Assalamualaikum dan hai!
Aku masih lagi sedang menerima kenyataan yang aku dah makin tua dan anak-anak semakin membesar. Masuknya tahun 2021 ni, secara rasminya Wildan akan masuk darjah satu. Nanti dia masuk tingkatan satu pun maknya masih lagi tak boleh nak move on menerima hakikat yang anaknya dah besar. Hehe.
Dan dah masuk hujung tahun 2020 aku baru perasan yang aku masih pilih sekolah agama untuk Wildan. Memandangkan aku dibesarkan dengan pergi sekolah agama, aku rasa wajar untuk aku hantar anak pergi sekolah agama. Lagipun untuk tahap 1, sesinya sebelah petang. Sudahnya pagi takkan aku nak bagi dia tengok TV kat rumah. Lagipula aku sekarang sibuk dengan kajian Master.
So, akhirnya dalam masa yang singkat aku berjaya daftarkan Wildan sekolah agama berdekatan. Asalnya aku ingat dah terlepas memang tak sempat. Alhamdulillah masih sempat ddan rupanya mudah sangat proses mendaftar sekolah agama.
Sebenarnya untuk sekolah rendah kami berbelah bahagi sama ada nak hantar Wildan sekolah swata atau pun sekolah kebangsaan kerajaan. Antara sebab jadi berbelah bahagi adalah sebab nak mudah hantar satu sekolah sekaligus ada silibus khusus untuk matapelajaran agama. Lepas ditimbang tara dan pelbagai perbincangan dibuat, kami buat keputusan untuk hantar sekolah kebangsaan kerajaan.
Boleh baca entri aku berkaitan pemilihan sekolah ni.
>>>Sekolah Kerajaan atau Sekolah Persendirian<<<
So, memandangkan aku pilih untuk hantar sekolah kebangsaan kerajaan, aku terlupa yang di negeri Selangor kebanyakan sekolah kebangsaan ada dua sesi dan untuk Tahap 1 sesinya biasa di sebelah petang. Dari tengah tahun aku masih memikirkan nak hantar sekolah mana. Sampailah hujung November. Sebab aku sendiri berpindah pindah sekolah agama sejak darjah 1. Hehe.
Kebetulan dekat dengan sekolah kebangsaan pilihan ada dua tiga jenis sekolah agama, jenis yang KAFA Integrasi ada, jenis Sekolah Rendah Agama pun ada. Malahan sekolah swasta pun merata-rata. Melihatkan dengan keadaan dan keselesaan, aku memilih untuk hantar ke Sekolah Rendah Agama. Cuma, nak mendaftar aku tak tahu menahu caranya.
Maka bermulalah sesi aku menggodek internet mencari maklumat sekolah agama yang aku nak daftarkan Wildan. Ni semua berlaku pada hujung November baru ni tau. Punya tak terfikir nak buat pendaftaran awal. Rupanya untuk pendaftaran sekolah agama mereka dah pun buka sejak bulan Ogos tempoh hari dan sudahpun dilanjutkan tarikh sehingga Oktober.
Tapi, aku memang berkenan sekolah ni sebab elok sebelah surau, kawasan perumahan dan trafik tak padat sangat. So, aku pun dapatkan nombor telefon sekolah dan telefon pejabat sekolah. Rupanya pendaftaran masih lagi dibuka tetapi segala urusan dengan Pejabat Agama Daerah, ibu bapa yang kena uruskan sendiri. Kalau daftar awal, kita hanya hantar borang dan pihak sekolah akan uruskan semuanya dan pihak sekolah akan hantar surat kemasukkan sekolah.
Mudah sangat urusannya. Pergi ambil borang di sekolah rendah, kemudian pergi ke pejabat agama daerah dan dapatkan kelulusan mereka. Semua ni sehari je dah siap. Hari yang aku pejabat agama daerah, hari tu juga aku terus hantar borang lengkap kepada pihak sekolah. Esoknya pihak sekolah telefon dan suruh aku ambil surat kemasukkan dan serah senarai yuran tahun 2021.
Suami aku siap tanya "Dah kira daftar ke?"
Memang mudah sangat, asalkan anak sudah berdaftar ke sekolah kebangsaan. Kalau swasta, yang aku tahu ada temuduga. Dan ada yuran temuduga. Itupun belum tentu anak kita lepas atau tidak untuk masuk sekolah dia. Faham je kenapa sekolah swasta agama buat macam ni sebab diaorang nak pastikan anak-anak yang berdaftar nanti tak terlalu jauh ketinggalan dan semestinya kerjasama ibu bapa sangat sangat diperlukan.
So, itu sahaja perkongsian tentang cara mendaftar sekolah agama. Bagi aku sekolah agama sama penting dengan sekolah kebangsaan. Tetap tempat menuntut ilmu. Itu cara mak aku besarkan kami adik beradik. Pelajaran agama tak boleh tinggal. Kalau dibandingkan zaman aku membesar, aku tak rasa banyak sekolah rendah agama. Sekarang ni macam cendawan dah aku tengok. Banyak dan tinggal kita pilih.
Ibu ayah yang ada anak nak masuk darjah 1 tahun 2021 ni aku doakan kita semua dapat kuatlah. Mencabar dengan anak nak masuk sekolah baru dan dengan keadaan pandemik entah bila nak reda.
Terima kasih sudi baca entri kali ini.
Harap dapat membantu sesiapa yang memerlukan.
Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Moga cepat berlalu pandemik anak-anak dapat sekolah macam biasa kan
BalasPadamAnak saya dh dpt kptusan x dpt sekolah sra 2022 utk tahun 1...boleh kah say merayu utk dia bersekolah... Tmbah dgn skrg lockdown... Nak kemana2 pejabat ssh sy dgn ada anak kcl... Sya rasa sedih sgt anak x dpr sra tahun hdpan... Masih ada harapan ke sy merayu ye
BalasPadamBuat rayuan rasanya boleh. Cuba hantar surat rayuan ke pejabat. Adalah lebih baik kalau buat panggilan telefon ke pejabat agama tanya maklumat lanjut untuk buat rayuan.
PadamSaya pun terlepas pandang sekolah rendah agama negeri ni.memang terlepas Mohon online. Asalnya nak masuk kafa integrasi tetapi tak dapat sebab dah penuh. Satu hari kejap sahaja. Mula sekali cop pengesahan jais daerah bahgian pendidikan pada surat beranak anak. Kejap saja tunggu. Terus pergi sekolah bawa surat beranak tadi bersamayg Ori berserta fodtostat ic ibu bapa Dan gambar 4 keeping. Dah siap. Alhamdulillah ala kulli hal
BalasPadamIya, sebenarnya mudah cuma ramai terlepas pandang, terutama kita yang anak pertama. Biasalah. Bila dah masuk anak kedua dan seterusnya tak ada masalah dah sebab dah ada pengalaman. Hehe.
Padam