Carian

Memaparkan catatan dengan label My Thoughts. Papar semua catatan

Resolusi Tahun Covid-19 (2020)

Assalamualaikum dan hai.

Rupanya kita semua telah berjaya melalui tahun 2020 jayanya. Alhamdulillah. Masuk 2021 ni semua orang dengan keadaan bersemangat dan lebih bersedia. Harapannya semoga tahun 2021 dapat memberikan kita sinar baru.

Ramaikan antara kita yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia secara tiba-tiba. Mana tidaknya baaaanyak rancangan terpaksa ditunda sebab nak meredakan dulu pandemik yang sedang menggila.

Aku rasa tahun 2020 macam sekejap sangat berlalu. Terasa macam banyak benda yang tak tercapai. Tapi bila aku cuba senaraikan, rupanya baaanyak benda yang berlaku dan banyak kenangan yang tak boleh dilupakan. Siapa kata tahun 2020 macam dilalu angin? Tahun 2020 jugalah tahun yang banyak bagi pengajaran kepada kita semua.

goodbye 2020 end of year resolution

Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (Selangor)

Assalamualaikum dan hai!

Aku masih lagi sedang menerima kenyataan yang aku dah makin tua dan anak-anak semakin membesar. Masuknya tahun 2021 ni, secara rasminya Wildan akan masuk darjah satu. Nanti dia masuk tingkatan satu pun maknya masih lagi tak boleh nak move on menerima hakikat yang anaknya dah besar. Hehe.

Dan dah masuk hujung tahun 2020 aku baru perasan yang aku masih pilih sekolah agama untuk Wildan. Memandangkan aku dibesarkan dengan pergi sekolah agama, aku rasa wajar untuk aku hantar anak pergi sekolah agama. Lagipun untuk tahap 1, sesinya sebelah petang. Sudahnya pagi takkan aku nak bagi dia tengok TV kat rumah. Lagipula aku sekarang sibuk dengan kajian Master.

So, akhirnya dalam masa yang singkat aku berjaya daftarkan Wildan sekolah agama berdekatan. Asalnya aku ingat dah terlepas memang tak sempat. Alhamdulillah masih sempat ddan rupanya mudah sangat proses mendaftar sekolah agama.

daftar sekolah agama negeri selangor

Antara Sekolah Persendirian atau Sekolah Kerajaan?

 Assalamualaikum dan hai.

Hujung tahun 2020 semakin menghampiri. Perasan tak, kita rasa 2020 ni masih baru lagi? Dengan pandemik Covid-19, banyak benda yang di  luar jangkaan berlaku. Banyak perancangan terbantut dan banyak perubahan yang berlaku. Salah satu daripadanya ialah berlalunya masa dengan pantas.

Dan aku pun baru tersentak masa bulan Mei hari tu. Sebabnya pihak tadika dah mula hantar notis untuk kami ibu bapa kepada anak-anak umur 6 tahun submit borang-borang dan surat berkaitan kepada sekolah yang kami pilih. Masa tu aku tidaklah kelam kabut sangat sebab aku memang dah hantar kepada sekolah sejak tahun lepas lagi. Maklumlah, mak mertua guru besar sekolah rendah. So, dia yang selalu hantar peringatan untuk jangan lupa daftarkan Wildan. Hehe.

Sebenarnya, kami ada perancangan untuk hantarkan Wildan ke sekolah persendirian (sekolah private). Malah aku dah buat survey serta bajet sekali. Cuma bila tahun semakin menghampiri, banyak pertimbangan yang kami perlu lakukan dari segi kewangan, masa dan tempat.

sekolag private atau sekolah kerajaan

Dropship: Alternatif Bisnes Tanpa Perlu Stok

Assalamualaikum dan hai!

Semenjak PKP berlangsung, aku rasa rata-rata ramai antara kita yang terkesan. Cerita orang diberhentikan, syarikat bankrap, putus punca rezeki dan macam-macam. Secara ekonominya, semua orang termasuklah negara Malaysia sendiri terkesan.

