Carian

Deko rumah: Pasang Wallpaper

Masa musim PKP hari tu, rasanya wall facebook dan feed twitter penuh dengan masing-masing bercerita transformasi bilik dan rumah. Maklumlah bosan sepanjang PKP. Tahu-tahu beli macam-macam barang online dan sempatlah masing-masing hias bilik dan rumah. Kami terbalik. Dah habis musim PKP ni baru nak sibuk-sibuk buat deko-deko. Baru lah tukar perabot, susun atur semula rumah dan sebagainya.

Entri kali ni nak cerita pasal pasang wallpaper. Kami pasang wallpaper di rumah mak. Sebabnya nak mengecat malas dan kali ini nakkan kelainan. So, jom baca apa yang berlaku sepanjang proses kami pasang wallpaper.

pasang wallpaper sendiri

Sebenarnya idea pasang wallpaper ni datang dari adik aku. Bulan lepas dia beli wallpaper dan pasang dalam bilik dia. Nampak hasilnya boleh tahan cantik bila ada wallpaper. Alkisahnya kami terus terfikirkan untuk cantikkan ruang tamu rumah mak. Alang-alang dah tukar perabot baru, hiaskan sahaja sampai cantik. 

Bermula dengan misi mencari wallpaper. Kami cari wallpaper bercorakkan batu bata. Sebabnya kawasan yang hendak diletak wallpaper adalah dinding bawah tangga. So, naklah dindingnya berbeza dengan dinding yang lain. Kami beli wallpaper online sahaja. Dari shopee.

sebelum pasang wallpaper
Ini gambar sebelum. Untuk dapat backgroung yang cantik dinding kena licin, so berlaku proses mengikis dan plaster.


Proses kami nak pasang wallpaper makan masa 2 minggu. Ahaaaa. Sebenarnya ada kejadian tidak diingini berlaku yang menyebabkan proses transformasi memakan masa yang lama. Nak tahu apa yang berlaku? Kami beli dua gulung wallpaper yang sama tetapi dapat dua tona yang berbeza. Sudahnya jadi terbantut nak sambung. Nah tengok gambar ni.

pasang wallpaper sendiri
Nampak tak beza tona dia?

Kalau dipasang bersebelahan memang nampak satu cerah satu sedikit gelap. So, suami ambil inisiatif untuk beli sekali lagi dari kedai yang sama. Kali ni siap maklumkan yang nak warna cerah, taknak yang tonanya gelap. Sebabnya kami dan siap pasang satu gulung wallpaper. Sebaiknya nak yang sama warnalah. Sekali bila barang sampai, dapat wallpaper tona sama dengan yang tak dipasang. Lagi sekali terbantut juga nak pasang wallpaper. Mungkin patutnya tunggu yang baru sampai barulah pasang. Taklah dinding tu separuh tak ada wallpaper selama dua minggu.

pasang wallpaper sendiri
Separuh bahagian je dapat buat sebab selebihnya tona tak sama.


Akhirnya masuk hujung minggu kami pergi cari kedainya (nasib baik kedainya di GM Klang sahaja) dan terus tukar. Mudah kerja. Tak apalah pergi balik 2 jam pun. Mujur bila sampai di kedai, ada wallpaper yang dicari dan urusan bertukar wallpaper pun mudah sahaja. Balik sahaja dari membeli belah di GM Klang, suami terus pasang wallpaper hingga siap. Senang kerja.

pasang wallpaper sendiri

pasang wallpaper sendiri

Tada! Inilah hasilnya!

So, itulah kisahnya bagaimana proses pemasangan wallpaper yang boleh siap dalam masa satu ke dua hari memakan masa dua minggu. Semuanya sebab tona wallpaper berbeza. 

Pengajaran yang kami dapat adalah, kena berhati-hati semasa membeli di Shopee. Nak salahkan tuan kedai pun tak boleh. Kena tahu juga yang dia cuma jual bukan supply. Mungkin masa dia bungkus order kami, itu sahaja yang ada. Tapi pengalaman yang seronok juga sebab masa mencari kedai, sempat singgah kedai-kedai lain di GM Klang dan tengok sendiri wallpaper yang ada.

Sekian sahaja kisah dari kami.

Korang masa PKP sempat ke buat transformasi deko rumah besar-besar?

            Baca: IKEA Damansara

2 ulasan

Komen