Carian

7 Idea Untuk Berborak dengan Pasangan

Tarikh 17 Ogos 2018, genap usia perkahwinan kami yang ke-5. Dalam sepanjang 5 tahun berkahwin ni, banyak benda baru yang kami belajar, banyak hati budi yang baru dikenalpasti. 5 tahun ni baru satu perlima dari umur kitorang. Jauh lagi perjalanan dalam dunia rumahtangga ni. Sekarang ni pun dah anak dua. Yang ketiga lambat lagi jangan tanya bila. Sempena ulangtahun perkahwinan yang kelima, aku nak kongsikan sikit pasal topik-topik yang menarik untuk pasangan suami isteri borak. Sebab pada aku, pasangan kita adalah kawan baik kita dunia dan akhirat, insyaAllah. Nama pun best friend, mesti ada sesi pillow talk kan?

"A key to a good marriage is communication"

Pernah dengan frasa ni?
Pada aku secara keseluruhannya, apa jenis hubungan sekalipun memerlukan komunikasi yang baik dan telus.
Hubungan anak dengan mak ayah.
Hubungan dengan kawan-kawan.
Hubungan antara majikan dan pekerja.
Semua jenis hubungan dari yang bukan professional sampailah yang tahap professional.
 


'Check' dulu anak sebelum hantar tadika

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni, ramai je yang dah mula hantar anak ke tadika masa umur 4 tahun. Dari tahun lepas (2017) memang ada berkira nak hantar Wildan tadika tahun ni (2018), tapi.... sebab rasa umur 4 tahun macam terlalu membebankan, kami decide untuk tak hantar dan slowly homeschool. Ummi Abah nya dulu pun masuk tadika umur 5 tahun. Lagipun nak bagi dia hidup riang ria sampai puas.

Dan, tahun ni Allah bagi rezeki Wildan join satu playschool ni. It's a fun school for kids! Kalau ada rezeki, maybe nak hantar tadika situ je. Sebab dia tak banyak nak kena duduk dan belajar. Dia banyak ajar budak untuk explore dan main sambil belajar. Cikgu dia rajin share development apa yang kita sebagai mak ayah perhatikan sebelum nak suruh anak belajar. Best!

checklist before kindergarten

4 Ilmu dari bermain batu seremban

Agak-agak ramai tidak, yang masih kenal dengan permainan tradisional batu seremban?

Batu seremban adalah antara permainan tradisional yang paling seronok dimain oleh anak-anak terutamanya anak perempuan. Sambil bermain, dapat kawan baru, dapat kemahiran baru. Tapi sekarang macam susah nak tengok generasi alpha ni main permainan tradisional ni, betul tak?

Generasi 90-an dan ke atas mesti merasai pengalaman bermain batu seremban ni. Malah dulu ni, siap berlumba siapa paling hebat! Kalau timbang lima dan dapat tangkap lima biji memang kira power.

batu seremban


5 Perkara Penting dalam Perancangan Keluarga

Masa bulan Ramadan lepas (2018), aku ada tengok rancangan Raudhah Mawaddah yang membincangkan topik tentang perancangan keluarga. Ally Iskandar sebagai moderator bersama Dr Harlina dan Ustaz Don. Memang seronok dengar perbincangan pasal family planning ni. Lagi-lagi bila dikupas bersama doktor pakar dan ustaz.

Bila bercakap pasal perancangan keluarga atau family planning, sesetengah kelompok masyarakat terus ada mindset begini

"Tolak rezeki Allah la tu"

"Buat apa kahwin tak nak anak?"

Perasan tak, orang kita sibuk nak anak ramai tapi selalu lupa kebajikan anak-anak serta pasangan dalam sepanjang berkeluarga. Lagi parah, sibuk berlumba anak siapa paling ramai tanpa pedulikan perkembangan mental ahli keluarga yang sihat. Aduh.

family planning perancangan keluarga
Credit gambar: Google

Wildan's recovery - avoiding scar

Assalamualaikum.

