Carian

Memaparkan catatan dengan label buku skincare. Papar semua catatan

Buku Skincare Untuk Semua

Wah, dah lama rupanya aku tak bercerita pasal skincare. Siri #FirstImpression juga sudah lama tak ada update. Maklumlah aku dah lama tak beli produk baru. Yang aku ada semuanya aku ulang beli sebab puas hati. InsyaAllah ada satu product yang aku akan kongsikan sebab betul betul suka dah dengan produk sampai beli 2 botol dan dah nak masuk botol ketiga ni!

Bercakap pasal skincare, aku sebenarnya memang suka bab penjagaan kulit. Aku mula diperkenalkan tentang skincare dari Ummi. Dia lah yang tolong belikan pencuci muka, toner dan pelembap. Sejak aku masuk umur 12 tahun lagi dia memang dah suruh aku jaga kulit. Sebab apa? Sebab perubahan hormon akan membawa kepada perubahan yang pelbagai termasuklah pada kulit wajah. Tapi aku betul-betul jaga kulit elok elok bila dah habis sekolah menengah. Cuma pada masa itu, sumber pengetahuan aku adalah daripada majalah. Majalah Rapi yang dikeluarkan dua bulan sekali oleh Karangkraf. Siapa rajin beli tu tahu lah.

Zaman sekarang dah maju. Maklumat di hujung cari. Buka sahaja Google dan kau akan jumpa beribu capaian. Sampai nak pening dah nak percaya yang mana satu. Haaa, sampai macam tu sekali maklumat yang ada sekarang. Aku sendiri pun, sejak dah pandai baca research paper, aku jarang nak bergantung pada artikel di web-web. Tapi aku tahu tak semua orang nak pergi baca research paper. Susah juga sebenarnya nak faham sebab bahasa sangat kompleks dan target pembaca adalah mereka yang dalam bidang kajian, bukan orang biasa macam kita.