Carian

First Impression : Renewing Gel Mask Mary Kay

Assalamualaikum dan hai!

Rasanya dah lama tak buat update pasal produk-produk penjagaan kulit. Sebenarnya tahun ni ada target untuk buat beberapa siri antaranya Siri First Impression. Sempat post satu. lepas tu jadual sehari-harian jadi padat. Bertambah padat apabila PKP diarahkan pada 18 Mac 2020 yang lalu. Dengan nak work from home, research from home, uruskan anak, uruskan rumah. Phew! Ada masa memang sampai terduduk kepenatan. 

So, berbalik pada tujuan utama entri ini dibuat. Nak bercerita tentang pandang pertama iaitu first impression terhadap Renewing Gel Mask dari Mary Kay. Sebenarnya ada baaaanyak rangkaian produk dari Mary Kay buatkan aku nak sign up sebagai Beauty Consultant Mary Kay. Dan memang akhirnya sign up. Haha. 

renewing gel mask mary kay  mask muka


Sejujurnya sebelum kenal dengan gel mask, sejak zaman universiti aku cuma kenal sheet mask dengan clay mask sahaja. Sebelum tu lagi cuma kenal DIY Homemade mask. (Jangan cuba homemade mask di rumah tau! Peratalan di rumah tak berapa digalakan dan sukatan berkemungkinan tidak tepat)

Aku baru tahu yang aku sebenarnya kulit jenis kombinasi dengan masalah dehidrasi dan pori besar. Haa, sebenarnya dalam penjagaan kulit, kita perlu tahu dua benda untuk membeli produk: jenis kulit dan masalah kulit. Kedua-duanya situasi dan cara penyelesaian berbeza. InsyaAllah ada masa aku akan kupas pasal ini sebab penting juga dua benda ni untuk korang beli product supaya taklah jadi kebingungan sebab masih tak faham masalah kulit. 

Memandangkan aku ada masalah kulit dehidrasi, salah satu saranan oleh mereka-mereka yang merupakan kecantikan tegar (beauty addict) adalah untuk pastikan kulit cukup hidrat. Kulit berminyak dan kulit kering langsung tak sama sebenarnya, berlainan jenis/masalah yang ada. Since dah tahu kulit ada masalah hidrasi, salah satu usaha yang aku boleh buat ialah untuk pastikan kulit aku sentiasa hidrat.

Ini 10 kebaikan penggunaan Mositure Renewing Gel Mask yang selalu diiklankan:

1. Memberikan hidrasi pada kulit dengan segara.
2. Mengunci kelembapan kulit.
3. Mengurangkan stress
4. Membersihkan
5. Menenangkan
6. Menegangkan kulit
7. Melicinkan kulit
8. Melembutkan kulit
9. Membersihkan kulit
10. Mengecilkan pori

renewing gel mask mary kay
So ini poster yang aku selalu jumpa.



Adakah kesemua 10 ini boleh dicapai dengan sekali pakai?

Haaaa.... Sejujurnya bagi aku tak semua dalam masa sekali gus semasa penggunaan yang pertama. Semestinya memerlukan pemakaian secara berkala untuk dapatkan hasil yang terbaik. Gel mask ni memang sangat best untuk pakai. Nak-nak pakai sebelah malam sebelum tidur. Oh ya, gel mask ni boleh pakai sama ada seperti mask biasa atau juga dipakai semalaman semasa tidur. Bagi aku pakai masa tidur lagi best sebab masa kita tidur, proses pembaikan kulit sedang berlaku dan penyerapan produk berlaku secara optimum. Sebab tu ada 'beauty sleep'. Tidur berkualiti pun penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan segar.

So, apa tanggapan pertama (first impression) terhadap Moisture Renewing Gel Mask Mary Kay?

1. Tekstur lembut dan ringan! 
Ini benda yang paling aku suka. Sebab gel mask ni tak melekit. Lepas kita dah ratakan atas kulit, secara automatik dia macam kering tapi sebenarnya bukan kering. Ada sesetengah overnight mask yang aku cuba, sampai rasa tak selesa nak tidur sebab melekit. Haha. So, Moisture Renewing Gel Mask ni memang sesuai untuk dijadikan overnight mask. Bangun subuh tu, cuci muka macam baru je letak gel mask.

2. Melembapkan kulit.
Ini aku setuju. Walapun pakai sebagai mask biasa (yang pakai 10-15 minit kemudian cuci) kulit memang just nice lembap. Untuk aku yang ada masalah hidrasi, gel mask ni ibarat penyelamat terutama pada hari-hari yang aku nak bersolek tapi kulit tengah kering. Hehe.

3. Fungsi 2 dalam 1
Ada dua cara untuk menggunakan mask ni. Seperti yang aku cerita sebelum ni, boleh buat sebagai overnight mask dan boleh juga dibuat sebagai mask biasa. Cara yang biasa ialah, lepas bersihkan muka dengan pencuci terus sapu gel mask ni. Selepas 10 - 15 minit, bersihkan dengan air suam dan boleh sambung dengan rutin kecantikan yang lain. Cara yang lain ialah selepas rutin malam, sapu toner seperti biasa dan sapukan gel mask ini. Boleh terus tidur. Bangun pagi tu terus basuh. Serious buat cara yang kedua ni lagi best.

Siapa yang sesuai untuk guna Moisture Renewing Gel Mask ni?

Mereka yang ada keprihatinan terhadap kelembapan dan hidrasi kulit, terutamanya mereka kulit jenis kering dan bermasalah dehidrasi. Kulit normal dan kulit berminyak pun boleh tau. Untuk pastikan kulit lembap dan kulit kekal hidrat.

Tapi, bab penjagaan kulit ni jangan ingat macam magik tau. Bukan sekali pakai baru boleh terus dapat hasil. Dan jangan lupa buat patch test untuk sensitiviti serta kalau ada reaksi seperti jerawat sila berhenti. Macam aku lepas dua kali pakai memang semua okay. Kali ketiga memang terus buat sebagai overnight mask!

renewing gel mask mary kay
Ini pakai waktu siang. Untuk siang biasa 10 minit dah boleh cuci dan sambung rutin yang lain.


So, itu sahaja yang aku nak kongsikan pasal Moisture Renewing Gel Mask dari Mary Kay. Kalau korang nak cuba gel mask ni, boleh cari Beauty Consultant yang berdekatan dengan kawasan korang atau boleh sahaja contact aku.

Siapa tak nak kulit sihat dan segar, kan?

9 ulasan

  1. menarik dan produk MK ni mmg bagus kan cuma harganya tu..

    BalasPadam
  2. Adoi ni blh sebabkan.un terjebak tau! Hahahaha

    BalasPadam
  3. Teringin juga nak apkai produk marykay ni tapi duitnya syg pulak. Hahah

    BalasPadam
  4. nice one.

    Mary kay okay sgt product dia

    BalasPadam
  5. Mary kay ada gel.. sblm nie tahu alat solekan je..

    BalasPadam
  6. Dulu memang pakai Mary Kay. Tapi lama dah x pakai.

    BalasPadam
  7. Kulit Marsha kombinasi...memang sesuai ni sebab nak lembapkan kulit

    BalasPadam
  8. Macam macam kebaikan gel mask mary kay. Ramai kata elok

    BalasPadam

Komen