Hampir sebulan dah selepas kejadian Wildan jatuh tangga sampai berkejar ke hospital. Memang masa nampak luka kat dahi dia, mahu gugur juga jantungg sebab darah banyak. Tapi, masa tu Abah Wildan dah pegang dan dah basuhkan, kita mak duduk tenang dulu sambil layan adiknya.

Adatlah budak lelaki nak bermain. Lasak tu tak payah nak ceritalah. Kalau orang nampak Wildan lasak, orang ramai tak tahu adik dia laaaagi lasak. Tapi adiknya, Mukhlis depan orang sopan je. Pemalu sikit.

So apa yang sebenarnya berlaku sampai boleh luka dan dapat jahit si Wildan ni?

Wildan's recovery - avoiding scar

Kisahnya begini, hari tu Syawal yang kedua. Kami sekeluarga bersama satu lagi keluarga saudara pergi beraya di Padang Piol, melawat nenek saudara mak mertua. Memang hari tu destinasi paling jauh satu tu sahaja.

Sampai sana pun dalam pukul 4 petang lebih kurang. Biasalah bila dah berkumpul, kita berborak sambil jamah kuih muih yang ada. Nak pula TV tayang cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham. Ramailah ter'gam' depan TV.

Wildan dan beberapa budak kecik bawah 4 tahun mana nak duduk tengok cerita orang dewasanya. Maka mereka ni bermain sesama mereka. Asalnya, Wildan duduk bermain dengan makcik saudara dia (sebaya) dengan Mukhlis. Tiba-tiba Wildan entah bila pergi ke ruang legar dekat pintu masuk rumah, tempat tak ada orang tengok dia. Hurmm.

Tak lama lepas tu, dengar dia menangis. Adik ipar dah jerit "Along, darah banyak".

Tak ada saksi sebab orang tengok dia bila dia dah nangis. Macam mana semuanya berlaku hanya Wildan yang tahu.

Abah Wildan terus pergi ambil Wildan dan basuh darah dia. Bila dengar tuan rumah suggest pergi hospital, Umminya bingkas bangun dan pergi tengok Wildan sendiri. Darah memang banyak, bertakung pulak atas kening dia yang tebal. Masa tu, serius confuse luka dia kat mana. Ingatkan dua tempat luka.

Nampak macam kecik je luka, tapi darah yang keluar banyak. Itu yang terus bawa dia pergi klinik.

Hajatnya nak ke klinik, tapi, sudahnya bawa ke hospital sebab semua klinik tutup. Berayalah 3 jam di hospital sebab Wildan dalam green zone. Dapatlah kenangan dahi jahit tiga jarum.

Satu fakta baru, hatta nak jahit sikit ni pun parents kena sign consent rupanya! Bagus juga procedure macam tu.

Accident Day Wildan
Nampak kecik je kan?

Accident Deep Cut
Nah, close up. Maaf pada yang mabuk darah. Lukanya dalam.

Lepas dah jahit semua, Wildan punya lasak sama je. Haha. Orang lain tengok dia yang seriau sebab tengok jahitan dia memang scary. Dia pula maintain energy yang sama. Cuma, dia sensitif kalau pegang dahi. Pegang sikit confirm akan marah dan menangis.



Wildan's injury day 4

21 Jun (5 hari lepas kejadian), kami bawa dia pergi buka jaiht dekat klinik kawasan rumah. Drama dia kat klinik toksah cerita. Nak masuk klinik tu pun tak nak asalnya. Dahlah pergi klinik beramai-ramai dengan mak mertua, adik ipar dua orang sekali dengan Mukhlis.

Bila nampak nombor giliran Wildan, terus cakap kat dia nak jumpa doktor. Terus dia jerit "Tak nak! Tak nak doktor korek"

Berulang jugalah cakap baik-baik yang doktor nak tengok, nak tolong check dan bagi ubat bagi tak sakit. Budak kalau dah tak nak, memang jerit sampai nak terkeluar anak tekak.

Masa nak buka jahit dia, sampai tiga orang pegangkan dia. Jangan main-main dengan kekuatan budak kecik bila dia meronta. Sambil pegang dia, sambil pujuk dan bacakan basmallah untuk dia.

