Carian

Menjahilkan diri depan jodoh yang tak pasti

Assalamualaikum dan hai

Jarang jarang aku nak menulis entri berkaitan dengan benda-benda yang tengah viral ataupun hangat diperkatakan di media sosial.

Bagi yang memahami tajuk entri yang ditulis, tahniah. Bagi yang tidak memahami mungkin boleh cari sendiri di Google untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu yang tengah tular dan masih panas ini. 

Kenapa isu viral kali ini aku tulis sebuah entri?
Sebab aku rasa entri ini sangat relevan untuk kekal lama. Ianya berkaitan mencari jodoh. Lebih tepat bagaimana untuk mencari jodoh.

Selepas hampir 24 jam aku membaca kupasan yang berbeza-beza di pelbagai platform seperti Facebook, Twitter dan Instagram, aku akan kumpulkan secara keseluruhan pandangan dan pendapat aku mengenai isu menjahilkan diri.

Apa isu yang panas sebenarnya?

Isunya bermula dengan sebuah video berdurasi kurang daripada 60 saat dengan tajuk 'Kenapa Wanita Lambat Jodoh?'

Yang buat video pun, pergi letak tajuk bukan main minta kena kecam. Tapi sebenarnya pada aku konten atau isi kandungan video tersebut yang lebih menarik perhatian.

"Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh la? Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana"

PdPR 2.0 : Kali Ini Lebih Bersedia

Assalamualaikum dan hai.

Tengok tak jumlah kes baru dan jumlah kematian akibat Covid-19 yang terbaru? Sangat membimbangkan. Sebenarnya aku tidaklah berharap sangat yang rentas negeri untuk Raya Aidilfitri tempoh hari dibenarkan memandangkan tahun ini sahaja kita dah kena PKP 2.0 dan lebih awal berbanding tahun 2020. Itupun semakin ramai yang mula abaikan SOP. Ramai yang culas dan tak ambil endah lagi. Eee.. geram pula rasa.

Nak kata aku dah boleh agak yang kementerian akan laksanakan PdPR, tak juga. Tapi kalau diperhatikan sejak sekolah dibuka, sepanjang bulan Mac sehingga Mei tempoh hari, berapa banyak sekolah yang dilaporkan ada kes? Hatta sekolah tempat anak aku sendiri ada kes. Merasa jugalah anak aku 'dipontengkan' sebab aku risaukan keadaan dia. Dan merasa juga sekolah terpaksa ditutup sebab kes.

Ketika dapat mesej dalam group yang selepas cuti Raya anak-anak akan menjalani sesi PdPR selama dua minggu, aku tak rasa akan jadi selama dua minggu. Melihatkan keadaan rakyat dan bilangan kes masa tu, aku dah risau nak hantar semula anak ke sekolah tapi pada masa yang sama, aku masih mahukan anak aku ada cikgu untuk mengajar.

pdpr 2.0 pembelajaran dan pengajaran di rumah online distance learning malaysia

Raya CovEid 2021

 Assalamualaikum dan hai

Selamat Hari Raya bagi semua yang membaca blog ini. Aku rasa masih belum terlambat kot nak ucapkan selamat hari raya. Maklumlah kita kat Malaysia memang sambut hari raya Aidilfitri sepanjang 30 hari Syawal. Hehe

Ada yang dah habis Puasa Enam? Aku masih belum mula lagi. Wildan pun dah mula ajak puasa sekali walaupun sebenarnyan puasa Ramadan tempoh hari dia tak cukup 30 hari.

Sebelum mula Ramadan lagi aku dah boleh agak yang tahun ini kita akan beraya sama seperti tahun lepas. Memandangkan jumlah kes dari hari ke hari masih lagi dengan 4 angka. Bila vaksin sudah mula diberikan kepada frontliners dan fasa rakyat biasa sudahpun bermula, bilangan kes baharu setiap hari masih lagi mencecah 4 angka. Herd community untuk mencegah Covid-19 masih belum kuat. 

Walaupun kita semua boleh dikatakan beraya dalam keadaan PKP, tidak boleh ke mana-mana, aku tengok dalam timeline Facebook dan Instagram tidak kurang meriah seperti hari raya sebelum sebelum ini. Maklumlah ini sahaja cara untuk kita berkomunikasi dengan kawan-kawan dan sanak saudara yang ada.

raya covid-19 tahun 2021

Kes Covid di Sekolah Tempat Anak Belajar

 Assalamualaikum dan hai!

Sejak sekolah mula beroperasi, aku rasa kes baru pesakit Covid melibatkan pelajar sekolah semakin meningkat. Dan sebenarnya sekolah yang Wildan pergi juga tidak terkecuali. Maklumlah kami ni duduk di sempadan Selangor dan Kuala Lumpur.