Sejujurnya aku nampak ramai kawan-kawan mula menjebakkan diri dengan bisnes secara kecil-kecilan, tidak kiralah sama ada jadi dropship ke jadi agent ke atau pun jadi stokis. Bak pepatah Melayu ' hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Dan aku percaya orang Malaysia ramai yang bersikap 'hendak seribu daya'. Kenapa aku kata begitu, sebab ramai tahu sejak PKP pembelian atas talian meningkat dan ramai menggunakan peluang ini untuk menjana pendapatan, tidak kira sebagai pendapatan pertama mahupun pendapatan kedua.

dropship malaysia

Cov-Eid 2020 : Berbeza Tetapi Bermakna

Assalamualaikum dah hai!

Alhamdulillah dah selamat kita semua menempuhi hampir 70 hari PKP bersama Ramadan dan akhirnya Syawal telah tiba!

Kita berkurung sejak sebelum masuk Ramadan, sepanjang Ramadan dan akhirnya beraya juga dalam PKP. Satu pengalaman yang sangat sangat luar biasa. Bagi aku yang baru hidup 28 tahun, inilah kali pertama beraya begini. Sama juga buat Ummi dan Baba yang sudah hidup 52 tahun pun merasakan inilah pengalaman pertama mereka.

Tahun ini, ramai yang berkongsi pengalaman beraya di rumah dari seawal pagi, solat raya, khutbah raya dan akhirnya berakhir dengan sesi raya secara atas talian melalui panggilan video. Sangat lain dari biasa.

Apa yang berbeza tapi bermakna untuk raya Cov-Eid 2020 ni?



Drama Realiti Melayu : Kampung People

Assalamualaikum dan hai!

Kali ini nak cerita lagi pasal drama Melayu yang trending awal tahun tempoh hari sampai buatkan ramai orang ketawa berdekah dan sedih bila drama ni sampai ke penghujungnya. Drama apa lagi kalau bukan drama Kampung People yang menggabungkan lakonan terbaik dari Rashidi Ishak dan Elly Mazlien bersama dua bakat baru.

Sebenarnya aku memang jarang nak layan drama Melayu yang malam-malam. Sama macam kes cerita Nur dulu, tahu-tahu dah tengah cerita baru sibuk nak layan. Haha. Siapa suruh malas layan drama. Kan melepas.

Kisahnya, aku tahu Kampung People trending viral dekat twitter sebenarnya. Ramai yang puji dan sukakan ketelusan dalam drama ni. Masa tu dah masuk minggu ke 2 tak silap. Adik aku siap ajak layan sekali walaupun tengok dekat YouTube je. Episod pertama sahaja dah buatkan aku rasa nak tengok lagi sebab gelagat dan lakonan selamba pelakon-pelakon ni buatkan aku terhibur.

kampung people


KDrama SkyCastle yang menjentik pemikiran

Assalamualaikum dan hai!

Untuk entri kali ini, berbeza dengan yang biasa. Biasa update pasal anak, cerita review ataupun sekadar berkongsi pendapat. Kali ini nak cerita pasal satu drama Korea yang membuatkan aku tak beralih mata sepanjang menonton.

Sebelum cerita pasal drama Korea ni, nak bagitahu siap-siap yang aku bukanlah kaki layan KDrama. Rajin layan Running Man je. Itu pun kalau rajinlah. Movie Korea pun tengoklah mana yang menarik perhatian.

Macam mana boleh tertengok dengan tekun drama Korea ni?

Sebenarnya nampak dekat IG feed (instagram) Ustaz Hasrizal yang mengupas cerita ini secara ringkas dari sudut sistem pendidikan Korea yang agak serupa dengan sistem di Malaysia. Termasuk juga dengan mindset dan budaya yang ada di Malaysia. Terus bagitahu suami, dan dia siap pergi tengok sorang sampai habis dulu.

Suami memang bagitahu cerita ni padat dan sarat dengan mesej. Hampir setiap satu episod tu ada mesej. Serius geram dan teruja nak tengok tapi tahulah kan drama Korea bukan macam drama Melayu yang hanya 30-40 minit. Satu episod boleh sejam setengah! Sejam setengah tu banyak benda nak buat tau.

Tajuk drama ni Skycastle.

KDrama SkyCastle Review

4 perkara penting sebelum terlafaznya akad

Assalamualaikum dan hai!

Okay, sebenarnya post ni aku nak buat sempena hari ulangtahun perkahwinan yang keenam, 17 Ogos 2019 yang lalu. Baru 6 tahun kami ni.