Dah siap semua, menangislah Wildan sampai keluar bilik doktor. Habis satu klinik tengok dia. Bila dia perasan semua orang tengok dia, barulah dia senyap.

Doktor memang ada bagi ubat sapu, tapi doktor kata itu ubat antibiotik untuk luka tu. So, kami decide nanti bila dah kering sikit nak guna aloe vera gelly sahaja. Alhamdulillah aloe vera serba serbi membantu process pemulihan luka dan kurangkan parut.

Masuk hari ketiga macam tu, kami start sapu aloe vera. Itupun tak senang sebab Wildan masih dalam mode 'jangan sentuh dahi'. Kena curi-curi letak masa dia tidur.



Wildan's injury day 10
 26 June (6 hari selepas jahit dibuka)

10 hari selepas buka jahit
30 June (10 hari selepas jahitan dibuka)
20 hari selepas kemalangan
5 July (15 hari selepas jahitan dibuka)
Ada banyak faktor membantu proses pemulihan Wildan.

1. Usia yang muda. Besar ni kuat makan, nak pula suka makan protein; ayam, telur. Protein banyak membantu dari segi cell recovery process.

2. Tindakan yang cepat. Kalau ikutkan maybe ada yang kata tak perlu jahit (?) tapi sebab lukanya dalam, takut terkena infection dan kalau dibiarkan parut akan nampak lebih teruk.

3. Ikhtiar dengan ilmu. Aloe Vera Gelly ni memang kitorang satu family dah pakai lama. Dari asalnya nak buat hilang gatal nyamuk, ubat kecut jerawat, ubat hilang sunburn, kalau terkena air panas dan sampailah sekarang ikhtiar untuk proses baik pulih luka.

Aloe Vera Gelly ni boleh je nak dapatkan dari Watson ke Guardian ke tapi kitorang setia guna Forever Living punya sebab ingredient dia yang pertama sekali Aloe Vera: high concentration. Dan, berdasarkan pengalaman pun memang selesa lagi yang ini.

Alhamdulillah, recovery process Wildan sangat baik. Sekarang pun dia tak takut dah nak letak aloe vera gelly ni. Kalau tanya pasal dahi pun, dia jawab "Wildan okay" dengan gaya cool. Haha.

Begitulah kisahnya hero seorang ni.

Thanks sudi baca!



Jurnal Ramadan [+ FREE Printable]

Assalamualaikum.

Tamatlah sudah musim PRU14 untuk tahun 2018. Berjumpa lagi kita 5 tahun akan datang. Sudah-sudahlah bercerita pasal politik. Kita masuk bab baru pula.

InsyaAllah bulan Ramadan akan mula minggu depan. Doakan kita semua berkesempatan bertemu Ramadan dan diberikan ruang dan keupayaan untuk memanfaatkan bulan Ramadan tahun ini.  Siapa yang belum ganti puasa, cepat habiskan. Yang belum bayar fidyah, bayar jangan tak bayar.

Tahun ini tahun keempat Ramadan sebagai seorang ibu. Dah empat tahun rupanya jadi mak orang. Masih susah nak percaya. Haha. Dahlah tahun ini Ramadan dengan dua hero cilik yang aktif lagi kreatif. Tahun lepas Mukhlis merangkak dan baru start solid, tahun ini dia join Wildan bersama-sama menjadi kreatif di dalam rumah.

Azam tahun ini, bulan Ramadan nak all out. Sebab tahun lepas rasa Ramadan lemau. Dan tahun ni nak cuba buat Jurnal Ramadan atau Ramadan Journal.

Teruskan membaca untuk dapatkan free printable ni.

ramadan journal



Buku Ummi Profazz

Assalamualaikum

InsyaAllah ini entri kedua untuk #bookreview buku parenting.
Entri pertama kita bercerita pasal buku Now You Are A Mother, yang menggunakan bahasa Inggeris dan bukan buku tempatan.
Boleh refer pada klik kat bawah ni untuk baca review dan tengok rupa buku.

