Baru-baru ini aku ada kesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran koleksi terbaru AEON Plus Collection x Izzati Suza di AEON Shah Alam. Nama koleksi terbaru ini dinamakan Gadis Gadang. Nak tahu apa maksudnya, baca sampai habis ya. Sejujurnya, ini kali pertama aku jumpa Izzati Suza secara berdepan dan tengok sendiri koleksi rekaannya. Koleksi-koleksi kali ini semuanya cantik-cantik dengan vibe yang membawa mesej yang sangat bermakna dan mendalam bagi semua wanita, tidak kira usia dan saiz.
Nak tahu apa yang buat koleksi ini lain daripada yang lain?
Menerusi koleksi Gadis Gadang ini, AEON Malaysia dan Izzati Suza sedang membawa satu misi besar dalam dunia fesyen iaitu meraikan keindahan pelbagai saiz dan bentuk tubuh dalam kalangan wanita di saat dunia sekarang mengejar 'kesempurnaan' kecantikan. Satu tepukan gemuruh buat AEON, salah satu jenama besar, yang mula beri perhatian kepada plus size fashion dengan bukan sekadar menyediakan pilihan saiz besar, tetapi menampilkan fesyen yang betul-betul stylish dan penuh dengan personaliti. Lagi-lagi bila digabungkan dengan sentuhan seni Izzati Suza yang ikonik, penuh warna, berkarakter playful bersama vibe Malaysia yang kuat.
Mesej di Balik Koleksi Gadis Gadang
Awal-awal tengok koleksi Gadis Gadang, aku ingat koleksi ini sekadar lukisan 'doodle' pada baju dengan warna yang terang (vibrant colours) dan gaya fesyen yang berani (bold). Tetapi, selepas sesi majlis pelancaran koleksi Gadis Gadang, aku tersentuh dengan mesej yang ingin disampaikan oleh AEON Plus Collection dan Izzati Suza melalui koleksi ini. Kolaborasi ini bukan sekadar menampilkan koleksi pakaian yang cantik, tetapi juga meraikan kepelbagaian dan mempromosikan penerimaan diri dengan positif. Izzati Suza, sebagai seorang artis ilustrasi terkenal di Malaysia, membawa rekaan terbaik beliau yang unik dan penuh warna ke dalam koleksi ini.
Frasa Gadis Gadang sebenarnya membawa maksud gadis yang penuh cita-cita, kekuatan dan impian. Malahan inspirasi Gadis Gadang adalah daripada ibu Izzati Suza sendiri yang sentiasa berpesan 'Buat apa nak kisah orang kata apa? Kenapa kena sama dengan orang lain?' Dalam erti kata lain, koleksi kali ini bukan sekadar tentang baju, tapi satu mesej untuk semua lapisan wanita: dari remaja, mak-mak, sampai boss lady untuk tampil dengan penuk keyakinan, sentiasa sayangi diri sendiri, dan pakai apa yang buat kita rasa selesa dan cantik, tanpa peduli apa kata orang. Seperti tagline untuk koleksi ini "Insecure? Esok-lah"
Mesej koleksi kali ini sangat bagus sebab menggalakkan wanita-wanita untuk menerima dan mengakui kecantikan diri mereka sendiri, tidak kira apa bentuk atau saiz badan mereka. Kalau perasan, Izzati Suza ada masukkan elemen-elemen budaya Malaysia dalam rekaannya, membuatkan koleksi ini bukan sahaja moden, tetapi juga kaya dengan identiti budaya kita.
Yang paling best, semua rekaan dalam koleksi ni eksklusif edisi terhad! So kalau korang peminat seni Izzati Suza atau pencinta fesyen yang sukakan koleksi pakaian yang memberi makna, memang kena cepat-cepat dapatkan koleksi Gadis Gadang sebelum terlambat!