Sebenarnya masa minggu kedua sekolah mula beroperasi, pada bulan Mac 2021, memang sekolah kebangsaan yang berdekatan sudah memaklumkan ada pelajar yang disahkan positif dan pihak sekolah berkenaan sudah mengambil langkah berjaga-jaga serta memaklumkan kepada sekolah-sekolah yang bedekatan.

Ketika kes positif di sekolah tersebut, aku cuma risaukan kalau-kalau pelajar yang dijangkiti Covid tu sekolah agama di sekolah agama tempat Wildan belajar. Namun pihak sekolah agama menafikan dan memang dibutikan bahawa pelajar terbabit tidak berkait dengan sekolah agama. Masa ni, aku cuma ambil langkah berjaga-jaga dengan sediakan wet tissue antibacterial dan hand sanitizer kepada Wildan.

4 Tips Ajar Anak Berpuasa

 Assalamualaikum dan hai!

Ramadan Tiba ~ Ramadan Tiba ~ Marhaban Ya Ramadan.

Alhamdulillah untuk tahun ini kita bertemu lagi dengan Ramadan. Mesti ramai yang memang tak sabar kan? Maklumlah tahun lepas kita Ramadan bersama Covid-19 dan sampai ke hari raya masing-masing buat solat raya di rumah sendiri. Satu pengalaman baru kan? MasyaAllah.

Untuk tahun ini, rezeki kita semua dapatlah merasa bazar. Tahun lepas semua dah sakan masak macam-macam jenis resepi untuk berbuka kan? Tahun ini bazar dibuka semula dan solat terawih juga sudah dibenarkan. Merasalah aura terawih berbanding tahun lepas ya.

Bagi yang baru je jumpa blog ni, tahun lepas disebabkan pandemik Covid-19, rasanya dua pertiga Ramadan kami lalui tanpa anak sulung, Wildan. Kisahnya dia balik kampung beberapa sebelum PKP dimulakan pada bulan Mac 2020 dan akhirnya dia terkandas di sana sehinggalah kami datang ambil dia masa bulan Mei 2020. 

Dan tahun ini, Wildan sudahpun masuk darjah satu (7 tahun). Nak pula sekolah sudah berjalan seperti biasa, tipulah kalau aku tak risau sama ada boleh atau tidak dia berpuasa. Tahun lepas (2020) dia berpuasa dua pertiga Ramadan dengan nenek. Tak ada adiknya yang tak berpuasa. Tahun ini, dengan adik tak puasa, sekolah macam biasa. Fuh, berpeluh maknya berfikir apa cara nak bagi dia tak takut rasa lapar.

Sebenarnya tahun ketiga cubaan mendidik Wildan berpuasa penuh. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi memandangkan Wildan masih kecil tetapi aku cuba galakkan dia untuk berpuasa dan merasakan nikmatnya berpuasa.

ajar anak puasa bulan ramadan

Berbuka Puasa di Kafe Sudirman

 Assalamualaikum dan hai.

Dekat sangat dah kita dengan Ramadan. Tinggal beberapa hari je lagi. Rezeki kita tahun ni, solat terawih dibenarkan, bazar ramadan juga dibenarkan. Gayanya tahun ni raya kita mungkin lebih meriah. 

Korang suka beli barang raya dekat mana? Masa aku kecik dulu, waktu macam ni lah peluang untuk datang KL untuk membeli belah. Aku masih ingat Sogo adalah antara pusat beli belah yang mak akan bawa kami cari baju dan kasut raya. 

Bila masuk KL, kadang-kadang jadi leceh bila nak cari kedai atau tempat dekat mana nak berbuka puasa. Kalau dah membeli belah sampai dekat dekat nak berbuka, mana sempat nak singgah bazar apatah lagi balik rumah. 

Nak senang pergi je mana-mana buffet Ramadan tapi taktahu mana yang sedap?

buffet ramadan sudirman cafe


Dual Language Program Sekolah Kebangsaan

 Assalamualaikum dan hai

Sempena hari terakhir bulan Mac dan sementara tengah cuti sekolah ni, nak updatelah pasal Dual Language Programme yang dilaksnakan oleh sekolah kebangsaan kerajaan. Sebelum anak masuk darjah satu memang tak tahu pun pasal kewujudan Dual Language Programme ni. Nama pendek dia DLP. Aku sebenarnya antara batch awal-awal yang sempat merasa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Ingatkan selepas PPSMI diberhentikan, medium pembelajaran Sains dan Matematik jadi Bahasa Melayu sepenuhnya.