#BOOKREVIEW : Now You Are A Mother

So, untuk review kali ini, kita review tiga buku sekaligus sebab tiga-tiga buku ini ditulis oleh orang yang sama. Pada dasarnya intipati dan mesej yang disampaikan dalam tiga-tiga buku ni sama.



Cadangan YouTube untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum

Siapa tak suka tengok YouTube?
Haaaa. Kat YouTube lah bermacam jenis video boleh jumpa. Dari program pendidikan sampailah kisah gossip yang macam-macam.

Rasanya untuk generasi alpha, YouTube bukanlah sesuatu yang asing. Melalui YouTubelah diorang tengok cartoon, lagu dan banyak lah lagi.

Wildan pun sama juga, ada masa nak juga tengok YouTube. Dan, dia pernah ketagih kejap. Huhu. Masa tu layan Upin Ipin dan Boboiboy banyak. Dia jadi pantang tengok telefon, mesti minta je kerja. Masa ni terasa dia ketagihkan gadget dan kena buat sesuatu. Maka bermulalah misi kurangkan gadget.

Erti sebuah perkahwinan muda

Assalamualaikum.

Hujung tahun 2017 ada pergi jalan-jalan dengan mertua sambil menghantar adik ipar ke asrama. Tengah berjalan dalam shopping mall tu, terjumpa dengan penjual buku pendidikan kanak-kanak. Sembang punya sembang pasal pakej dan produk, dia tanya pasal kerja. Memang jawab housewife. Terus dia tanya lagi, dulu pernah kerja ke? Jawablah memang tak sempat merasa kerja sebab kahwin awal masa belajar dan decide untuk jaga anak sebelum betul-betul kerja.

Wildan Potty Train Journey

Assalamualaikum.

InsyaAllah tahun ni Wildan mencecah 4 tahun.
Tahun ni adalah tahun intensive preparation untuk tadika next year.

Kami dah pakat nak hantar Wildan tadika umur 5 tahun atas banyak faktor. Salah satu faktornya nak homeschool dan prepare Wildan betul-betul untuk tadika. Kebanyakkan nak prepare dari segi life skill.

Sejak Wildan umur 2 tahun lagi dah berfikir-fikir pasal tadika ni. Siap cari playschool untuk dia. Cumanya kat Malaysia playschool banyak diusahakan oleh parents sendiri (buat playdate, berkumpul di rumah) dan bukan pusat-pusat tadika. Kalau ada pun, mostly aku tengok dah macam sekolah sebab pagi sampai tengahari dan macam pack jadualnya. Aku nak cari yang masa cuma satu jam lebih dan ada penglibatan ibu bapa, sebab itu maksud playschool. (Ini nanti ulas kat entri lain)

5 Tip Memasak Dengan Anak

Siapa yang follow Facebook dan Instagram, mesti selalu nampak story update Wildan memasak. Kalau nak tahu, Wildan memang minat memasak. Dari kecik lagi perasan. Bila dah masuk tiga tahun sangat-sangat ketara minat dia sebab dia akan lakon semula cara memasak yang dia tengok di TV dan dia mesti nak cuba masak sekali. Sebenarnya dalam entri kali ini nak shara sedikit tips memasak dengan anak-anak terutama masa anak-anak kecil. Jemput baca.

tip memasak dengan anak

Short Cervix atau Pangkal Rahim Pendek

Masuk tahun 2018 ni, tergerak hati nak menulis pasal short cervix atau dalam bahasa melayunya pangkal rahim pendek. Ini cerita pengalaman sepanjang mengandungkan #themursyidbros. Masa mengandungkan diorang dulu tiga bulan terakhir (trimester ketiga) dipaksakan untuk tidak bergerak banyak (bedridden) sebab masalah ni.

my pregnancy story, short cervix, fullterm babies
Yang mana abang, yang mana adik?

