Carian

First Impression: Mary Kay Microdermabrasion Set

Assalamualaikum dan hai!

Untuk siri First Impression kali ni, aku nak kongsikan pengalaman pertama kali guna set Microdermabrasion dari Mary Kay. Bagi yang mengenali produk Mary Kay atau memang pengguna Mary Kay mesti dah tahu set ni baru bertukar wajah yang lebih moden dan cantik!

Set Microdermabrasion ni ada dua produk: Microdermabrasion Refine dan Pore Minimizer.

Bagi yang tahu, kulit aku jenis berminyak. Orang kulit berminyak ni biasanya pori-pori besar, senang naik bintik hitam (blackhead) dan juga jerawat pasir (whitehead). Dan memang inilah keadaan kulit aku yang sebenar. Pori besar memang tak boleh buat apa melainkan dengan penjagaan yang betul dengan produk yang betul. Yang whitehead blackhead pun kalau guna produk yang betul dengan cara yang betul dapat dikurangkan penampakkan mereka.

So jom, kita tengok dulu apa sebenarnya set Microdermabrasion Mary Kay.

microdermabrasion mary kay


Dulu microdermabrasion ni datang dalam bentuk satu set. Yang dua tadilah, microdermabrasion refine dan pore minimizer. Tapi sekarang boleh beli secara berasingan malah tak perlu digunakan bersama sentiasa pun.

Jaminan Set Microdermabrasion Mary Kay

Kita tengok dulu jaminan Microdermabrasion Refine.

1. Berfungsi sebagai exfoliator untuk membuang sel kulit mati dan membersihkan pori.
2. Mengurangkan penampakan garis halus, parut berlekuk, dan menyekatakan tekstur kulit.

Dan Pore Minimizer memberi jaminan:


1. Mengurangkan kemerahan pada wajah
2. Melembapkan wajah
3. Menutup liang pori

Okay, ini antara jaminan yang diberikan. Kita nak pergi pada impression pertama saat aku mula-mula guna microdermabrasion set ni. Sebab sejak aku berkenalan dengan chemical exfoliator, aku jarang gunakan scrub dah. Sebolehnya aku nak elakkan. Tapi melihatkan bahan dan jaminan set ini, aku macam geram pula nak cuba. Selepas hampir 5 bulan aku tinggalkan scrub, kali ini aku gunakan microdermabrasion.


So, macam mana dengan first impression aku?

Untuk microdermabrasion refine ini aku in pandangan.


1. Terkstur produk sangat halus! So far, ini scrub paling halus aku pernah guna. Aku ingat dulu masa guna Aloe Scrub, itu dah paling halus aku pernah jumpa. Tapi microdermabrasion ni lagi halus. Kalau korang biasa guna scrub yang jenis kasar, rasa macam tak puas hati. Hehe.

2. Wangi. Dia taklah wangi sangat. Tapi ada haruman jugalah. Ada setengah orang dia tak suka produk penjagaan kulit ada bauan wangi atau fragrance. Aku okay sebab kulit aku tak bagi reaksi dan hidung aku bukan jenis yang sensitif bau. In fact, aku tak tahu pun wangi sampai suami aku tegur mucrodermabrasion tu wangi.

3. Memang refining! Sama macam pengalaman aku pakai Aloe Scrub dan Exfoliating Scrub, lepas pakai Microdermabrasion Refine ni, rasa lah sekejap kulit lembut dan sekata. Tapi kebanyakan scrub memang sepatutnya begitu. Setakat pengalaman aku, biasanya kali pertama pakai je best. Tapi tiga-tiga produk yang aku sebutkan, semua perform untuk setiap kali aku guna. 

