Carian

First Impression: Mary Kay Suncare Lotion

 Assalamualaikum dan hai!

Bestnya topik entri kali ini. Cerita pasal sunscreen atau dalam Melayu namanya pelindung suria. Kebanyakkan kita di Malaysia masih ramai yang ambil mudah tentang pemakaian sunscreen, termasuklah aku sehingga tahun 2017.

Titik perubahan aku jadi disiplin dengan pemakaian sunscreen adalah sebab berjumpa dengan seorang pakar kulit. Dia memang khusus untuk bahagian kosmetik, atau lebih mudah difahami kulit wajah. Kulit muka kita dan kulit badan mempunyai cara penjagaan yang sedikit berbeza. So, dalam bidang perubatan pun dipecahkan.

Untuk siri First Impression kali ini aku nak kongsikan tanggapan pertama aku masa gunakan Mary Kay Suncare Lotion. Jom!

mary kay suncare lotion review

Sejak tahun 2017, aku memang disiplin dengan sunscreen. Tapi bab pemilihan sunscreen agak susah sebab sesetengah sunscreen boleh menyebabakan break out atau kulit naik jerawat tak tentu pasal. Leceh bila dah beli satu, sekali tak sesuai. Sedih tau. Akhirnya aku melekat dengan Biore Aqua Essence Sunscreen. Ini sahaja satu-satunya sunscreen yang aku suka dan memang akan repeat beli. Sehinggalah Julai 2020 baru-baru ini.

Sebab apa aku stop beli?

Mary Kay ada keluarkan rangkan produk pelindung suria! Khusus untuk pelindung suria sahaja. Bukan CC Cream atau Primer yang ada SPF. Memang semata-mata sunscreen. Dalam rangkaian produk Mary Kay yang lain rata-rata memang mengandungi SPF dan PA, cuma semuanya sama ada dalam bentuk moisturizer, primer mahupun cc cream. 

mary kay suncare lotion review

Bagi aku, aku lebih sukakan pelindung suria yang tidak bercampur.

Kenapa nak sunscreen yang tidak bercampur?

Sebab pemakaian sunscreen memerlukan dos yang betul supaya kulit kita dapat perlindungan yang sepatutnya. Kalau dia campuran yang lain, nanti kena pakai ikut dos sunscreen sedangkan produk tu tak perlu dipakai sebanyak itu.

Banyak mana dos sunscreen?

Pakar kulit yang aku jumpa ada ajar satu formula yang sangat mudah untuk kita kira dos. Kalau google, rata-rata akan cakap guna dua jari penuh. Ada juga cakap satu sudu teh! Haha. Sudahnya tak tahu nak ikut yang mana. 

Ini formula yang pakar kulit kongsikan.

Kawasan kulit yang terdedah pada matahari yang ditutupi oleh satu tapak tangan memerlukan dos sunscreen sebanyak satu ruas jari.

Meh aku bagi bayangan. Cuba tekup muka dengan tangan. Adakah seluruh muka tertutup dengan kedua-dua tapak tangan kita? Kalau ya, maknanya dos sunscreen ada dua ruas jari. Kalau lebih atau tak keseluruhan muka tertutup dengan tapak tangan, kemungkinan kita memerlukan dos sebanyak 2-3 ruas jari. Kalau tidak bertudung jangan lupa kira telinga, leher dan sebagainya yang terdedah kena cahaya matahari.

FAKTA: Pengiraan satu ruas jari ini dikenali sebagai fingertip unit.

mary kay suncare lotion review
Ini dua cara pengiraan dosage. Kebanyakkan orang akan guna teknik yang tarik satu jari tapi pada aku agak susah sebab bergantung pada muncung botol produk. Besar muncungnya. banyak sangat yang keluar nanti.


So, berbalik pada tujuan asal entri ini ditulis. Apakah tanggapan pertama aku untuk Mary Kay Suncare Lotion.

Pssst... aku adalah masalah kulit dehydrated, so aku sunscreen jenis lotion. Mary Kay ada dua jenis, untuk kulit kering dan juga untuk kulit berminyak.

mary kay suncare lotion review


Aku bukan jenis yang cerita bab packaging sangat. Kita kira skiplah part ini ya.

1. Tekstur : tak pekat, tak juga cair.

Ada setengah orang tak suka teksture macam ni. Dia agak meleleh tapi taklah sampai tahap menitis. Macam aku, aku memang suka tekstur begini. Senang kita nak oleskan pada muka. Taklah rasa susahnya nak bagi dia sekata dan tak tinggal putih-putih. 

2. SPF dan PA : mengikut keperluan di Malaysia.

Pada botol Suncare ada details untuk SPF dan PA sunscreen. Untuk cuaca di Malaysia, kita memerlukan SPF 50 ke atas bersama PA yang ada 3 simbol "+". Kalau PA tu ada dua simbol "+" coverage dalam sekitar 60 ke 80 minit sahaja. Bacaan UV Index Malaysia pula, sekitar jam 11pagi hingga 4 petang biasanya adalah 11 dan 12. Mengikut WHO, UV index 8 ke atas kena pakai sunscreen SPF50 dan PA+++. Kita kat Malaysia bukan setakat 8, sampai 12 tau! Dahlah hampir setiap hari walaupun musim hujan. Bagi aku perlindungan Suncare adalah sangat ideal. 

3. Bau sunscreen.

Aku suka bila pakai sunscreen, ada bau sunscreen. Haha. Ada orang tak suka bau sunscreen. Bau agak kurang selesa. Tapi itu tandanya tak ada bauan tambahan. Bagi aku ini adalah sangat bagus. Aku bukanlah jenis cerewet bila masuk bab fragrance dalam skincare. Tetapi ada sesetengah orang dia perlu elakkan sebab fragrance tidak sesuai dengan kulit dia.

4. Muncung kecil. 

Aku suka yang ini sebab sunscreen yang aku pakai sebelum ni, muncung botolnya besar dan sunscreen akan keluar setepek banyak. Leceh. Bila muncungnya kecil, senang kita nak kawal produk yang keluar. Ada orang prefer muncung besar.

mary kay suncare lotion review

Inilah tanggapan pertama aku masa Suncare Lotion sampai. Hehe. Sekarang dah genap 3 bulan aku guna Suncare sebagai sunscreen harian. Aku puas hati sebab kulit tak naik jerawat entah dari mana, masalah parut-parut hitam pun perlahan-lahan pudar. Parut baru pun tak stay lama atas kulit. 

Secara peribadi memang aku puas hati dengan sunscreen Mary Kay ni. Kebanyakkannya memang pakai siang. Ada masa jadi juga primer. Haaa, jangan tak tahu, sunscreen sebenarnya boleh jadi primer yang sangat bagus. Sebab sambil dia melindungi kulit, dia akan kurangkan penampakkan pori (kalau pilih produk yang sesuai untuk kulit, ok)

Nanti aku nak buat satu entri khas bercerita tentang pentingnya pemakaian sunscreen dan juga kesan jangka masa panjang bila kita tak nak pakai sunscreen. 

Mana nak dapatkan Suncare Mary Kay?

Bagi yang nak mendapatkan Mary Kay Suncare, boleh cari Beauty Consultant terdekat. Kalau nak dapatkan daripada aku pun boleh, dan sememangnya aku akan bantu korang faham fungsi dan kepentingan pemakaian pelindung suria.

Ataupun boleh terus klik link ini untuk buat pembelian:
Mary Kay Suncare

Harap post ini membantu dan terima kasih sudi baca!


Tiada ulasan

Komen