One Night Trip: Genting Getaway

8 Disember yang lepas, kitorang sekeluarga pergi Genting Highland bersama dengan Ummi, Baba dan adik-adik yang lain. Itupun sebenarnya last minute punya rancangan, selepas bincang punya bincang punya berhari-hari. Hari Rabu baru book hotel dan survey tempat untuk jalan-jalan. Nak datang Genting hari Jumaat tu. Kitorang buat One Night Trip ke Genting Highland. So, bagi yang nak short escape bolehlah teruskan membaca dan cari idea apa nak buat kat Genting selain shopping kat Genting Highland Premium Outlet.

Penginapan di Genting Highland

Kitorang duduk Hotel Seri Malaysia. Kedudukan hotel ni dekat bulatan Goh Tong, 5 minit sebelum sampai GPO. Dikelilingi deretan rumah kedai. Hotel ni sebenarnya bukan directly under cawangan Seri Malaysia. So, rate harga bilik agak berbeza dengan standard rate Seri Malaysia.

Untuk buat tempat rehat lepas penat berjalan, kira okay dah untuk semalaman. Dalam bilik ada kipas. Biasa hotel ada aircond je. Dan memandangkan kat Goh Tong pun sejuk, kitorang pakai kipas je tidur malam. Itupun sejuk! Breakfast memang complimentary per room. Sedap-sedap juga makanan yang disediakan! Berpinggan-pinggan makan.

DAY ONE

Kitorang start trip kali ini pagi dari rumah. Rancangnya jam 10 pagi dah gerak dari Cheras, tapi biasalah... ada hick up sikit. Akhirnya, mula bergerak jam 11 pagi jugak. Cheras ke Genting cuma sekitar setengah jam ke sejam. Ini jugalah antara sebab kenapa kami nak buat one night trip.

Jam 12.30 tengahari dah makan tengahari kat Genting Sempah. Genting Sempah sebenarnya dah ke atas sikit daripada exit nak  masuk ke Genting Highland. Bila memikirkan takut-takut tak ada kedai makan dekat dengan hotel, kitorang berhenti kat Genting Sempah untuk makan. Lagipun dari Genting Sempah ada laluan masuk ke Genting Highland yang makan masa dalam 15 minit lebih kurang.

Memandangkan kitorang buat trip hari Jumaat, usai makan terus pergi Masjid Yayasan Noah, atas sikit dari hotel. Masjid ni dekat Genting Premium Outlet je. Dekat sangat! Selesai solat terus check in bilik dan dah rehat sekejap.

Genting Highland, Masjid Yayasan Noah, Tempat Solat


Sambung balik berjalan sekitar pukul 4 petang, untuk naik gondola. Yeay! Sebelum tu, pergi masjid dulu untuk solat Asar. Memandangakan Cheras ke Genting cuma dalam 60 km, tak sampai 2 marhalah, maka kami tak boleh Jama' Qasar solat. Untung juga dapat solat kat Masjid kat Genting ni.

Selesai solat terus pergi Awana Skyway. Bangunan Awana Skyway bersebelahan dengan Genting Premium Outlet dan bersambung dengan bangunan Genting Premium Outlet. Untuk parking kereta pun kena dalam Genting Premium Outlet. Kalau tak nak parking berbayar, parking kat luar bangunan, tapi atas risiko sendiri sebab parking di luar tidak ada jaga.

Tiket naik gondola RM8 seorang dan untuk budak-budak yang tinggi 90 cm ke atas kena beli tiket dengan harga yang sama. Ketinggian Wildan adalah dalam 3-5 cm lebih dari penanda 90cm. Nak selamat, kami beli je tiket. Oh ya, tiket dia one-way. Nak turun belilah return ticket, berjumlah RM16.

Satu gondola boleh masuk 10 orang. Kitorang ada 7 orang dewasa, campur Wildan kira 8 orang. Diorang pun taklah strict sangat sampai wajibkan 10 orang juga baru boleh naik. Kitorang memang masa beratur, bila sampai depan gondola tu kumpul ramai-ramai terus dalam satu kelompok tak berpisah. Biar nampak yang kami ni satu kumpulan. Dapatlah satu gondola tu kitorang sekeluarga. Seronok lah naik sebab tak ada orang asing. Awana Skyway gondola ada satu pit stop kat Chin Swee Temple. Kitorang tak turun pun sebab tarikan utama kat situ temple dia dan tujuan kami naik adalah nak naik ke Genting Highland.