Cumanya, aku kecoh-kecoh siapkan artikel untuk Master, kecoh-kecoh juga balik kampung. Agak huru hara dan memang tak sempat nak menaip. Tak lupa juga ada beberapa draft yang tak proofread dan letak gambar. So, aku siapkan semuanya dulu dan barulah mula menaip semula.

Tajuk untuk entri kali ni, macam-macam tajuk singgah dalam kepala. Sekali masa aku mula menaip, laju je tangan aku menulis "Sebelum terlafaznya akad". Kalau sesiapa yang layan drama 'Setelah Terlafaznya Akad' mesti perasan. Haha. Tak ada niat pun nak ubah tajuk drama tu.

Aku cuma nak kongsikan sikit persiapan sebelum berkahwin. Dan maksud aku persiapan ni, bukan persiapan dari segi hantaran ke pelamin atau mekap semua tu. Aku nak bercerita persiapan mental terutamanya untuk jangka masa panjang.

persiapan sebelum berkahwin


Budaya negatif depan anak-anak

Assalamualaikum dan hai!

Sejak dah jadi mak ni, aku suka gali dan gali ilmu keibubapaan (parenting knowledge). Dan sepanjang aku menggali, aku tak pernah tak dapat ilmu baru. Akan sentiasa ada benda baru yang mengubah cara aku melihat sesuatu perkara. Yelah, ilmu memang begitu sifatnya, sepanjang zaman tanpa henti. Aku percaya kebanyakkan ibu bapa macam aku. Sentiasa mencari ilmu. Kalau tidak, masakan banyak poster-poster seminar keibubapaan kan?

Memandangkan kalau nak pergi seminar aku tak berapa mampu dari segi masa sebab hujung minggu aku masih bekerja juga. Jalan terbaik aku ialah follow mereka yang selalu berkongsi tentang ilmu keibubaapan. Kalau dekat Facebook, ada banyak tokoh keibubapaan yang aku follow, siap buat see first untuk aku baca setiap hari. Belum kira lagi channel dalam Telegram. Buku parenting pun aku rajin beli, rajin juga buat wishlist. Ya Allah, memang banyak tau wishlist buku parenting.


Raya belah mana tahun ni?

Assalamualaikum.

Minggu ni minggu terakhir Syawal. Dan aku tahu mesti ramai pulun buat open house kan? Mesti juga berderet jemputan yang korang dapat. Hehe.

Untuk Syawal tahun ni (1440 Hijriah), aku rasa puas hati sangat sebab cuti lama. Merasa balik kampung awal, buka buasa dua tiga beramai-ramai sebelum malam raya. Rasa-rasanya sejak dua ke tiga tahun lepas, asyiknya balik hari terakhir puasa. Lepas tu habis kelam kabut malam raya tu menyiapkan semua benda.

Ikutkan dari tahun 2016 aku sambut Syawal pertama belah suami. Sampai dah naik hafal dah rumah-rumah yang kami pergi beraya. Sebenarnya, masa kami masih lagi pelajar dulu, kami bergilir tahun sambut raya. Sebab dua-dua memang jauh dari keluarga masa tu.

raya suami isteri



Kenapa aku rasa drama Nur 2 patut ditonton?

Assalamualaikum,

Jarang sangat aku nak menulis pasal movie atau drama. Lagi-lagi kalau cerita melayu. Sebab aku tak layan sangat. Banyak sangat fantasi dan tak ada isi, lebih kepada nak puaskan hati rakyat Malaysia. Tapi, untuk drama Nur ni aku terjebak menonton sejak tahun lepas.

Sebenarnya tahun lepas tak layan juga cerita Nur. Yelah, aku memang sebelah malam mana tengok TV dah dengan anak-anak. Nak pula bulan puasa masa tu. Lepas isya' kemas rumah, layan budak-budak dan paksakan tidur. Haha.

Aku jadi tertengok sebab kecoh dekat media sosial pasal netizen mengamuk babak Ustaz Syed Hamadi melanggan pelacur. Masa tu babak tu memang aku tengok dekat rumah Ummi. Tak tahu pula esoknya kecoh netizen marah sebab babak macam tu seolah-olah menghina status ustaz. Adik aku pulak, bersungguh rekomen aku tengok cerita Nur sebab katanya cerita tu padu. Masa tu dah lebih 10 episod bersiaran. Serius rasa malas nak layan, nak kejar lagi.