Rekaan yang Unik dan Bermakna
Koleksi Gadis Gadang ini menampilkan pelbagai jenis pakaian yang cantik dan bermakna, seperti:- T-shirt dengan ilustrasi yang berani dan bermesej
- Sweater yang selesa dan stylish
- Cardigan yang sesuai untuk pelbagai kesempatan
- Seluar jeans yang moden dan fashionable
- Jaket yang sempurna untuk menambah gaya
Semua jenis pakaian ini mempunyai rekaan yang unik dan menarik, dengan warna-warna yang cerah dan corak-corak yang berani. Bukan itu sahaja, koleksi ini juga ada saiz dari 18 hingga 24 atau 2XL hingga 7XL, memastikan bahawa semua wanita dapat menikmati pakaian yang sesuai dengan gaya dan keselesaan mereka. Baru betul-betul meraikan 'every body'!
Pengalaman Istimewa di Majlis Pelancaran
Pada hari majlis pelancaran di AEON Shah Alam, suasana sangat meriah! Ada sesi meet & greet dengan Izzati Suza sendiri, dan orang ramai pun boleh dapat servis patchwork eksklusif, boleh pilih sama ada nak print patch atau sulaman. Dan, siapa yang sign up untuk sesi meet & greet, dapat voucher RM50 untuk shopping koleksi Gadis Gadang. Paling menarik, siapa yang datang dengan outfit paling Gadis Gadang, boleh menang voucher RM200!
Mereka-mereka yang hadir pada hari tu semuanya mempunyai identiti sendiri. Mereka semua wanita yang penuh dengan keyakinan tidak kira saiz dan latar belakang. Tiba-tiba semuanya jadi satu geng kerana mereka semua adalah Gadis Gadang masing-masing. Ada juga dinding khas Wall of Gadis Gadang, tempat orang tulis ucapan paling bermakna, selfie gambar cantik-cantik dan semestinya be yourself in the space. Siapa yang memberikan ucapan paling menyentuh jiwa, dapat menang goodies menarik.
Apa yang buat aku tersentuh sepanjang majlis pelancaran adalah mesej yang disampaikan dan bagaimana mesej ini disambut baik oleh mereka yang hadir. Mesej terbesar adalah: body positivity, selfcare, dan meraikan keunikan wanita. Dalam dunia yang penuh tekanan untuk jadi 'sempurna', koleksi ini hadir seperti sebuah pelukan hangat yang memberikan kata-kata “you’re enough, you’re beautiful, just as you are.”
Maklumat Lanjut dan Cara Membeli
Kalau korang rasa susah nak cari pakaian plus size yang stylish, selesa dan bold, Gadis Gadang by AEON x Izzati Suza ni memang patut ada dalam almari korang. Ayuh! Semarakkan semangat kekuatan wanita.
Koleksi Gadis Gadang sudahpun dah mula dijual bermula 10 Mei 2025 di 18 AEON terpilih seluruh negara, termasuk AEON Mid Valley, Shah Alam, Bukit Tinggi, dan Queensbay.
Untuk maklumat lanjut dan koleksi penuh:
Facebook, Instagram, TikTok dan X: AEON Retail Malaysia
XHS: AEON Malaysia
LinkedIn: AEON Group Malaysia
Website: https://aeonretail.com.my/fashion/pluscollection/
Boleh melawat laman web Izzati Suza di www.kedaisuza.com dan www.instagram.com/izzatisuza untuk kenal lebih dekat siapa Izzati Suza dan lihat sendiri karya-karya beliau.
Pengalaman yang singkat tapi berharga semasa majlis pelancaran di AEON Shah Alam memang menunjukkan bahawa fesyen boleh jadi satu platform yang hebat untuk menyebarkan positiviti. Terima kasih AEON Plus Collection dan Izzati Suza, kerana mengingatkan kita semua tentang betapa pentingnya untuk memeluk diri sendiri dengan sepenuh hati dan mengakui keunikan dan kecantikan yang ada pada diri kita sendiri.
Tiada ulasan
Komen