Carian

Pasta Segera: Panasakan dan Makan!

Biasanya kalau tengah mood malas nak memasak lagi-lagi tengah malam, memang jawabnya makan maggi lah kan? Tak pun dengan teknologi sekarang yang ada Food Panda, Grab Food dan Dah Makan, banyak juga pilihan untuk korang beli kan? Cuma kalau nak cepat of courselah maggi. Tuang air panas, tunggu maggi kembang dah boleh makan. Sebenarnya selain maggi ada juga makanan segera yang lebih cepat dari maggi untuk korang makan waktu malas nak masak. Pilihan yang lebih sihat dan tiada MSG, tiada pengawet serta halal. Dan paling best tak perlu simpan dalam peti pun. Nak tahu apa dia? Pasta segera

Master Pasto: Instant Pasta


Master Pasto ni aku dah pernah ceritakan dulu dah. Boleh baca entri pasal Master Pasto. Memang pasta dia sedap. Cara nak masak pun sangat sangat sangat senang. Tak pandai masak pun boleh dapatlah pasta yang sedap dengan Master Pasto. Tagline Master Pasto adalah

" Just heat and eat "

Dan sekarang Master Pasto ada keluarkan satu lagi jenis packaging khas untuk mereka yang suka travel atau nak bawa bekal ke office untuk mudah penyediaan makanan tanpa perlukan banyak perkakas.


Packaging baru Master Pasto




Dulu, Master Pasto cuma ada satu jenis packaging yang dalam kotak, Economy Pack (Pek Ekonomi). Packaging macam ni perlukan korang ada mangkuk dan sudu garfu sendiri untuk penyediaan makanan. Macam mana nak makan kalau tak ada mangkuk dan sudu garfu kan? So, team Master Pasto dah buat RnD dan akhirnya mereka keluarkan satu packaging baru yang dinamakan Convenience Pack yang bermaksud pek mudah. Sesuai untuk traveller.

Dalam bekas dah ada garfu disediakan. Sudu sebenarnya tak berapa diperlukan sebab pasta ni macam mi juga. Nak pula masakan pasta bukan jenis berkuah penuh. Garfu pun insyaAllah dah cukup.

Cara menyediakan Master Pasto

Cara penyediaan Master Pasto ni sangatlah senang. Dekat packaging memang dia dah bagi siap-siap arahan untuk hidang. Ada dua cara: atas dapur dan guna microwave.



Untuk convenience pack, sangat praktikal untuk guna microwave sebab bekas dah ada. Dan bekas memang tahan panas microwave. Boleh je nak guna atas dapur, tapi biasa masa travel atau pergi pejabat bukan ada access kepada dapur kan? Paling-paling dekat pantry office mesti ada microwave atau masa travel singgah kedai-kedai macam 7-e biasanya ada microwave.

Tiga jenis pasta Master Pasto




Dari dulu Master Pasto ada tiga jenis sahaja: Aglio Olio, Bolognese dan Creamy Chicken. Semuanya sedap. Tapi favourite aku semestinya Aglio Olio sebab aku tak berjaya lagi nak buat Aglio Olio sesedap Master Pasto punya. Dia punya pedas tu, dia punya rasa bawang, dia punya seasoning memang sedaplah. Untuk Creamy Chicken dan Bolognese, dua pasta ni memang tak pedas dan boleh bagi makan pada anak-anak. Nak pedas, tambahlah cili flakes sikit (kalau ada).


Kat mana nak cari Master Pasto?

Mesti korang tertanya-tanya nak cari Master Pasto ni. Korang boleh pilih untuk buat belian secara online atau pun secara darat (offline) maksudnya pergi kedai. Antara kedai yang ada jual Master Pasto:
- KK Mart
- Hero Market
- Jaya Grocer (Penang)
- Billion Group
- KSUtama
- Urban Retail
- Jazco Speedmart

Nak senang klik je link ini untuk tengok senarai penuh kedai yang ada Master Pasto.

http://bit.ly/MasterPastoStoreLocator

Nak tahu lebih lanjut pasal Master Pasto, boleh tengok semua media sosial Master Pasto. Nak beli secara online pun boleh tau!

Webstore: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto/
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco

Tunggu apa lagi? Pergi serbu kedai mana yang dekat dengan korang dan rasai sendiri keenakkan Master Pasto dan mudahnya menyediakan pasta dalam masa 3 minit!

Tiada ulasan

Komen