Assalamualaikum dan hai!
Pertama sekali sebelum aku mula menulis, aku nak maklumkan yang aku menulis seratus peratus berdasarkan pengalaman tengok anak sendiri melalui proses PdPr untuk modul transisi. So, ini lebih kepada nak kongsi pengalaman, supaya ibu ibu yang anak mereka masuk Tahun 1 bagi 2022 jelas dengan apa benda modul transisi ni (itu pun kalau 2022 masih ada Modul Transisi ni lah)
Seingat aku, masa aku darjah satu, hari orentasi tu aku jadi sebak sebab mak aku tak tunggu pun depan kelas. Dia tinggal je aku masuk kelas. Padahal sebelum tu aku dah tadika selama dua tahun. Zaman aku dulu, siapa yang masuk tadika ni kira rare. Bukan semua orang masuk tadika. Malah prasekolah cabang dari sekolah kebangsaan pun tak ada lagi. Zaman sekarang, masuk tadika dah macam wajib. Sejak dari hari pertama sekolahlah aku memulakan perjalanan hidup tanpa ibu ayah, di sekolah je lah.
Sebelum Wildan masuk tahun 1, mak mertua aku (seorang guru besar) dah pesan siap-siap yang nanti akan ada minggu transisi. Aku ingatkan macam minggu orentasi masuk universiti tulah. Maklumlah biasanya masuk sekolah kelas terus berjalan. Memang masa tu ingatkan minggu transisi ni selama seminggu sahaja. Sangkaan aku meleset bila tengok video taklimat sekolah, rupanya minggu transisi ni bukan 7 hari, tapi 42 hari.
Apa sebenarnya Minggu Transisi?
Nak mudah faham, minggu menilai pelajar. Ini bahasa paling mudah yang aku boleh jelaskan. Untuk minggu transisi ni kena beli buku khas, Modul Transisi. Dalam buku ni dah sedia ada latihan-latihan untuk anak-anak buat. Kebanyakkannya latihan yang asas seperti menyurih (tracing), mewarna (coloring), membaca (reading), memerhati (observing), mengira (counting).
Sebenarnya aku dah hilang jejak sekarang hari ke berapa. Yang aku tahu minggu transisi akan habis awal bulan Mac sebab sekolah mula sesi pada 20 Januari, lepastu Februari ada 28 hari sahaja (tak tolak hujung minggu). Kiranya dah dekat penghujung jugalah minggu transisi.
Bagi aku, memandangkan sekarang minggu transisi, aku tidaklah rasa tertekan sangat memandangkan tugasan yang diberikan hanyalah satu subjek. Oh ya, dalam buku Modul Transisi tu memang dah susun ikut minggu dan mata pelajaran. Paling lama anak akan luangkan masa buat pun dalam 2 jam, bergantung pada mood dan kerelaan. Macam Wildan, aku pesan, dah siap kerja Modul Transisi baru boleh benda lain. Maka, dia akan set dalam kepala dia kena siapkan baru boleh pergi buat benda lain seperti main atau tengok TV.
Penting ke Modul Transisi?
Sebagai seorang ibu, bagi aku modul dalam transisi agak bagus memandangkan sekolah perlu tapis dulu pelajar untuk letakkan mereka mengikut tahapan pelajar.
Proses tapisan sebenarnya untuk kebaikan pelajar dan guru juga. Sebab lain budak, lain perkembangan dan lain juga tahapan pengetahuan. Maklumlah masing masing dari tadika yang berbeza dengan pendekatan yang berbeza. Mudah guru-guru nak merangka pembelajaran dan pendekatan bila pelajar diletakkan mengikut tahapan masing-masing. Berbeza dengan dulu, dulu darjah 1 memang main sumbat je dalam kelas. Masuk darjah 2 tu baru dirombak semula mengikut peperiksaan.
Sebenarnya bagus juga bila buat tapisan dari darjah 1. Barulah tak ada yang rasa terlalu ketinggalan ataupun ada rasa kena slow down the pace. Antara kelemahan bila campur adukkan anak-anak yang berlainan tahapan adalah yang sudah tahu terpaksa slow down, dan yang belum tahu terpaksa kejar. Gap yang besar begini agak sukar untuk guru fokus.
Ini aku menulis berdasarkan pengalaman masa aku jadi tutor sukarelawan selama 5 bulan secara mingguan untuk anak-anak tahun 1. Masa tu memang aku dapat anak-anak yang gap sangat besar. Ada yang memang membaca tak tahu, ada pula semua dia tahu. Semput juga aku nak close the gap.
So, itu sahaja yang aku nak kongsikan tentang modul transisi bagi tahun 2021. Dengan adanya modul transisi ni aku harapkan kerja-kerja para guru lebih dipermudahkan. Selain tu, bagus juga kalau diteruskan untuk tahun 2022.
Yang membaca hari ni ada ke anak yang baru masuk tahun 1 tahun 2021 ni? Kalau ada, virtual high five sikit. Kita geng! Hehe
Thank you yang sudi membaca. Harap membantu serba serbi.
Ooo baru tau modul transisi ni. Harap dipermudahkan guru dan pelajar.
BalasPadamLama tu 42 hari. Tapi bagus lah untuk budak2 yang baru nak masuk sekolah.
BalasPadam