Haaa, ingat lagi tak masa kecil-kecil dulu duduk depan TV, gelak sakan tengok Tom and Jerry kejar-mengejar? Siapa tak kenal dengan kartun yang dah jadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak kita sebagai generasi milenial. Sekarang, AEON MALL bawakan balik nostalgia tu dengan Seloka RAYA eksklusif bertemakan Tom and Jerry – penuh keriangan untuk seisi keluarga!
Tom and Jerry dalam Suasana Raya – Hanya di AEON MALL!
Kalau nak tahu, AEON MALL bawakan pengalaman raya yang lain dari yang lain di 28 lokasi AEON MALL! Dengan dekorasi dan hiasan interaktif bertemakan Tom and Jerry dalam suasana raya yang tradisional tempatan ni bukan saja cantik untuk bergambar, tapi juga buatkan kita rasa macam masuk ke dunia kartun kegemaran kita dulu-dulu. Bukan setakat ibu ayah yang throwback zaman kanak-kanak, anak-anak pun akan turut gembira dengan dekorasi bertema Tom and Jerry ni.
Pelbagai Hadiah Menarik untuk Ditebus
Apa yang lebih menarik lagi, shopping raya kat AEON MALL jadi lagi berbaloi sebab ada pelbagai hadiah menarik untuk ditebus!
- AEON MALL x TRACEY Micro Bag – Beg mikro eksklusif dari bahan lestari ni boleh jadi milik anda dengan perbelanjaan RM1000 (Bukan Ahli) / RM800 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.
- Mug Edisi Khas Tom and Jerry – Koleksi rare ni boleh ditebus dengan perbelanjaan RM680 (Bukan Ahli) / RM580 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.
- Sampul Duit Raya Tom and Jerry – Comel sangat! Boleh dapat dengan perbelanjaan RM280 (Bukan Ahli) / RM180 (Ahli AEON) dalam dua resit gabungan pada hari yang sama.
Haaa, sambil shopping persiapan raya, bolehlah kumpul hadiah-hadiah best ni untuk koleksi kenangan!
Selain daripada ada hadiah-hadiah menarik,buat pertama kali AEON MALL bawakan Perarakan Seloka RAYA di 28 lokasi AEON MALL! Screenshot jadual ni ya. Jangan lepaskan peluang tengok maskot comel Mochi & Orange pakai baju raya, menceriakan suasana dengan vibe raya yang meriah!
Meet & Greet dengan Tom and Jerry!
Eh, jangan lepaskan peluang jumpa dan bergambar dengan Tom and Jerry secara live! Ini memang pengalaman rare untuk anak-anak – dan ibu ayah pun boleh ambil peluang throwback dengan kartun zaman kecil dulu. Jangan lupa screenshot jadual ni, simpan dalam kalendar ya!
Shopping Raya Padu untuk Satu Keluarga!
Haaa, bukan anak-anak je boleh cari baju raya, AEON MALL juga ada pelbagai vendor menarik untuk ibu ayah! Dari busana tradisional, aksesori, kasut sampai kelengkapan rumah – boleh settle semua shopping raya dalam satu tempat. Sambil anak-anak enjoy dekorasi Tom and Jerry, ibu ayah pun boleh shopping dengan tenang.
Jadi, jom bawa keluarga ke AEON MALL dan raikan Seloka RAYA dengan penuh keriangan dan nostalgia! Jangan lupa share momen best anda di media sosial dengan hashtag #AEONMALLSelokaRaya #TomAndJerryRaya #aeonmallmalaysia
Jumpa di AEON MALL dan Selamat Hari Raya!
Tiada ulasan
Komen