Carian

Dual Language Program Sekolah Kebangsaan

 Assalamualaikum dan hai

Sempena hari terakhir bulan Mac dan sementara tengah cuti sekolah ni, nak updatelah pasal Dual Language Programme yang dilaksnakan oleh sekolah kebangsaan kerajaan. Sebelum anak masuk darjah satu memang tak tahu pun pasal kewujudan Dual Language Programme ni. Nama pendek dia DLP. Aku sebenarnya antara batch awal-awal yang sempat merasa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Ingatkan selepas PPSMI diberhentikan, medium pembelajaran Sains dan Matematik jadi Bahasa Melayu sepenuhnya.

Ingat tak, hari tu ada cerita pasal Modul Transisi untuk anak tahun satu? Selepas habis modul transisi, barulah anak-anak tahun satu ditempatkan ke dalam kelas mengikut tapisan berdasarkan prestasi mereka dalam kelas. Dan ada sekolah yang buat DLP. Bergantung pada sekolah bagaimana mereka memilih pelajar untuk masuk kelas DLP ni. Sekolah tempat Wildan sekolah ni buat ujian bertulis dan ujian membaca untuk tapis pelajar masuk dalam kelas DLP dan mereka hanya buat satu kelas sahaja.

dual language program for stem in malaysia


Kenapa ada DLP?

Memandangkan aku banyak dedahkan subjek subjek STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) kepada Wildan dalam Bahasa Inggeris dan aku pun lebih selesa menjelaskan benda-benda berkaitan matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, aku memang lebih prefer Wildan masuk DLP.

Ujian DLP dibuat sebelum sekolah dibuka dalam tempoh Modul Transisi berjalan. Tak silap aku dalam pertengahan bulan Februari. Cikgu memang dah bagitahu ibu bapa dalam group Whatsapp, bagi yang berminat kena submit kerja pada tarikh yang ditetapkan.

Aku tahu pasal DLP ni pun sebab mak mertua aku adalah seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah kluster di Terengganu. So, masa Wildan dah dapat tempat sekolah kebangsaan, dia yang tanya sama ada sekolah itu ada buat atau tidak DLP. Kalau dia tak tanya, memang aku tak tanya sekolah lah pasal DLP ni.

Sebelum sekolah bermula, mak mertua memang dah pesan, untuk ikut serta DLP, pelajar kena bagi komitmen duduk dalam DLP bermula Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Seeloknya, sebaiknya jangan kecundang atau tarik diri di mana-mana peringkat. So, aku mula macam berfikir juga boleh ke tak Wildan ni. Tapi melihatkan dia lagi seronok baca buku dalam Bahasa Inggeris, walaupun buku tu bercerita pasal sains dan benda yang kompleks, aku rasa insyaAllah dia akan survive lah untuk selama sampai tingkatan 5 tu nanti.

Ujian Dual Language Programme

Memandangkan DLP ni seperti kelas terpilih, pihak sekolah buat ujian secara lisan (membaca teks) dan juga ujian bertulis. 

Untuk ujian teks, pihak sekolah bagi dua teks. Satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam bahasa Melayu. Kami, ibu bapa, perlu rekod anak membaca teks tersebut dan hantarkan kepada guru. Tempoh masa untuk siapkan diberi masa 48 jam sahaja. Siapa hantar lambat, dikira tidak ikut serta dalam ujian.

Lepas ujian baca teks, pihak sekolah akan tapis dan hubungi mereka yang layak untuk ujian yang kedua, iaitu ujian bertulis. Untuk ujian bertulis pula, pihak sekolah bagi 6 mukasurat latihan dalam bahasa Inggeris. Untuk ujian bertulis ni, ibu ayah diharapkan tidak membantu anak semasa menjawab. Hasil jawab ujian ni ibu ayah kena ambil gambar atau scan dan hantarkan kepada guru berkenaan.

Aku pula, memang dari start sesi PdPr (20 Januari 2021), kebanyakkan kerja sekolah Wildan aku serah dia buat sendiri. Mana yang perlukan bantuan macam buat buku skrap, baru tolong. So, lepas print, memang bagi Wildan suruh dia siapkan. Aku memang tak check jawapan pun. Hantar terus kepada guru.

Keputusan Kelayakan DLP

Keputusan kelayakan adalah dengan penyerahan surat. Wildan ada dapat surat ni pada 22 Mac. Tapi, dia balik sekolah dia tak cakap pun pasal surat. Nasib baik aku buka beg dia sebab nak keluarkan buku nampak surat tu. Aiyoo anak seorang ni. Hari terakhir nak kena hantar suratlah dia tanya sebab cikgu dia tanya. Maknya dah hantar surat balas sendiri ke pejabat dah sebenarnya.

Pihak sekolah bagi surat makluman dan juga surat balas. Surat balas tu ibu ayah kena pilih sama ada membenarkan atau tidak anak untuk ikut serta dengan Dual Language Programme. Dan dalam surat balas juga tertera dengan jelas yang anak akan duduk dalam DLP sehingga mereka tamat darjah 6 dan akan dibawa ke peringkat sekolah menengah.

dual language programme


Kelebihan DLP

Ada apa-apa keblebihan ke belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? 

Belajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah satu kelebihan yang besar. Dan bukan juga ruang untuk memperkasakan bahasa Inggeris. 

Sebagai pelajar PPSMI, bagi aku, belajar Sains dan Matematik perlulah dalam medium yang boleh difahami dengan mudah. Kalau dalam bahasa Inggeris susah, sudahnya ilmu yang nak disampaikan tak sampai.

Secara peribadi, aku pilih untuk Wildan masuk DLP adalah sebab keupayaan Wildan sendiri. Wildan suka tengok benda-benda pasal Matematik dan Sains. Dia tengok rancangan di Netflix, baca komik menceritakan tentang Sains dan semuanya dalam medium Bahasa Inggeris. Aku sendiri memang dari Wildan kecik banyak bercerita tentang Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kiranya, bagi kami, medium bahasa Inggeris adalah lebih mudah.

Bagi sesetengah orang, medium bahasa Melayu adalah lebih mudah. So tak salah pun jika tak belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Yang penting konsep asas Matematik dan Sains tadi anak-anak dapat fahami dengan jelas. Nanti bahagian bahasa boleh diperkasakan dengan pengalaman dan adaptasi bahasa.

Sebenarnya pendekatan buat DLP adalah satu usaha yang bagus untuk acknowledge anak-anak yang berkapasiti untuk belajar subjek STEM dalam bahasa Inggeris tetapi dia juga bukan juga satu benda untuk 'downgrade' mereka yang belajar dalam bahasa Melayu. Maklumlah, zaman sekarang bahasa Inggeris memang dah menjadi bahasa kedua dalam kehidupan seharian sesetengah orang. Barang diingat, bahasa bukan satu parameter untuk mengukur kebijaksanaan seseorang. Ingat tu ya!

dual language programme malaysia

Ini pandangan aku secara peribadi.


Kalau korang, korang nak masukkan anak-anak DLP ke tidak?
Kalau ya kenapa?
Komen sikit pandangan korang.


Terima kasih sudi membaca.

Tiada ulasan

Komen