Pada 14 Jun 2025 yang lalu, aku berpeluang menghadiri satu bengkel kecantikan dekat Mid Valley Megamall. Memandangkan aku orangnya memang minat benda-benda melibatkan kecantikan, jadi bila dijemput memang terus kata boleh hadir. Nama bengkel Art of Beauty Workshop. Bengkel ini dikelolakan oleh Shiseido, yang dianjurkan oleh AEON Glam Beautique di AEON Mid Valley Megamall. Menariknya bengkel kali ini bukan bengkel biasa-biasa tau. Nak tahu apa yang unik bengkel kali ini? Teruskan membaca.
Rahsia Solekan Nampak Segar dan Cantik
Setibanya di meja pendaftaran, lepas dah selesai tanda kehadiran, aku diarahkan untuk ke satu meja berdekatan untuk pilih tona foundation. Foundation Shiseido ya! Dalam hati memang dah berbunga-bunga membayangkan dapat balik foundation (tidak, kami tidak dibenarkan untuk bawa pulang atas sebab-sebab tertentu). Bagi seorang peminta kecantikan, semestinya solekan juga sebahagian daripada minat aku. Cuma aku lebih berfokus pada penjagaan kulit berbanding solekan. Tapi kalau berpeluang meneroka dunia solekan, apa salahnya kan?
Bengkel ini dikendalikan oleh Mr. Alan, Education Manager dari Shiseido sendiri. Jangan terkejut ya, beliau sebenarnya sudah berusia 40+ tahun dan sudah berada dalam industri kecantikan lebih 20 tahun. Sebelum ini beliau bekerja dengan syarikat kecantikan dari Eropah dan sekarang bersama Shiseido. Dari awal lagi, kami didedahkan dengan betapa pentingnya skin prep sebelum mengenakan sebarang solekan. Ramai antara kita terlalu fokus pada teknik solekan, tetapi lupa bahawa asas sebenar untuk hasil solekan yang cantik adalah kulit yang sihat.
Kami belajar secara langsung tentang langkah-langkah membersihkan solekan dengan betul dan mengelakkan iritasi dan cara mengenal pasti keperluan kulit sebelum mula bersolek. Lebih menarik, bengkel ini berbentuk hands-on, jadi setiap peserta dapat mencuba sendiri teknik dan produk yang disarankan.
Rahsia Penjagaan Kulit Dari Jepun
Selain mendapat ilmu tentang penjagaan kulit, kami juga diperkenalkan dengan sejarah Shiseido. Siapa tak kenal Shiseido? Sebuah jenama kecantikan terkemuka dari Jepun yang sudah lebih 150 tahun dalam industri. Bila dengan nama Shiseido memang terus terbayang produk-produknya. Menariknya, permulaan Shiseido adalah sebuah farmasi dan produk pertama mereka bukanlah produk penjagaan kulit! Mr Alan dedahkan bahawa produk pertama Shiseido adalah ubat gigi. Jauh ya perjalanan mereka dari ubat gigi ke penjagaan kulit.
Kami juga berpeluang mencuba rangkaian penjagaan kulit Shiseido, termasuk produk lagenda mereka yang sangat ringan tetapi melembapkan secara mendalam, iaitu Eudermine Activating Essence. Bukan itu sahaja, kami juga diperkenalkan dengan produk baru : Ultimune Power Infusing Serum. Bayangkan dalam bengkel ni dapat rasa sendiri guna produk-produk Shiseido dan dapat rasakan kemewahannya. Patutlah Shiseido adalah Shiseido.
Sepanjang bengkel, dari proses menanggalkan solekan sehinggalah bersolek semula, kami semua memang diberi peluang untuk menggunakan produk-produk penjagaan kulit Shiseido. Bukan sahaja dapat guna produk penjagaan kulit, Mr Alan juga siap bagi tips dan teknik yang betul untuk menggunakan produk-produk penjagaan kulit supaya kulit dapat benefit daripada produk-produk Shiseido.
Ini pandangan jujur aku.
Semasa bengkel berlangsung, di hujung-hujung bengkel aku rasa produk-produk Shiseido ni agak berat pada aku. Tapi selepas beberapa jam, yang aku kagumi adalah bagaimana produk-produk ini beserta foundation dan solekan terletak elok dan sekali pandang tak nampak seperti bersolek 'try hard'. Sampai rasa ala sayangnya nak tanggalkan solekan.
Apa sebenarnya AEON Glam Beautique?
Bagi yang tak tahu, AEON Glam Beautique merupakan salah satu ruang atau corner baru dalam AEON yang dilancarkan pada Disember 2024 yang lepas. AEON Glam Beautique membawakan produk-produk kecantikan berkualiti tinggi dan mewah dengan harga yang mampu untuk ahli AEON. Buat masa sekarang hanya ada tiga outlet AEON yang ada ruang ini: AEON Mid Valley, AEON Bukit Tinggi dan AEON IOI City Mall.
Boleh baca: AEON Glam Beautique Mid Valley
Kalau nak tahu, bengkel ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada aktiviti istimewa yang dianjurkan oleh AEON Glam Beautique khas buat ahli AEON.
Apa yang menjadikan Glam Beautique unik?
✨ Pilihan jenama yang dikurasi dari jenama tempatan sehinggalah jenama antarabangsa yang eksklusif.
✨ Perkhidmatan peribadi oleh beauty consultant terlatih yang memberikan nasihat khusus mengikut keperluan kulit selepas melakukan skin analysis.
✨ Produk eksklusif & tawaran menarik istimewa untuk ahli AEON yang berkunjung ke sini.
✨ Ruang interaktif untuk mencuba sendiri produk sebelum membeli, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan dan meyakinkan.
Khas untuk ahli AEON memang berbaloi, sepanjang 13 hingga 15 Jun 2025 lalu, mereka yang berbelanja minimum RM350 di Glam Beautique layak menerima baucar tunai RM30! Banyak lagi ganjaran eksklusif menanti untuk ahli yang berdaftar.
Jom Sertai Keluarga AEON & Rasai Sendiri Dunia Kecantikan di Glam Beautique!
Bagi yang memang minta benda-benda berkaitan kecantikan, ataupun baru ingin mula menjaga kulit dengan betul, aku sangat galakkan untuk singgah dan tengok sendiri Glam Beautique di AEON berhampiran. Jangan lupa daftar sebagai ahli AEON untuk nikmati pelbagai kelebihan dan jemputan ke acara eksklusif macam ni.
Sejujurnya rasa sangat bertuah dapat datang bengkel ni, bukan sahaja dapat menimba ilmu, malah dapat memanjakan diri dengan produk dan layanan bertaraf lima bintang.
Nak tahu lebih lanjut tentang Glam Beautique dan acara mereka yang akan datang? Boleh terus layari: https://www.aeonretail.com.my/glam-beautique/
Jumpa di bengkel kecantikan akan datang!
Tiada ulasan
Komen