4. Dapat mengurangkan lekuk? Aku tak pasti sebab so far parut lekuk aku masih ada. Mungkin perlu ambil masa lebih lama. Tak logik sebenarnya produk penjagaan kulit boleh bagi hasil dengan sekali pakai. Hehe. Lagipun aku rasa mekanisma yang digunakan dalam microdermabrasion ni hampir sama dengan proses microdermabrasion yang buat dekat facial. Sebab konsepnya nak macam ketuk-ketuk sikit kulit supaya merangsang kulit untuk hasilkan sel baru. Secara ringkasnya bergitulah.

Next, macam mana pula dengan Pore Minimizer?


1. Memang melembapkan. Aku sekarang peminat tegar hyaluronic acid dan sodium hyaluronate, humectant dalam produk penjagaan kulit yang membantu memberi kelembapan (hidrasi) kepada kulit. Sebelum ni aku memang setia dengan Hada Labo hydrating lotion. Bila cuma pore minimizer ni, aku selang selikan pemakaian sebab kedua-duanya berfungsi dengan cara yang sama.

2. Mengurangkan penampakan pori ke tak? Personally, aku macam dah tak kisah sangat sebab pori aku memang ketara jelas. Haha. Yang penting pori aku bersih. Bagi aku, konsep pore minimzer adalah untuk memberi kelembapan atau hydration kepada kulit. Bila pori kita bersih dan cukup lembap (well hydrated) memang penampakkan pori tu tak ketara. So, lepas guna microdermabrasion, guna pore minimizer, akan nampak pori tu macam kecut. Sebenarnya pori tu kosong dan sel kulit lembap, so pori tu nampak macam tertutup. Tapi tak bermakna sampai bila-bila. Tidak ya. Nak nak bagi yang kulit memang ada pori besar dan jelas, agak susah untuk maintain pori halus terutama masa musim hormon datang bulan.
Secara keseluruhannya, set microdermabrasion ni bagi aku berbaloi sebagai satu pelaburan untuk kulit. Tetapi, untuk dapatkan hasil seperti yang dijamin tak boleh sekali pakai. Masa aku pertama kali pakai, memang tak nampak sangat perbezaannya. Bila dah zjadikan sebahagian daripada rutin mingguan/bulanan baru nampak hasilnya. Lebih kurang lepas dua tiga minggu (dah guna 3 atau 4 kali) macam tu baru nampak betul-betul ada hasil, walaupun minima. Aku suka sebab tak perlu guna amount product banyak dan tak perlu kerap. Cukup sebesar kacang pis dan diratakan ke seluruh wajah untuk seminggu sekali atau dua kali pakai.

Bagi yang berkenan nak cuba microdermabrasion ni, boleh contact aku sendiri atau cari sahaja beauty consultant Mary Kay kawasan korang.
In case korang memerlukan penjelasan lanjut pasal set ni, boleh juga contact aku dan mana-mana beauty consultant yang korang kenal.

Pesanan aku, nak kulit cantik bukan semalam, bukan seminggu. Akan mengambil masa dua tiga bulan tau. Sebab kulit juga perlukan masa. Jangan gelojoh okay?

Sekian, harap entri ini dapat membantu korang.

Terima kasih sudi baca. 

10 ulasan

  1. saya pun dulu pori besar, tambah2 lagi mmg malas jaga muka.
    tapi selepas konsisten guna skincare , slowly nampak hasil pori semakin kecil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pori bersih dan tak ada isi. itu yang kita mahukan. hehe. yeay!

      Padam
  2. best baca review ni. dah lama tak shopping skincare

    BalasPadam
  3. Tengok orang ramai guna.. Muka nad pun jenis berminyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kuit berminyak pori memang besar. seeloknya cari bahan yang boleh bersihkan pori dan tak terlalu berat.

      Padam
  4. susah nk jaga kulit bg cantik nie kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak kulit cantik, badan sihat, memang kena jaga kan. tak susah mana kalau kita ada pengetahuan asas dan tak jemu belajar. hehe.

      Padam
  5. Best nya dapat manja kan kulit.. Sis singgah follow tau

    BalasPadam

Komen