Gondola Genting Highland
Nampak tak kitaorang conquer satu gondola? 

Oh ya, sepanjang jalan nak naik tu, cuaca dingin-dingin. Dan paling menyeramkan adalah kabus sampai tak nampak gondola depan atau belakang. Tebal tak tebal kabus yang ada di atas sana. Siapa tak tahan sejuk pastikan bawa sweater.

Sampai sahaja kat puncak, kitorang cari First World Plaza sebab dalam google kata banyak benda menarik, antaranya Snow World, Ice Age Adventure, Theme Park. Tapi.... Sejam kami mencari, bila dah jumpa, tempatnya tutup sebab ada pembinaan yang sedang berlaku. Pasrah juga sebab penat berjalan keliling Sky Avenue ikut papn tanda menuju ke First World Plaza.

Dah tak ada hala tuju, kitorang pun pergi balik tempat gondola. Dari First World Plaza tu naik je lift. Sebelum tu, turun bertingkat-tingkat dengan escalator sebab ikut signboard punya pasal. Tak jauh mana pun lift First World Plaza dengan Awana Skyway.

Sampai je bawah kat Genting Premium Outlet, solat Maghrib dan makan! Ehem, makan dekat kawasan Genting Premium Outlet ni ada-ada sikit sebab harganya berbeza sikit dengan dekat tempat biasa. Kalau ada bajet besar untuk makan di sini, silakan. Kalau tak ada, fikirkanlah tentang bekal makanan. Sudah makan, kitorang balik bilik terus. Malam bukan ada apa sangat nak buat. Lagipun bawa anak-anak kecil ni, tak berapa selesa keluar malam.

DAY TWO

Hari kedua ni juga hari terakhir kat Genting Highland. Dah nama pun one night trip. Pagi macam biasa, pergi breakfast kat restoran hotel. Complimentary dengan bilik. Budak-budak memang dapat makan free.

Rancangan pagi tu adalah pergi melawat Strawberry Farm. Diorang bukak pukul 9 pagi. Strawberry Farm ni dekat sangat dengan Hotel Seri Malaysia. Jalan kaki dalam 5-10 minit dah sampai. Tapi kitorang semua pergi dengan kereta juga. Masing-masing malas nak berjalan.

Dalam lift kat Seri Malaysia, ada terpapar pamplet pasal farm ni, dan katanya masuk adalah PERCUMA. Bila kitorang pergi sana, rupanya kena bayar seorang RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Info yang ada pada lift tu tak pernah ditukar agaknya. Hampa juga bila tahu kena bayar tapi sebab nak juga masuk, bayar jelah.

Strawberry Farm Genting Highland
Smart boh!

Sayangnya waktu kami datang kebanyakan buah strawberry belum masak. Sudahnya tengok jelah tanaman dengan buah strawberry yang sebutir dua. Ada je yang merah tapi sangat sikit. Still, we enjoyed the trip. Diorang ada offer free photography. Nanti dekat deretan kedai ada satu kedai gambar kita boleh pilih nak print yang mana. Masa nak print sudah semestinya kena bayar. Kitorang layankan juga photographer tu, tapi sudahnya print sekeping je sebab masing-masing tak bawa duit tunai dalam tangan sebab tak rancang nak membeli sangat.

Strawberry Farm Genting Highland
Credit to Atirah's iphone!

Strawberry Farm Genting Highland
Masuk-masuk entrance ada ni. The only area yang FREE.

Rupanya dalam farm tu bukan setakat ada tanaman strawberry sahaja. Ada juga Lavender Farm, Flower Farm, Windmill Spot. Banyaklah benda yang boleh ditengok. Mula-mula kitorang bajet masa sejam sahaja duduk dalam farm tu. Alih-alih dekat dua jam kitorang dalam tu. Itupun sebenarnya tak menikmati Flower Farm sebab dah mula kejar masa. 