Ingat tak, hari tu ada cerita pasal Modul Transisi untuk anak tahun satu? Selepas habis modul transisi, barulah anak-anak tahun satu ditempatkan ke dalam kelas mengikut tapisan berdasarkan prestasi mereka dalam kelas. Dan ada sekolah yang buat DLP. Bergantung pada sekolah bagaimana mereka memilih pelajar untuk masuk kelas DLP ni. Sekolah tempat Wildan sekolah ni buat ujian bertulis dan ujian membaca untuk tapis pelajar masuk dalam kelas DLP dan mereka hanya buat satu kelas sahaja.

dual language program for stem in malaysia

Hari Pertama Tahun 1 Sesi 2021

 Assalamualaikum dan hai!

Wah, dah seminggu rupanya sekolah untuk anak-anak tahun 1 bermula. Bagi yang memang rajin membaca blog ni, pastinya korang tahukan, anak sulung aku tahun ni (2021) masuk tahun 1. Ayat biasa orang cakap 'rasa macam semalam kecik je'. Tapi itulah hakikatnya. Dari lahir kita jaga dan besarkan, dan kali ini dia akan menghadap realiti sendirian.

Setakat seminggu sekolah ni, tak banyak cerita sangat pun. Tapi boleh lah nak kongsikan dan coretkan sebagai satu memori bersekolah pada musim pandemik Covid-19. Maklumlah, disebabkan pandemik dan PKP, norma kita tidak lagi sama seperti dahulu. Nak masuk sekolah pun SOP bukan main panjang. Kira sesi persekolahan tahun 2021 mungkin menjadi sebahagian sejarah sebagaimana sesi persekolahan 2020 yang menjadi kenangan kita semua.

Jomlah aku kongsikan apa peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku pada minggu pertama persekolahan bagi sesi tahun 2021.

Modul Transisi Tahun 1 2021

 Assalamualaikum dan hai!

Pertama sekali sebelum aku mula menulis, aku nak maklumkan yang aku menulis seratus peratus berdasarkan pengalaman tengok anak sendiri melalui proses PdPr untuk modul transisi. So, ini lebih kepada nak kongsi pengalaman, supaya ibu ibu yang anak mereka masuk Tahun 1 bagi 2022 jelas dengan apa benda modul transisi ni (itu pun kalau 2022 masih ada Modul Transisi ni lah)

Seingat aku, masa aku darjah satu, hari orentasi tu aku jadi sebak sebab mak aku tak tunggu pun depan kelas. Haha. Dia tinggal je aku masuk kelas. Padahal sebelum tu aku dah tadika selama dua tahun. Zaman aku dulu, siapa yang masuk tadika ni kira rare. Bukan semua orang masuk tadika. Malah prasekolah cabang dari sekolah kebangsaan pun tak ada lagi. Zaman sekarang, masuk tadika dah macam wajib. Sejak dari hari pertama sekolahlah aku memulakan perjalanan hidup tanpa ibu ayah, di sekolah je lah.

Sebelum Wildan masuk tahun 1, mak mertua aku (seorang guru besar) dah pesan siap-siap yang nanti akan ada minggu transisi. Aku ingatkan macam minggu orentasi masuk universiti tulah. Maklumlah biasanya masuk sekolah kelas terus berjalan. Memang masa tu ingatkan minggu transisi ni selama seminggu sahaja. Sangkaan aku meleset bila tengok video taklimat sekolah, rupanya minggu transisi ni bukan 7 hari, tapi 42 hari. Haha.

modul transisi tahun 1 2021


Buku Skincare Untuk Semua

 Assalamualaikum dan hai!

Wah, dah lama rupanya aku tak bercerita pasal skincare. Siri #FirstImpression juga sudah lama tak ada update. Maklumlah aku dah lama tak beli produk baru. Yang aku ada semuanya aku ulang beli sebab puas hati. InsyaAllah ada satu product yang aku akan kongsikan sebab betul betul suka dah dengan produk sampai beli 2 botol dan dah nak masuk botol ketiga ni!

Bercakap pasal skincare, aku sebenarnya memang suka bab penjagaan kulit. Aku mula diperkenalkan tentang skincare dari Ummi. Dia lah yang tolong belikan pencuci muka, toner dan pelembap. Sejak aku baligh lagi dia memang dah suruh aku jaga kulit. Sebab apa? Sebab perubahan hormon akan membawa kepada perubahan yang pelbagai termasuklah pada kulit wajah. Tapi aku betul-betul jaga kulit elok elok bila dah habis sekolah menengah. Tapi masa itu, sumber pengetahuan aku adalah daripada majalah. Majalah Rapi yang dikeluarkan dua bulan sekali oleh Karangkraf. Siapa rajin beli tu tahu lah. Haha.

Zaman sekarang dah maju. Maklumat di hujung cari. Buka sahaja Google dan kau akan jumpa beribu capaian. Sampai nak pening dah nak percaya yang mana satu. Haaa, sampai macam tu sekali tau. Aku sendiri pun, sejak dah pandai baca research paper, aku jarang nak bergantung pada artikel di web-web. Tapi aku tahu tak semua orang nak pergi baca research paper. Susah juga sebenarnya nak faham sebab bahasa sangat kompleks dan target pembaca adalah mereka yang dalam bidang kajian, bukan orang biasa macam kita.