Memandangkan kecaman netizen sangat heboh, suami ajak aku layan drama Nur. Nak tahu juga part mana yang director menghina status ustaz. Kena tengok dari awal untuk faham karekter ustaz yang tu. Maka kami memang berkejaranlah menonton drama Nur. Haha. Masa tu, almost setiap episod aku rasakan ada mesej yang sangat dalam. Mulut becok bercakap sambil tengok cerita. Kena tengok dengan mata hati, tak boleh tengok dengan emosi. Sebab setiap babak dan dialog ada isinya.

Intisari Nur 2


Homeschool sama dengan tak sekolah?

Assalamualaikum.

Dua hari lepas, tiba-tiba dinding Facebook ada berlaku perbincangan panas tentang 'homeschooling' yang membuatkan aku godek google dan godek segala media sosial yang ada untuk tahu punca sebenar perbincangan ini berlaku.

Makanya penuhlah kecaman dan cemuhan terhadap golongan yang memilih untuk 'homeschool' anak-anak. Walaupun aku tak 'homeschool' anak sepenuh masa, tapi aku tahu ada yang buat dengan cara yang betul dan anak-anak mereka jadi manusia.
Pada aku tak adil kita melihat 'homeschool' ni sebagai sesuatu yang buruk walhal banyak perkara berkaitan 'homeschool' ni kita sendiri tak jelas.

Penafian: aku menulis sepenuhnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada sahaja. 

So, persoalannya adakah 'homeschooling' ini tak bagus?
Atau adakah hantar anak sekolah pula tak bagus?

Mari kita bincangkan bersama.

homeschool di malaysia



'Me-Time': Satu keperluan atau hanya mengada?

Assalamualaikum

Okay, baru-baru ni timeline facebook penuh dengan post-post berkaitan dengan 'Me Time' untuk ibu-ibu terutamanya ibu-ibu muda. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Yang jadi haru ada yang siap bergaduh ni! Allahu.

Apa yang nak ditulis ada pendapat peribadi. Terserah kalau korang nak bersetuju atau tidak bersetuju. In fact, cara hidup kita, gaya pemikiran dan latar belakang kita berbeza. I give my respect to that.

Secara peribadinya, semua orang perlukan dan ada masa ber'me time' dengan cara masing-masing. Lelaki ke perempuan ke hatta budak-budak pun. Cuma kita tak perasaan dan tak sedar je.

me time for mommies


Company MLM semua penipu ke?

Assalamualaikum.

Orang kita sangat taboo kalau dengar perkataan MLM. Bagi yang tak tahu, MLM ni maksudnya multi level  marketing. Macam ni ha sistemnya.

Semua company MLM penipu?
Sumber gambar : Google


Tiada lagi ujian untuk Tahun 1, 2 dan 3. Ini pendapat aku.

Assalamualaikum.

Awal November hari tu, timeline Facebook aku pernuh dengan screenshot tentang kenyataan Dr. Maszlee yang akan memansuhkan peperiksaan bagi pelajar tahun 1, 2 dan 3. Wow!

Apa pendapat aku?
Happy dan excited. Happy dengan perubahan yang cuba dibawa oleh Dr. Maszlee dan excited nak tengok bagaimana cara perlaksanaan memandangkan kita dah lama hidup dengan berpandukan pada ujian dan peperiksaan.

kenyataan media pentaksiran alternatif murid tahap satu


7 Idea Untuk Berborak dengan Pasangan

Assalamualaiakum.

Alhamdulillah hari ni, 17 Ogos 2018,  genap usia perkahwinan kami yang ke-5.

Dalam 5 tahun berkahwin ni, banyak benda baru yang kami belajar, banyak hati budi yang baru dikenalpasti. 5 tahun ni baru satu perlima dari umur kitorang. Jauh lagi perjalanan dalam dunia rumahtangga ni. Sekarang ni pun dah anak dua. Yang ketiga lambat lagi. Haha.

Sempena ulangtahun kelima, aku nak share sikit pasal topik-topik best untuk pasangan suami isteri borakkan. Sebab pada aku, pasangan kita adalah kawan baik kita dunia dan akhirat, insyaAllah. Nama pun best friend, mesti ada sesi pillow talk kan?