Carian

Memaparkan catatan dengan label online shopping. Papar semua catatan

Hari Budaya Emas yang meriah di PGMall

Assalamualaikum dan hai

Buat kaki-kaki shopping online tegar, aku ada berita baik untuk korang semua. Kali ini aku nak ajak korang membeli belah sambil dapat duit dan kumpul emas. Haaa, jeng jeng jeng. Shopping boleh dapat duit dan kumpul emas? Macam mana tu?

Macam mana lagi kalau bukan di PG Mall. 

Dah pernah dengar ke belum pasal PG Mall ni? Kalau belum, aku nak bagitahu yang PG Mall merupakan satu platform e-commerce iaitu pusat membeli belah atas talian ciptaan tempatan dan berada di kedudukan tiga teratas di Iprice. Kalau tak percaya boleh klik pada link ini untuk lihat sendiri kedudukan PG Mall.

>>>Ranking PG Mall<<<

Apa yang bagus dengan PG Mall ini, dia menerima pembayaran melalui semua jenis e-wallet dan sebarang bayaran atas talian. Sangat mudah bagi semua orang untuk membeli. Tak perlu buat e-wallet baru atau pinjam akaun kawan untuk membayar. Maklumlah, kita bila tengah nak membeli, nak bayar masa tu juga supaya urusan selesai dan cepat barang di proses.

Jualan Mega 8.8 PG Mall

Assalamualaikum dan hai!

Berita baik untuk semua pembeli atas talian (online shopper) seperti aku, PG Mall akan adakan Jualan Mega 8.8 bersempena tarikh 8 Ogos 2020.

Rasanya semua orang sedia maklum yang sejak PKP dilaksanakan, urusan jual beli atas talian melonjak naik. Bagi yang dah lama buat business atas talian, memang terasa sangat sangat.
Mana tidaknya, semua orang tak boleh ke mana-mana, sudahnya masa dihabiskan scroll. Tiba tiba dah add to cart, dan tiba tiba dah bayar. Haha. (Akulah tu)

Dan, aku sebenarnya nak kenalkan PG Mall pada para pembaca. Mungkin selama ni korang lebih kenal platform e-commerce ternama yang lain. Untuk pengetahuan korang, itu semua sebenarnya platform e-commerce dari luar negara. Kira worldwide punya platform lah.

Tapi kali ni kita nak cerita pasal platform tempatan kita. Kita haruslah beri sokongan pada hasil kerja tempatan demi ekonomi negara. 

PG Mall Online Mall Malaysia E-Commerce

Beli Belah Di Getha Online Shop

Assalamualaikum dan hai!

Lama juga rasanya tak singgah blog ni. Sejak awal tahun 2020, bermacam-macam hal yang berlaku sampaikan memang kekangan masa untuk menulis blog. Draft memang banyak tapi masih tak sempat lagi nak siapkan semuanya. Ini pun sempat curi masa alang-alang rakyat Malaysia diarahkan untuk mengawal gerakan bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19.

InsyaAllah cerita Covid-19 nanti kita kupas dalam entri lain. Untuk kali ini, aku nak kongsikan pengalaman membeli bantal secara online di kedai ternama Getha. Ye, boleh beli online sahaja sekarang. Nak-nak zaman sekarang hampir semua benda boleh dibeli secara online.

getha online shop