Carian

Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan

First Impression: Mary Kay Microdermabrasion Set

Assalamualaikum dan hai!

Untuk siri First Impression kali ni, aku nak kongsikan pengalaman pertama kali guna set Microdermabrasion dari Mary Kay. Bagi yang mengenali produk Mary Kay atau memang pengguna Mary Kay mesti dah tahu set ni baru bertukar wajah yang lebih moden dan cantik!

Set Microdermabrasion ni ada dua produk: Microdermabrasion Refine dan Pore Minimizer.

Bagi yang tahu, kulit aku jenis berminyak. Orang kulit berminyak ni biasanya pori-pori besar, senang naik bintik hitam (blackhead) dan juga jerawat pasir (whitehead). Dan memang inilah keadaan kulit aku yang sebenar. Pori besar memang tak boleh buat apa melainkan dengan penjagaan yang betul dengan produk yang betul. Yang whitehead blackhead pun kalau guna produk yang betul dengan cara yang betul dapat dikurangkan penampakkan mereka.

So jom, kita tengok dulu apa sebenarnya set Microdermabrasion Mary Kay.

microdermabrasion mary kay


First Impression: Mary Kay Suncare Lotion

 Assalamualaikum dan hai!

Bestnya topik entri kali ini. Cerita pasal sunscreen atau dalam Melayu namanya pelindung suria. Kebanyakkan kita di Malaysia masih ramai yang ambil mudah tentang pemakaian sunscreen, termasuklah aku sehingga tahun 2017.

Titik perubahan aku jadi disiplin dengan pemakaian sunscreen adalah sebab berjumpa dengan seorang pakar kulit. Dia memang khusus untuk bahagian kosmetik, atau lebih mudah difahami kulit wajah. Kulit muka kita dan kulit badan mempunyai cara penjagaan yang sedikit berbeza. So, dalam bidang perubatan pun dipecahkan.

Untuk siri First Impression kali ini aku nak kongsikan tanggapan pertama aku masa gunakan Mary Kay Suncare Lotion. Jom!

mary kay suncare lotion review

'Facial' sendiri di rumah

Aku merupakan antara orang yang berkeinginan nak pergi facial tapi tak pernah berani. Sebab apa? Sebab aku takut reaksi kulit aku. Lagi-lagi kebanyakkan produk yang orang bagi testimoni baik, bila sampai aku mesti tak jadi. Maka, aku pun lama buat facial sendiri di rumah. Lebih mudah dan aku tak ragu-ragu sangat.

Macam mana nak mulakan buat facial sendiri tu?

home spa home facial malaysia with mary kay

First Impression: MaryKay Charcoal Mask

Masa scroll tengok apa saja entri yang aku dah tulis, rupanya untuk Julai masih belum ada siri First Impression. Ha, bagi yang baru pertama kali baca blog, siri First Impression merupakan siri yang aku sendiri mulakan untuk buat review produk-produk penjagaan wajah. Semua produk ni beli dengan duit sendiri tanpa sebarang penajaan. Sebelum Julai meninggalkan kita, aku nak tulis First Impression aku tentang satu lagi produk dari Mary Kay yang dinamakan sebagai Clear Proof Deep Cleansing Charcoal Mask.

Bagi yang tak tahu, dalam rangkaian produk penjagaan kulit Mary Kay, ada pelbagai jenis mengikut keperluan dan masalah kulit. Of course lah sebab semua orang mempunyai masalah dan jenis kulit yang berbeza. Rangkaian produk kali ini adalah daripada Clear Proof Mary Kay yang berfokuskan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kulit berminyak dan juga acne-prone skin. Kalau korang mempunyai masalah yang sama, bolehlah nanti try guna.

clear proof deep cleansing charcoal mask mary kay

First Impression : Renewing Gel Mask Mary Kay

Assalamualaikum dan hai!

Rasanya dah lama tak buat update pasal produk-produk penjagaan kulit. Sebenarnya tahun ni ada target untuk buat beberapa siri antaranya Siri First Impression. Sempat post satu. lepas tu jadual sehari-harian jadi padat. Bertambah padat apabila PKP diarahkan pada 18 Mac 2020 yang lalu. Dengan nak work from home, research from home, uruskan anak, uruskan rumah. Phew! Ada masa memang sampai terduduk kepenatan. 

So, berbalik pada tujuan utama entri ini dibuat. Nak bercerita tentang pandang pertama iaitu first impression terhadap Renewing Gel Mask dari Mary Kay. Sebenarnya ada baaaanyak rangkaian produk dari Mary Kay buatkan aku nak sign up sebagai Beauty Consultant Mary Kay. Dan memang akhirnya sign up. Haha. 

renewing gel mask mary kay  mask muka

Fungsi CC Cream Yang Terbaik Dari Hansaegee Nature

Assalamualaikum dan hai!

