Carian

First Impression: Clear Proof Deep-Cleansing Charcoal Mask

Assalamualaikum dan hai!

Masa scroll tengok apa saja entri yang aku dah tulis, rupanya untuk Julai masih belum ada siri First Impression. Ha, bagi yang baru pertama kali baca blog, siri First Impression merupakan siri yang aku sendiri mulakan untuk buat review produk-produk penjagaan wajah. Semua produk ni beli dengan duit sendiri. Tak ada sesiapa yang taja pun.

So, sebelum Julai meninggalkan kita, aku nak tulis First Impression aku tentang satu lagi produk dari Mary Kay yang dinamakan sebagai Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask.

Bagi yang tak tahu, dalam rangkaian produk penjagaan kulit Mary Kay, ada pelbagai jenis mengikut keperluan dan masalah kulit. Of course lah sebab semua orang mempunyai masalah dan jenis kulit yang berbeza.

Rangkaian produk kali ini adalah daripada Clear Proof Mary Kay yang berfokuskan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kulit berminyak dan juga acne-prone skin. So, kalau korang mempunyai masalah yang sama, bolehlah nanti try guna.

clear proof deep cleansing charcoal mask mary kay

Berbalik pada topik kita hari ini, aku nak cerita pasal Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask.

Pertama-tamanya, aku nak bagitahu yang aku ni memang peminat charcoal mask. Sebelum ni aku pernah try brand Freeman (ada di Watson dan Guardian) tapi sejak mereka tukar formula dan tidak ada lagi charcoal clay mask, aku berhenti guna charcoal mask. Dan bila jumpa Mary Kay, memang terus beli!

Apa istimewa sangat dengan charcoal atau lebih dikenali sebagai arang dalam bahasa ibunda kita?

Rata-rata dalam industri kecantikan, arang dikatakan boleh membuang kotoran, habuk dari dalam kulit dengan berkesan. Sebab arang akan 'sedut' sebum-sebum (minyak-minyak) yang berlebihan dan membantu mengecutkan jerawat. Selain itu arang juga bagus untuk membuang sel kulit mati. Kiranya kalau ada masalah jerawat, dari jerawat pasir sampai lah ke jerawat yang besar, insyaAllah arang ni banyak membantu. Paling terkenal sebenarnya, arang ni digunakan sebagai 'peel off mask' untuk buang blackhead dan whitehead.

Tapi aku tak sarankan guna 'peel off mask' sebab boleh merosakkan skin barrier. Huhu

Sebenarnya arang bukan sahaja digunakan dalam produk penjagaan kulit sahaja, malah dalam ubat gigi juga sebab dipercayai mampu memutihkan gigi. Kalau perasan, kebanyakan jenama-jenama ubat gigi terkenal memang ada satu ubat gigi yang ada arang. Contoh paling mudah Darlie dan Colgate memang ada dan memang aku suka beli yang arang punya. Hehe. 

Sambung balik pada cerita utama kita, aku kongsikan beberapa kebaikan yang dikongsikan berkaitan dengan charcoal mask dari Mary Kay ni.

Tadaa!

clear proof deep cleansing charcoal mask mary kay

Secara sainsnya, memang arang bagus untuk tumbuhan. Dikatakan ibarat baja jugalah.
Dalam produk kecantikan, maknanya arang ni akan menyuburkan kulit wajah. Membantu untuk proses penggantian kulit (skincell turnover) yang lebih cepat dan berseri. Siapa tak nak kulit glowing kan?

Pandangan pertama aku terhadap Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask.

1. Teksturnya agak cair.
Sepanjang aku mencuba charcoal mask, rata-rata teksturnya likat. Macam ubat gigi (?) Charcoal mask lain yang aku pernah cuba adalah Mary Jardin (kena bancuh sendiri, kepekatan bergantung pada keselesaan masing-masing). Tapi tekstur ini tidak memberi kesan sangat pada aku. Ada orang mungkin tak suka charcoal mask cair. Teksturnya tidaklah cair mengalir tetapi dia tidak selikat yang disangka. Itu je. Tak meleleh pun.

2. Tidak terlalu mengeringkan kulit.
Ini sebenarnya diluar jangkaan. Sebab biasanya bila pakai charcoal mask, bila sampai masa mask nak kering kulit mula rasa tertegang dan kering sangat. Tapi dengan Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Walaupun mask dah kering tak berasa sangat kering. Pengalaman aku dengan charcoal mask lain, sampai memang rasa kulit kering. Dengan yang ini, so far tak.

3. Ada bauan.
Ada orang tak suka produk ada 'fragrance'. Tapi pada aku, kalau kedudukannya bukan dalam 5 yang teratas, insyaAllah okay. Cuma bauan dalam Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask ni tak kuat dan baunya boleh bawa tidur. Haha. Tapi tak boleh tidur sebab nanti nak kena basuh muka dan pemakaian mask yang melebih dari masa yang diarahkan akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering. 

Adakah aku suka Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask?


clear proof deep cleansing charcoal mask mary kay


Sejujurnya aku suka! Memang sejak kali pertama pakai, aku rajinkan diri untuk buat rutin mingguan dengan charcoal mask. Ada je masa dua minggu sekali. Selepas hampir dua bulan, sebenarnya aku dah mula nampak kesan rutin mingguan ni. Nampak kulit susah nak naik jerawat. Kalau ada naik pun, dia kecut cepat. Alhamdulillah.

Sebab lain aku suka semestinya sebab dia tidak mengeringkan. Kebanyakkan yang aku jumpa di luar, memang akan mengeringkan. Sampai terasa muka tertegang. Dengan Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask ni, so far tak pernah rasa sampai muka tertarik atau tertegang. Lepas dah cuci muka, terus sambung rutin letak penyegar dan pelembap muka. Rasa macam pegang kulit baby. Haha. Tapi ini aku cakap benda yang aku sendiri alami. Siap minta adik pegang supaya dia sendiri rasa lembut tak lembut kulit.

Oh ya, aku nak bagi peringatan mesra. Siapa yang baru nak berjinak dengan charcoal mask, sekali lagi nasihatkan untuk ada rutin harian yang kukuh. Macam Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask, ada sedikit salicylic acid (sejenis acid yang bagus untuk membuang sebum berlebihan, mencuci pori dengan lebih mendalam), so pemakaian perlu lakukan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan penggunaan atas hidung dulu, minggu depan tambah pipi pula dan seterusnya kalau okay memang boleh ke seluruh wajah. Adatlah dalam memakai produk penjagaan, perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Tak boleh nak sekali pakai terus dapat semua kebaikan.

Bagi korang yang nak buang blackhead, whitehead, lagi lagi yang suka menyibuk atas hidung, dagu dan dahi aku sangat sarankan cuba. InsyaAllah dengan pemakaian yang berkala dan sabar, dalam masa 2-3 bulan akan nampak hasil.

Mana nak dapatkan Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask?
Boleh cari Mary Kay Beauty Consultant yang berdekatan untuk dapatkan konsultasi tentang produk dengan lebih mendalam.
Ataupun boleh beli dengan link ini terus!

Sekian itu sahaja.
Terima kasih korang.

1 ulasan

Komen