysia. Termasuk juga dengan mindset dan budaya yang ada di Malaysia. Terus bagitahu suami, dan dia siap pergi tengok sorang sampai habis dulu. Suami memang bagitahu cerita ni padat dan sarat dengan mesej. Hampir setiap satu episod tu ada mesej. Serius geram dan teruja nak tengok tapi tahulah kan drama Korea bukan macam drama Melayu yang hanya 30-40 minit. Satu episod boleh sejam setengah! Sejam setengah tu banyak benda nak buat tau.


KDrama SkyCastle Review

Kenapa aku rasa drama Nur 2 patut ditonton?

Jarang aku nak menulis pasal movie atau drama. Lagi-lagi kalau cerita melayu. Sebab aku tak layan sangat. Banyak sangat fantasi dan kadang-kadang tak ada isi, lebih kepada nak puaskan hati rakyat Malaysia. Tapi, untuk drama Nur (Nur 1 dan Nur 2) memang aku ikut terjebak menonton sejak musim yang pertama, Nur 1, sampailah keluar musim kedua, Nur 2.

Awalnya aku tak layan juga drama Nur. Aku memang sebelah malam mana tengok TV. Nak pula bulan puasa masa tu. Lepas isya' kemas rumah, layan budak-budak dan paksakan tidur. Aku jadi tertengok sebab kecoh dekat media sosial pasal netizen mengamuk babak Ustaz Syed Hamadi melanggan pelacur. Masa tu babak tu memang aku tengok dekat rumah Ummi. Tak tahu pula esoknya kecoh netizen marah sebab babak macam tu seolah-olah menghina status ustaz. Adik aku pulak, bersungguh rekomen aku tengok cerita Nur sebab katanya cerita tu padu. Masa tu dah lebih 10 episod bersiaran. Serius rasa malas nak layan, nak kejar lagi.

Memandangkan kecaman netizen sangat heboh, suami ajak aku layan drama Nur. Nak tahu juga part mana yang director menghina status ustaz. Kena tengok dari awal untuk faham karekter ustaz tersebut. Maka kami memang berkejaranlah menonton drama Nur. Masa tu, memang nampak setiap episod ada mesej yang sangat dalam. Mulut aku jadi becok bercakap sambil tengok cerita sebab berbincang dengan suami intipati daripada drama. Kena tengok dengan mata hati, tak boleh tengok dengan emosi. Sebab setiap babak dan dialog ada isinya.

Intisari Nur 2