Lavender Farm dalam Strawberry Farm
Lavender's Farm

Lavender Farm dalam Strawberry Farm
Model tak berbayar, ginilah pose nya...

Windmill Spot dalam Strawberry Farm
Berkejar nak balik, tapi sempat snap dua tiga gambar.

Lepas check out, kitorang terus pergi Genting Premium Outlet. Memang plan pusing Genting Premium Outlet pada hari kedua sebab hari pertama dah khaskan masa untuk naik gondola sahaja. Memang sakanlah pusing Genting Premium Outlet. Kedai pun semua tayang papan SALE berlambak-lambak.

Kitorang tak bawak stroller sebab rasa carrier cukup dah untuk dukung Mukhlis. Lagipun Mukhlis dah dapat kaki dan dia lebih suka nak jalan-jalan.

Yang tak menahan pula, tengah jalan-jalan pusing Genting Premium Outlet, Wildan nampak pula trolley kereta tu! Dia memang pantang nampak trolley kereta. Boleh jadi tantrum, merajuk tak nak jalan, tak nak cakap, buat muncung sampai balik, lembikkan badanlah. Macam-macamlah. Memandangkan kitorang semua pun penat dukung Mukhlis, ambil kereta ni kira okay juga. Mukhlis pun suka sangat bila dapat main stereng kereta tu. Shopping pun banyak barang kan, bolehlah tumpang bakul kat belakang trolley tu.

Untuk trolley kereta ni, single seat sewa RM30 dengan deposit RM100. Untuk double seat yang kitorang ambil ni RM50 dengan deposit RM200.

Car Trolley di Genting Premium outlet
Hasil rayuan, dapatlah double seat kereta ni.


Itulah dia cerita untuk One Night Trip ke Genting. Actually ada lagi benda lain selain Strawberry Farm dan Genting Premium Outlet, cuma kekangan masa dan kitorang tak tahu apa yang ada kat sana.

Apa lagi yang menarik kat Genting?


1. Orchid Farm.

Antara Hotel Seri Malaysia dan GPO. Bila turun dari GPO, dekat sebelah kiri akan nampak ada signboard Orchid Farm. Nak masuk of course, perlunya fulus.

2. Bee and Insects Farm

Ini terletak bawah sikit. Bila nak turun KL baru nampak. Actually dalam strawberry farm ada je jual product dan overview pasal farm ni, cuma kalau nak tengok juga sarang lebah, better pergi sini. Dan, of course entrance kena bayar.

3. Mini Cameroon

Lebih kepada pasar, tapi akan ada fefeeling macam kat Cameroon Highland sikit. Ini tak ada bayaran tapi nak beli barang haruslah ada duitnya.

In case nak buat trip ke Genting, ini antara tempat yang korang boleh consider untuk pergilah. Kalau jenis suka pemandangan, nature bolehlah pergi farm-farm yang ada. Kalau nak rasa berbaloi, cadangannya Strawberry Farm sebab ada sekali pakej ladang-ladang lain.

Apa yang stress duduk rumah?

Assalamualaikum.

Mei yang lepas, sebelum masuk Ramadan, attended pelancaran Suri Rumah Rahmah (SRR). Basically, ini adalah persatuan suri-suri rumah lah. Siapa lagi yang nak meraikan kami suri-suri rumah melainkan mereka yang memahami?

Masuk Syawal, antara soalan yang aku cuba tak nak dengar ialah "Kerja apa sekarang?"
Soalan itu normal. Apa yang tak seronok ialah reaction. Bila jawab housewife, of course bermacam jenis reaction yang aku jumpa. Reaction yang positif mahupun negatif. Not that I'm offended but I'm trying to be positive here, people. I've bad perception before and trying to change.

Masa pelancaran SRR, I'm not alone. Almost semua suri rumah struggle benda yang sama. Most housewives adalah graduate (degree/master/phd) housewives.

