Carian

Cipta Memori Hari Bahagia di Grand Oasis Event Hall

 Assalamualaikum dan hai!

Minggu lepas, aku ada dapat jemputan untuk hadir ke sebuah majlis pelancaran. Majlis pelancaran sebuah dewan keramaian atau dalam bahasa Inggeris kita panggil 'event hall'. Biasanya dewan sebegini digunakan untuk majlis majlis yang besar seperti majlis perkahwinan, kan?

Bagi aku, dengan wujudnya dewan keramaian sebegini dapat membantu banyak pihak terutama pihak pengantin. Rata-rata dewan sekarang memang dah sediakan sekaligus pakej catering makanan, pelamin dan mungkin juga sekali gus dengan pakej photographer dan videographer!

Buat bakal-bakal pengantin ataupun pengantin yang masih mencari dewan untuk buat majlis perkahwinan atau majlis resepsi di sekitar Seri Kembangan atau berdekatan, boleh Google terus nama dewan ni: Grand Oasis Event Hall.

Jom tengok macam mana rupa dewan ni.

Grand Oasis Event Hall

LOKASI

Grand Oasis Event Hall ni terletak di Kota Perdana, Seri Kembangan. Nak jumpa dewan ni sangat sangat mudah. Taip sahaja namanya dalam search bar Google memang akan terus jumpa. Tunjuk arah dalam Google Maps pun sangat mudah faham. Akses nak masuk dewan pun mudah. 

Apa yang menarik dengan lokasi Grand Oasis Event Hall ni, dia terletak elok sendiri tanpa ada bangunan lain. Bersebelahan dewan ada satu tanah lot luas (jalan kaki sekitar 2-5 minit) yang boleh dijadikan parkir tambahan untuk kereta semasa majlis berlangsung.

Parking Grand Oasis Event Hall

Space Grand Oasis Event Hall

Pada aku, lokasi dewan ni kira ideal. Parking banyak, nak cari senang, dewan pun besar!

LAYOUT DEWAN

Kalau korang nak tahu, Grand Oasis Event Hall ni bukan dewan biasa-biasa. Masa aku belek belek brochure package yang disediakan, aku tertarik dengan package Rooftop dan package Garden. Aku  terus tanyalah person-in-charge dan dia bawa aku tour satu dewan. Dari main hall sampailah rooftop.

Kalau berminat nak buat majlis kecilan atau ada plan nak buat tema garden ataupun berminat nak buat majlis dekat rooftop, boleh cari Grand Oasis Event Hall ni. Pilih sahaja package yang sesuai dengan bajet. Setel.

Grand Oasis Event Hall layout


Ada satu perkara yang PIC bagitahu aku hari tu. Nampak tak tasik tepi dewan tu? Dekat tepi tasik tu ada foyer dan mereka memang ada sediakan package untuk gunakan tasik buat bergambar atau buat simple closed event. Aku yang dengar, aku yang terbayang cantik dan sangat-sangat eksklusif konsepnya.

DEKORASI DALAM DEWAN

Sebenarnya benda inilah yang aku paling tak sabar nak kongsikan. Setibanya aku di depan Grand Oasis Event Hall, aku memang terbayang yang dewan ni confirm cantik untuk majlis sesi malam.

Masuk sahaja dewan, terus nampak pelamin yang gah dan tangga berpusing (spiral staircase) di hujung sudut dewan. Tangga ni sangat cantik dan eksklusif.

Susah nak cerita panjang deko dalam dewan ni, kena tunjuk gambar juga. Adalah beberapa keping gambar yang aku berjaya ambil pada hari tu.

Entrance Grand Oasis Event Hall

Grand Oasis Event Hall

Grand Oasis Event Hall

Grand Oasis Even Hall

Grand Oasis Even Hall

Grand Oasis Even Hall
Kitorang je buat muka tak malu bergambar dekat pelamin. Dahlah 3 beranak sekali.

Grand Oasis Even Hall

Grand Oasis Even Hall


Cantik kan dekorasi dalam dewan? Perasan tak kejap lampu berubah warna, kadang warna biru, kadang warna purple? Sebenarnya ada juga masanya jadi warna hijau dan kuning tapi paling kerap keluar warna purple dan biru. Inilah adalah antara sebab membuatkan aku kata kalau buat majlis sesi malam memang cantik.