Nak tanya sikit, korang tahu tak antara langkah paling asas dalam penjagaan kulit adalah untuk memakai pelindung matahari? Atau nama bahasa Inggerisnya sunblock atau sunscreen. Sebenarnya, sebagus mana cara kita jaga kulit tapi kalau malas dengan satu langkah ni, memang susah nak dapatkan kulit yang ideal.

Memang pakai sunscreen atau sunblock ni leceh. Biasanya sunscreen ni buat kulit nampak macam berminyak sikit. Kemudian lepas dah pakai sunblock nak tepek bedaklah, foundationlah. Makin bertambah-tambah benda nak dipakai kan? Jadi rasa memang nak skip sangat sunblock ni.

Kali ni aku nak bagi satu pandangan peribadi tentang satu produk yang ada sunblock yang fungsinya 3 dalam 1.

cc cream hansaegee nature


Topeng muka kecantikan dari ID.AZ

Assalamualaikum dan hai.

Dah lama tak bercerita pasal produk kecantikan. Kali ni, nak bercerita pasal topeng muka kecantikan, atau nama dalam bahasa Inggerisnya 'beauty mask'.

Okaylah, sebenarnya mask ni dapat dari team Butterfly Project yang membuka tawaran untuk mencuba dan memberi pandangan supaya dapat berkongsi maklumat dengan korang semua.

Kalau nak tahu, aku dapat mask dari ID.AZ Dermastic. Rasanya bagi peminat kecantikan (beauty enthusiasts) terutamanya Korean products, jenama ID.AZ Dermastic ni taklah asing sangat kan? Lagipun dekat kedai-kedai Watson terpilih ada jual mask dari jenama ni. Nanti pergi cari ya.

ID.AZ Derm Review


Skincare Range from Dr. Elsee : A Review

Assalamualaikum and hai!

Siapa suka produk penjagaan kulit dari Korea? Hari ni aku nak kongsikan satu produk dari Korea.

Aku bukanlah sejenis yang minat satu spesifik produk. Setiap produk yang aku nak pakai, mesti akan baca label, kandungan dan fungsi. Tak kiralah produk tempatan mahupun yang dari luar negara. Ada je produk tempatan yang aku suka sebab fungsi menepati keperluan kulit aku.

Okay, bab KBeauty ni rasanya memang tengah hype sebab ramai orang nakkan kulit macam gadis-gadis Korea. Maklumlah kalau tengok yang dalam K-Drama tu, yang umur 30-an mukanya mulus, cerah, 'glowing' dan nampak muda. Kalau google cari tahun kelahiran, tak sangka dia dah 30-an! Kalau korang perasan, produk kecantikan dari Korea pun dah mula masuk dalam Malaysia. Dulu, banyak produk dari US dan UK. Sekarang tengah banyak masuk dari Korea dan Jepun pula.

Kbeauty review, dr elsee review


Review: Antioxidant Serum by Sanny & Joleen

Assalamualaikum.

Hai, lama dah tak review pasal produk kecantikan ataupun skincare. Kali ini nak cerita pasal satu serum yang berjaya menangkap perhatian aku.

Sebenarnya, sejak trend serum diperkenalkan, aku memang tak berani nak guna serum. Salah satu alasannya adalah dia melekit dan kulit aku mudah bagi reaksi yang tak diingin seperti naik jerawat berjemaah atau sebum overproduce. Setakat yang aku jumpa dekat kedai banyak yang melekit, kecuali The Body Shop yang Youth Drop. Ada yang tak melekit tapi, dia ada buatkan muka rasa tak selesa atau tegang tiba-tiba.



[REVIEW] Aloe Scrub dari Forever Living

Assalamualaikum.

Bagi orang perempuan, rasanya perkataan 'scrub' tak lagi asing, betul tak? Sebab sebahagian daripada skincare routine, penggunaan scrub ni memainkan peranan yang besar walapun bukan pakai setiap hari.

Selain daripada pencuci muka, penyegar (toner) dan pelembab (moisturizer), penggunaan scrub secara mingguan dalam dua ke tiga kali seminggu memainkan peranan penting untuk menyerikan kulit. Yelah, scrub ni fungsinya untuk menanggalkan kulit mati, lagi-lagi kulit kusam. Biasanya tekstur scrub ni kasar atau berbiji-biji.

forever living aloe scrub


Aloe Lips - Pelembap Bibir PALING BEST!

Assalamualaikum

Jarang-jarang nak bercerita pasal barang kecantikan (beauty products) tapi untuk entri kali ni rasanya nak juga kongsi sebab ini produk paling best dan rasanya taknak cari yang lain dah.

Aku tahu ramai orang ada masalah bibir kering. Lagi-lagi orang perempuan kan?
Aku dari zaman sekolah rendah lagi merana. Tiap-tiap hari mesti kena pakai lipbalm. Dan biasalah pakai lipbalm ni nampak macam berkilat sikit. Memang kena cop juga mengada. Haha.
Kalau bulan puasa, siap ada yang tanya takpe ke pakai lipbalm ni.


aloe lips