NOW YOU ARE A MOTHER

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog. Actually this year banyak yang sedang berlaku yang membuatkan proses menulis blog sentiasa terbantut. InsyaAllah sebelum habis tahun 2017 nak keep up balik momentum menulis blog.

Post kali ini sebenarnya bukan post baru, just another post dari Facebook. Ditulis awal Oktober 2017 hari tu.

Sambung cerita Dilwale

Assalamualaikum

Semalam ada aku upload komen aku tentang cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge dekat dalam instagram. Mulanya tak ada niat pun nak upload pasal cerita Dilwale. Lagipun tu cerita tahun 1995 kot, entah berapa kali tayang kat tv dah. Yang membuatkan aku upload tu sebab scene yang tengah aku tengok masa tu. Aku baru je bukak tv dalam 20 - 35 minit.

Nak dijadikan cerita scene yang aku sempat fokus ialah scene yang si Raj dan Simran ni kantoi bercinta sebab ayah Simran dah ada calon dan Simran sudah pun jadi tunangan orang. Bila dah kantoi, ayah Simran punya marah, dia belasah Raj. Dengan sound effect cerita Hindustan macam kuat sangat dia penampar mamat tu, memang mendebarkan. Haha. Simran punyalah berlari dari bilik dia dengan pakaian pengantin menangis-nangis sambil menjerit "Jangan! Jangan!"


Hello 2017!

Assalamualaikum

New year with a fresh start!

Dah 3 Januari dah. Oh mai... cepatnya masa berjalan.

Untuk tahun baru ni, banyak yang kami sekeluarga review untuk 2016 yang lepas dan buat list apa yang hendak dicapai sebelum 2017 habis. Dengan semangat baru, dengan motivasi yang segar, kami mulakan tahun 2017 dengan penuh harapan.

Bercakap tentang tahun baru, azam tahun baru dan perubahan-perubahan yang kita semua hendak kecapi, jangan pula kita lupa untuk fokus pada cita-cita jangka masa panjang kita. Biar kita dah susun semuanya dengan rapi sekaligus dengan action-plan. Tapi, jangan lupa untuk berdoa dan berusahah ke arah cita-cita kita. In case ada plan yang tergendala atau terganggu, jangan mudah kecewa, letakkan pengharapan dan keyakinan sepenuhnya pada Allah.

Masuk tahun baru ni, Wildan dan 3 tahun. Kalau ikut kiraan bulan, usia Wildan masih 32 bulan. Next year dah 4 tahun. As a mother, aku sangat concern tentang development anak-anak: education, physical, mental, emotion. Salah satu azam aku ialah untuk prepare Wildan masuk tadika. Kalau rezeki dia boleh pergi tadika umur 4 tahun, masuklah. Kalau belum ready, tunggulah 5 tahun. Personally, I don't want to push them so hard about kindergarten. Lagipun sejauh ingatan aku, Ummi hantar anak-anak dia semua tadika 5 tahun. Dan, since dah jadi SAHM, aku boleh homeschool je anak-anak berdasarkan minat dan tahap masing-masing.

Mukhlis pun dah banyak develop. Boleh main cak-cak, boleh buat tummy time. Berbeza dengan masa Wildan membesar, masa dengan Mukhlis lebih banyak memandangkan ummi depa ni SAHM kan. Tapi hectic juga untuk ibu muda ni. Lagi-lagi bila sibuk dengan kerja-kerja rumah, memasak mahu naik pengsan terkejar sana sini. Kalau boleh diklon, dah lama klon. Alhamdulillah, Abah depa sangat supportive and helpful. Everytime nampak macam hectic sangat, abah depa layan anak-anak. Nampak je macam goyang kaki layan anak tu, tapi ummi ni pun masih belajar untuk layan anak-anak dengan tersenyum walaupun stress. Betullah quote yang mengatakan jadi mak ni, dapat rehat seorang diri selama satu minit pun dah maca nikmat. Haha.

So, to those yang rajin baca kat sini, apa azam korang?
Tulis dan tampal untuk sentiasa bersemangat!

InsyaAllah, for this year aku nak share a lot of beneficial things.
Stay tune.
Peace.