Naik sahaja tangga yang berpusing-pusing ni, dekat atas ada satu ruangan kecil, lebih kurang ruang untuk buat majlis kecil-kecilan. Sesuai untuk buat majlis akad nikah. Bukan setakat ada pelamin, ada dua bilik untuk berehat (siap ada bilik air dan katil tu), dan ada ruangan seperti pantry.


Grand Oasis Even Hall

Grand Oasis Even Hall

Pada pendapat aku, dewan Grand Oasis Event Hall ni sangat bagus. Mereka sediakan satu dewan yang lengkap untuk buat majlis nikah dan majlis walimatul urus. Sekarang ni, kebanyakan orang akan buat majlis akad nikah pagi dan tengahari buat terus walimah. Selesai dalam masa satu hari. Macam aku kahwin, dulu buat macam tu (ecewah nak menyelit juga). Bezanya, masa aku dulu tempat akad lain dengan dewan majlis. Lepas akad tu berkejaran juga ke dewan. Kalau buat di Grand Oasis Event Hall ni, tak payah nak kejar kejar dah.

ROOFTOP DAN GARDEN

Ada dua lagi benda yang aku tak cerita: Rooftop dan Garden. Buat masa sekarang (tahun 2022) team Grand Oasis Event Hall masih belum siap lagi tetapi mereka sudah ada rekaan berbentuk 3D bayangan rupa rooftop dan garden tu nanti. Aku share ya apa yang diimaginasikan oleh team Grand Oasis Event Hall.

Grand Oasis Even Hall Garden

Grand Oasis Even Hall Garden

Grand Oasis Even Hall Rooftop

Cantik kaaaaan?!

Okay, dah tengok gambar-gambar ni, mesti korang tertanya pasal kos? Mana tidaknya dewan sahaja dah konsep glass wall dengan chandelier yang gah. Aku tak tipu, bajet untuk dewan ni tidaklah murah tetapi tidaklah mahal. Sebab dalam perincian package, diorang bagi sekali semua deko-deko yang cantik dan servis yang tip top.

HARGA

(Update 2025: Entri ini ditulis pada hari pelancaran Grand Oasis Event Hall, jadi harga yang dipaparkan adalah untuk tahun 2022. Untuk dapatkan harga terkini, sila hubungi pihak dewan.)

Harga package yang ditawarkan bermula RM49/pax untuk jumlah 1000 tetamu. Dalam senarai harga, ada senarai pakel-pakej mengikut bilangan tetamu. Buat masa ni, jumlah maksima adalah untuk 1000 tetamu sahaja. Jangan risau, dengan harga RM49/pax diberikan sekali dengan food tasting, e-wedding card dan juga kek kahwin. Belum lagi cerita pasal makanan untuk pengantin, ruangan solat, bilik VIP dan banyak lagi benda yang akan dapat. Kalau package yang siap ada photographer, pun ada. Harga mula adalah RM55/pax.

Harga yang aku maklumkan bukanlah harga akhir. Dalam senarai harga, masih boleh dapat diskaun lagi tau. So, kalau dah congak darab sampai 1000 orang, itu bukan harga akhir yang korang perlu keluarkan. Masih ada diskaun yang tertakluk pada syarat dan terma.

Agak-agak, dah terbayang tak majlis korang macam mana?

Nak tahu lebih lanjut pasal Grand Oasis Event Hall ni, boleh terus follow media social dan buka website rasmi terus.


Untuk maklumat lebih lanjut dan juga urusan booking boleh terus hubungi antara salah satu nombor di bawah. Team pihak Grand Oasis Event Hall akan tolong korang sehabis baik. 

(Update 2025: Nombor yang dikongsikan adalah nombor yang diberikan oleh PIC pada tahun 2022. Sebarang perubahan nombor telefon boleh dipastikan melalui website dan laman sosial pihak Grand Oasis Event Hall)

019-2503090
016-3299776

1 ulasan

Komen