Assalamualaikum.
Tamatlah sudah musim PRU14 untuk tahun 2018. Berjumpa lagi kita 5 tahun akan datang. Sudah-sudahlah bercerita pasal politik. Kita masuk bab baru pula.
InsyaAllah bulan Ramadan akan mula minggu depan. Doakan kita semua berkesempatan bertemu Ramadan dan diberikan ruang dan keupayaan untuk memanfaatkan bulan Ramadan tahun ini. Siapa yang belum ganti puasa, cepat habiskan. Yang belum bayar fidyah, bayar jangan tak bayar.
Tahun ini tahun keempat Ramadan sebagai seorang ibu. Dah empat tahun rupanya jadi mak orang. Masih susah nak percaya. Haha. Dahlah tahun ini Ramadan dengan dua hero cilik yang aktif lagi kreatif. Tahun lepas Mukhlis merangkak dan baru start solid, tahun ini dia join Wildan bersama-sama menjadi kreatif di dalam rumah.
Azam tahun ini, bulan Ramadan nak all out. Sebab tahun lepas rasa Ramadan lemau. Dan tahun ni nak cuba buat Jurnal Ramadan atau Ramadan Journal.
Teruskan membaca untuk dapatkan free printable ni.
Apa benda Jurnal Ramadan?
Jurnal Ramadan ni macam diari tapi khusus untuk bulan Ramadan dan dia lebih bertumpu kepada muhasabah diri dan sedikit mutabaah amal sepanjang bulan Ramadan.
Sejak dua tiga tahun yang lepas, ada buat sikit-sikit tapi sangat tak konsisten dan selalu tak tulis. Ada dalam kepala je. Tahun ni cari juga printable journal yang sesuai dengan diri dan tidak terlalu padat, cuma tak jumpa yang berkenan di hati. Sudahnya buat sendiri je lah. Dan terlintas, kalau-kalau ada yang cari jurnal ringkas untuk Ramadan kali ini.
My kind of journal sangat-sangat ringkas. Mutabaah pun untuk puasa, terawih dan witir. Sebab dah ada jadual mutabaah ramadan kat tempat lain (I do have my own Ramadan Planner tapi ruang untuk journaling tak cukup). Dan ada muhasabah kebaikan dan keburukan serta tadabbur al-Qur'an.
Bila nak buat jurnal-jurnal ni?
Cadangannya, buat sebelum tidur. Sebab masa itulah kita nak releasekan semua masalah dan tidur dengan tenang, dapatkan gelombang alfa sekaligus dapatkan tidur yang berkualiti (supaya bangun sahur pun chill chill je).
Ataupun
Awal-awal pagi keesokkan harinya, buat muhasabah dan tadabbur untuk hari sebelumnya. Pun sama supaya hari baru boleh bermula dengan gembiranya! InsyaAllah.
Pada aku, buat jurnal Ramadan dengan al-Qur'an sebab waktu inilah kita nak memanfaatkan al-Qur'an dan ambil pengajaran-pengajaran dari pelbagai kisah dalam al-Qur'an. Sebab lain kali, jumpa ayat yang sama, akan dapat pengajaran dan intipati baru pula tau.
Macam mana nak buat jurnal Ramadan ni?
Boleh dapatkan printable kat sini (Jurnal Ramadan / Ramadan Journal) ataupun sediakan buku kosong. Tak perlu tebal-tebal. 30-60 muka surat cukup dah. Buku bergaris ke, petak ke kosong ke terserah pada keselesaan masing-masing untuk buat jurnal Ramadan dalam buku yang macam mana.
Untuk buat/isi jurnal ni (ruangan tadabbur ayat), baca al-Qur'an yang ada tafsir atau terjemahan untuk baca maksud dan intipati ayat. Ada sesetengah terjemahan siap ada asbab nuzul (sebab turun ayat), ada hadis berkaitan ayat, ada pengajaran ayat. Bergantunglah pada jenis terjemahan yang korang ada. Kalau nak rujuk tafsir mana-mana pun boleh sangat. Lagi bagus.
(My preference of tafsir : Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir Fi Zilal)
Selesai baca al-Qur'an pilih ayat yang menyentuh, menjentik jiwa dan tuliskan.
Kenapa ayat tu menyentuh hati?
Kenapa ayat tu menjentik jiwa?
Kalau ada ayat tersentap, kenapa?
Isi dalam al-Qur'an semuanya untuk kita. Biarpun ada menyebut tentang orang kafir, orang munafiq sekalipun, sebenarnya itu untuk kita. Untuk kita fikirkan dan ambil pengajaran. Bukan sekali lalu baca dan rasa 'ni bukan aku'.
Jangan tafsir ayat sendiri dah lah. Cuma cuba hubungkaitkan al-Qur'an dengan diri kira, kehidupan kita dan hati kita. InsyaAllah dengan cara ni, kita makin dekat dan makin selesa dengan al-Qur'an dan makin rindu baca ayat-ayat Allah. Sebab tu kalau ada tafsir lagi bagus.
Jurnal Ramadan ni supaya kita semakin dekat dengan al-Qur'an bukan semakin jauh. Tak sempat buat jangan frust. Sehari sekali baca al-Qur'an dapat grab mana-mana ayat, tak tulis pun tak apa. Asalkan hati kita dengan al-Qur'an.
Bagi sesiapa yang nak dapatkan printable journal, boleh klik kat sini ya.
>>> Ramadan Journal (English Version)
>>> Jurnal Ramadan (Versi Melayu)
Semoga Ramadan kita semua tahun ini penuh makna dan manfaat serta perubahan yang lebih baik. InsyaAllah.
Apa lagi preparation yang korang buat? Komen sikit, mana tahu bagi idea juga kan. Hehe
Selamat berpuasa!

Tiada ulasan
Komen