Carian

Tesco Scan And Shop

Hari ini nak cerita pengalaman beli barang, scan sendiri dan terus bayar tanpa beratur panjang di Tesco (Lotus)! Okay, pertama sekali nak bagitahu Tesco ataupun kini lebih dikenali sebagai Lotus, adalah antara pasaraya kegemaran tapi aku jarang nak membeli di Tesco sebab tak ada yang berdekatan dengan rumah. Dalam kawasan perumahan kami sahaja sudah ada 3 pasaraya borong yang jaraknya sekitar 3-5 kilometer dari rumah, jadi memang kebiasaanya membeli belah di pasaraya yang lebih dekat.

Aku sukakan pasaraya Tesco (Lotus) sebab pilihan barang dan kualiti barang di Tesco. Malahan  Tesco ada rangkaian produk sendiri yang berkualiti tinggi. Cuma jarang-jarang nak membeli barang dapur di Tesco sebab tak ada yang berhampiran dengan rumah. Paling dekat pun makan masa 30 minit perjalanan. Tapi kalau memang mood nak beli di Tesco, memang cari juga Tesco.

Baru-baru ini, sebelum bermula PKPB di negeri Selangor, aku berkesempatan untuk membeli barang dapur di Tesco dan pengalaman kali ini berbeza daripada biasa.

Kenapa?

Sebab ada Tesco Scan and Shop.
tesco scan and shop

Apa benda Scan and Shop ni?

Aplikasi Scan and Shop adalah satu aplikasi khas untuk para pembeli membeli belah di Tesco dengan lebih pantas dan mudah tanpa perlu beratur panjang. Aplikasi ni sebenarnya sudah setahun wujud, iaitu sejak Jun 2019 lagi. Disebabkan aku jarang-jarang dapat membeli belah di Tesco, itu yang tak tahu aplikasi sebegini sudahpun ada dan sangat sangat memudahkan kerja membeli belah.

Pengalaman membeli belah dengan menggunakan Scan And Shop adalah berbeza dengan pengalaman Self-CheckOut Counter. Aku boleh katakan kewujudan aplikasi Scan And Shop ada satu inovasi yang sangat sangat bernas! Bukan sekadar dapar menjimatkan masa dan tenaga malah dapat membantu pembeli seperti aku untuk membeli dalam bajet tanpa membazir. Maklumlah mak-mak bila dah masuk pasaraya, daripada 5 barang nak beli, tiba-tiba troli pun boleh jadi penuh. Jadi dengan aplikasi begini, sekurang-kurangnya dah terus nampak jumlah harga barangan yang dibeli dan boleh buat pertimbangan mana yang perlu dan mana yang tidak. 

Cara menggunakan Scan and Shop?

Pertama sekali, mana-mana aplikasi mesilah dimuat turun dulu. Aplikasi Scan and Shop boleh dimuat turun Play Store (bagi Android) ataupun App Store (bagi Apple). Lepas dah download boleh terus buka aplikasi. Kalau ada kad keahlian Tesco, boleh scan terus kad untuk hubungkan keahlian tanpa perlu mengisi borang atau mendaftar keahlian. Jadi bagi pemegang kad Tesco, sila muat turun aplikasi ni ya. Bagi yang tidak ada keahlian, boleh pilih 'Shop without Clubcard'. Ya, aplikasi ini memang boleh digunakan oleh semua orang yang membeli belah di Tesco.

Cara nak mulakan pembelian melalu Scan and Shop. Apabila masuk sahaja pintu masuk Tesco, akan ada satu papan QR code di pintu masuk. Scan dulu QR tersebut dan suddah boleh mula shopping. Cara nak scan sangat mudah ya. Setiap barang yang kita dah ambil dan memang confirm nak beli, boleh terus scan dari telefon. Jika ada yang nak dibuang atau tak jadi beli, boleh pilih untuk buang terus. 

Selesai membeli belah, sampai sahaja di kaunter Scan and Shop, boleh klik Finish Shopping dan bagi QR Code yang keluar di skrin telefon pada cashier. Terus boleh buat bayaran! Di semua cawangan Tesco pasti akan ada satu atau dua kaunter khusus untuk Scan and Shop ini. Memang sangat lancar dan mudah urusan pembayaran.

Nah, ini infografik cara gunakan Scan and Shop Tesco.

tesco scan and shop

Senangnya dengan Scan and Shop

Ini part yang aku suka. Habis sahaja shopping, sampai kat kaunter terus bayar tanpa perlu tunggu barang discan dan disusun dalam plastik. Jimat masa dan mengurangkan kontak. Sesuai dengan keadaan sekarang yang memerlukan kita untuk jaga penjarakan sosial dan mengurangkan bersentuhan.

Dengan menggunakan teknologi terkini, Tesco benar-benar membawa satu inovasi bernas bagi memudahkan pelanggan dan juga pekerja. Win-win situation jugalah. Lepas ni, mungkin aku akan lebih banyak bershopping di Tesco. Hehe.

Siapa yang suka pergi Tesco atau memang tempat dia membeli barang dapur di Tesco, aku sangat sangat galakkan korang untuk ada aplikasi ni dan tengoklah sendiri betapa bagusnya aplikasi begini. Dan paling penting aplikasi ni FREE je. Tak perlu bayar sesen pun.

Sekian, terima kasih sudi membaca!

Update (4 Juali 2024): Kini nama Tesco telah ditukarkan kepada Lotus dan Lotus masih menggunakan aplikasi Scan and Shop untuk memudahkan urusan para pelanggan di pasaraya mereka.

6 ulasan

  1. Tapi bukan semua barang ada scan and shop kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah. tapi sampai kat kaunter, staff juga yang akan scankan kalau tak ada code. macam roti2 biasanya tak ada. tapi jimatlah masa berbanding staff nak scan satu persatu.

      Padam
  2. Memang midah guna cara ni. Nad belum try lagi.. Tak tau la kenp walaupun tau bnda ni sennag.. Ahhahaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maybe sebab jarang pergi tesco kot. sbb saya pun baru guna sbb barisan panjang sangat. tak larat tunggu lama-lama.

      Padam
  3. mudah kan dengan scan and pay tu...selalu kalau ke Aeon..akak guna scan and pay...jimat masa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aeon mana kak Fuzy? Baru tahu aeon pun ada. Hehe.

      Padam

Komen