Kenal lagi tak batu seremban?
Batu seremban adalah antara permainan tradisional yang paling seronok. Sambil bermain, dapat kawan baru, dapat kemahiran baru. Tapi sekarang macam susah nak tengok generasi alpha ni main, betul tak?
Generasi 90-an dan ke atas mesti merasai pengalaman bermain batu seremban ni. Malah dulu siap berlumba siapa paling hebat! Kalau timbang lima, dapat tangkap lima biji memang kira power. Haha.
Sebenarnya tak terfikir pun nak kenalkan batu seremban pada Wildan dengan Mukhlis. Boleh kata dah mati akal cari idea apa nak main dengan diorang untuk elakkan pendedahan skrin yang banyak. Yelah, kalau hari-hari nak mengajar membaca dan buat aktiviti dengan Wildan, dia cepat bosan. Lagi-lagi kalau rutin setiap hari sama je. Kena juga selang seli bila buat aktiviti.
Kebetulan pula, adik Ainaa (OKU) mak daftarkan join kelas menjahit dan tercetuslah idea mak nak buat batu seremban. Mulanya sekadar dia nak isi projek buat uncang. Tak disangka-sangka dapat dua tiga set terjual di kalangan saudara mara yang ada anak kecil. Rupanya ramai yang nak kenalkan anak dengan permainan tradisional ni.
Aku tolong juga promote dengan kejiranan. Mana tahu ada rezeki, dapat jual satu dua set. Dan memang ada yang nak pun. So, alang-alang dah singgah rumah mak untuk ambil set batu seremban yang ditempah orang, ambillah satu set untuk main dengan anak-anak. Hehe.
Nak tahu reaction Wildan dan Amanda (adik bongsu) bila tengok mak tunjuk cara main batu seremban?
Diaorang teruja sangat! Kagum tengok skill mak baling dan kutip buah. Dan pada masa yang sama Amanda nak cuba main. Wildanlah yang paling kelakar. Sebab lepas je tengok demo, laju dia menyebut 'Wildan tak pandai'. Hahaha. Yelah, orang dah expert baling tinggi dan boleh sambut. Besar Wildan tu kena berlatih dulu.
Sekarang ni dia cuba baling rendah je, bagi dapat sambut. Kalau suruh tinggi sikit, mesti dia cakap tak pandai tu. Lol.
![]() |
Wildan dengan Mukhlis nak main batu seremban juga walaupun tak pandai. Hehe |
Dulu, batu seremban ni mainan budak perempuan. Kalau budak lelaki mainan mereka ceper (tudung botol kaca).
Ingat lagi, kalau dalam sekelompok perempuan ada sorang lelaki main batu seremban, tak memasal kena label 'pondan'. Sama juga kalau dalam sekelompok lelaki ada sorang perempuan main ceper, dapatlah gelaran 'tomboy'. Taboo sangat dulu kalau lelaki main mainan perempuan atau sebaliknya.
Tapi, semuanya aku main. Batu seremban, ceper, gasing, lompat getah, lompat zero point, congkak. Selagi boleh explore dan main, main je. Itulah 'gajet' generasi 90-an.
Sebenarnya, kalau kita perhati mainan dulu-dulu banyak benda kita boleh belajar.
Disclaimer: Ini seratus peratus pendapat dan pandangan peribadi. Tak ada reserach pun pasal benda ni.
Dan dari batu seremban, tergerak hati nak kenalkan pada Wildan sebab aku nampak benda-benda ni:
1. Sensory skill anak-anak berkembang.
Sebab batu seremban ni daripada batu yang dibalut dalam kain, sambil anak meramas-ramas tu sensory skill dia stimulated. Kalau budak yang asyik menghadap gajet, sel-sel pada tangan dia tak berkembang sebab tangan dia tak dirangsang, tak explore, asyik scroll skrin je. Dan batu seremban ni lagi selamat dari slime yang melekit dan entah bahan apa kat dalamnya.
2. Tingkatkan fokus
Perasan tak, bila kita main batu seremban ni, kita ada target?
Contoh masa main batu satu misi kita nak kena kutip satu buah. Bila kita baling, otak kita dah target buah mana nak kutip dan pada masa yang sama dapat tangkap buah yang kita lambung tadi. Otak mula fokus, kejar target. Sama juga masa timbang. Kalau dulu, kena gegar meja pun boleh mengamuk sebab mengganggu kosentrasi. Haha
3. Belajar susun strategi.
Ini semestinya! Sebab sebelum kita nak lambung otak kita dah susun dan letak target, cara nak kutip buah-buah dan complete the task setiap peringkat. Lagi-lagi bila letak syarat tak boleh gharib (gegar buah lain yang tak dikutip). Nak lambung pun ada cara supaya batu seremban tak melekat atau nak bagi dia jarak-jarak, bergantung pada apa yang kita nak capai.
4. Matematik mudah
Untuk anak-anak 3-5 tahun, yang baru belajar matematik memang bagus main batu seremban. Terutamanya untuk batu satu, batu dua, batu tiga dan batu empat. Boleh main bilang-bilang kan. Macam Mukhlis dia suka main keluarkan semua dan masuk satu-satu dalam uncang. Sambil tu mak dia tolong kirakan kuat-kuat. Lama-lama dia tangkap lah cara membilang.
(update 23 Mac 2019)
5. Mengasah skill komunikasi anak-anak
Bila main batu seremban, mesti ada komunikasi nak tahu giliran, nak bagitahu peraturan permainan. Dan sambil bermain mesti ada borak-borak sambil tunggu giliran kan? Takkan diam tak berkata apa. Haaa, time macam nilah kita boleh asah skill komunikasi anak-anak. Sambil main, sambil kita terapkan cara yang betul untuk anak bercakap dengan orang. Contoh kalau tak puas hati atau nak marah, ajarkan cara yang betul bukan biarkan anak jerit dan mengamuk, kan? Kalau happy, takkan nak biar anak ejek orang pulak.
Nampak tak hebatnya orang dulu-dulu reka mainan? Tanpa gajet pun boleh belajar sambil bermain. Seronok pula rasa bila kupas pasal batu seremban.
Kalau korang berminat nak dapatkan batu seremban ni, boleh terus mesej aku direct atau komen je bagitahu nak satu set.
Harga pastinya mampu milik dan berbaloi sebab jahitan kemas dan tahan lama, insyaAllah.
Jangan segan-segan kalau nak order untuk anak sendiri ke anak buah atau untuk diri sendiri.
Assalamualaikum.. Boleh saya copy x sikit idea puan.
BalasPadamBoleh, dipersilakan.
Padam