Krave Koffee : Kopi Premium Dihantar Di Depan Rumah

 Assalamualaikum dan hai!

Wah, semalam dah keluar berita yang PKP akan bersambung sehingga 18 Februari. Tiba-tiba terngiang-ngiang pula lagu PKP baru tu.

"Dimulakan dengan dua minggu, disudahi dengan berminggu-minggu"

Siapa yang menyanyi secara tak sedar bila baca lirik kat atas tadi. Baik mengaku.

Ok, alang-alang PKP dah sambung, rasanya rata-rata yang kena bekerja dari rumah nampak gaya akan bersambunglah bekerja dari rumah. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi bagi aku hampir setiap pagi aku akan buat satu minuman panas sebagai pemula hari untuk buat kerja. Walapun bekerja dari rumah. (ehem, aku kerja dari rumah dah lama) Kalau setiap hari buat Milo, Nescafe, Coffee 3-in-1 boleh jadi muak juga. Sesekali ada juga nak merasa kopi premium.

krave koffee

Sesi Persekolahan 2021 Tahun 1 : Minggu Pertama

 Assalamualaikum dan hai semua.

Bulan Januari 2021 kali ini lain macam dari biasa. Pertamanya, dengan pandemik Covid-19 yang masih lagi berlegar. Kita semua masih lagi membiasakan diri dengan norma baru. Keduanya, dengan permulaan sesi persekolahan dalam keadaan PKP yang masih berlangsung.

Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi masa masuk awal tahun 2021 aku ada banyak benda yang nak dicapai dalam tahun 2021 sebab banyak yang tergendala kerana keadaan tahun 2020 banyak yang di luar kawalan. Untuk elakkan keadaan kawal aku, aku cuba susun sehabis baik tahun 2021 dengan lebih baik.

Permulaan 2021 tempoh hari, aku banyak hadiri webinar untuk susun strategi kerjaya, kehidupan dan kewangan sebab maklumlah aku makin tua, anak-anak makin besar dan ilmu aku bukannya banyak mana. Belajar tetap kena belajar. Lebih kurang begitulah.

So, untuk tahun 2021, anak sulung aku secara rasminya akan masuk tahun 1. Debar okay! Teringat masa kali pertama hantar dia tadika 5 tahun. Tapi kali ini debaran lain macam sebab ada Covid-19 yang masih lagi berlegar dan meningkatkan jumlah kes setiap hari. Yelah, masuk sekolah baru, mesti nak jumpa kawan baru, seronok nak main, nak berkawan. Tak sama dengan zaman aku masuk sekolah dulu.

sekolah tahun 1 2021

CookiesVibe: Bukan Biskut Biasa

Assalamualaikum dan hai.

Adakah tahun ini kita akan beraya dalam PKP lagi macam tahun 2020? Hanya Allah yang tahu.

Aku rasa bukan aku seorang yang masuk tahun 2021 aku dah bersedia dengan macam-macam perkara untuk teruskan kehidupan. Aku tak pasti sama ada PKP kali ini sebenarnya menghentak atau tidak sebab memang tanda-tanda dah banyak nampak.

Tak apalah, untuk entri kali ini aku bukan nak berceloteh pasal PKP. Aku nak cerita pasal biskut raya. Maklumlah tahun ni raya awal sikit. Tak kisahlah raya dalam PKP ke tidak, biskut raya tetap kena ada kan? Hehe.

Awal tahun baru 2021 hari tu aku ada pergi showroom satu brand biskut tempatan. Dapat berjumpa dengan owner dan berborak sakan sampai lupa masa yang berjalan. Banyak benda yang aku dapat dan terasa nak kongsi dengan korang.

cookiesvibe biskut raya premium

Resolusi Tahun Covid-19 (2020)

Assalamualaikum dan hai.

Rupanya kita semua telah berjaya melalui tahun 2020 jayanya. Alhamdulillah. Masuk 2021 ni semua orang dengan keadaan bersemangat dan lebih bersedia. Harapannya semoga tahun 2021 dapat memberikan kita sinar baru.

Ramaikan antara kita yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia secara tiba-tiba. Mana tidaknya baaaanyak rancangan terpaksa ditunda sebab nak meredakan dulu pandemik yang sedang menggila.

Aku rasa tahun 2020 macam sekejap sangat berlalu. Terasa macam banyak benda yang tak tercapai. Tapi bila aku cuba senaraikan, rupanya baaanyak benda yang berlaku dan banyak kenangan yang tak boleh dilupakan. Siapa kata tahun 2020 macam dilalu angin? Tahun 2020 jugalah tahun yang banyak bagi pengajaran kepada kita semua.

goodbye 2020 end of year resolution