Carian

Buku Ummi Profazz

Assalamualaikum

InsyaAllah ini entri kedua untuk #bookreview buku parenting.
Entri pertama kita bercerita pasal buku Now You Are A Mother, yang menggunakan bahasa Inggeris dan bukan buku tempatan.
Boleh refer pada klik kat bawah ni untuk baca review dan tengok rupa buku.

#BOOKREVIEW : Now You Are A Mother

So, untuk review kali ini, kita review tiga buku sekaligus sebab tiga-tiga buku ini ditulis oleh orang yang sama. Pada dasarnya intipati dan mesej yang disampaikan dalam tiga-tiga buku ni sama.




Pernah dengar tak pasal Profazz?

Profazz ni gabungan perkataan PROFESSINAL dan HUFAZZ. Golongan professional yang hufazz.
Dalam masyarakat kita, ramai yang mengasingkan dua golongan ni malah ada yang berfikiran once you dah jadi hafiz, tak boleh jadi golongan professional atau sebaliknya.

Tapi, adik beradik PROFAZZ ini membuktikan sebaliknya. Seriously!

Oklah, tak nak cerita panjang pasal PROFAZZ. Nak tahu banyak pasal diorang boleh terus ke Facebook Page PROFAZZ dan cari gali background diorang, kay?

Dah beli 3 buah buku Puan Nadzrah (Ummi Profazz), bermula dengan buku Membina Keluarga Profazz pada tahun 2016. Tahun lepas (2017) beli lagi Membina Keluarga Profazz 2 dan Suri Rumah Professional.

Memang seronok baca. Satu buku tu boleh habis sehari kalau tak buat benda lain. Haha.
Sebab melayan anak, kemas rumah, masak dan banyak aktiviti lain, satu buku habis dalam masa seminggu biasanya. Baca lambat-lambat tapi input banyak lagi bagus kan?



Kenapa aku rasa buku ni memang seronok dan semua ibu bapa PERLU baca?


1. Buku ini pasal perjalanan hidup keluarga Profazz. 

Bukan buku tips nak buat macam mana, apa nak kena buat, apa pantang larang. No, buku ni lain. Buku ni lebih pada kisah perjalanan keluarga Profazz yang kita boleh ambil ikitibar dan aplikasikan dalam kehidupan kita.

2. Ummi Profazz, Puan Nadzrah ni seorang wanita yang berlatar belakangkan pendidikan yang tinggi, belajar di luar negara juga tau! 

Puan Nadzrah ni bukan calang-calang orang, dia seorang yang berpendidikan. Disebabkan dia ada matlamat yang jelas untuk anak-anak, dia susun kehidupan dia dengan baik. Dari seorang suri rumah kepada suri rumah bekerja dari rumah dan sekarang dia seorang wanita bekerjaya. Ini bukti seorang ibu, surirumah boleh berjaya.

3. Relevan dengan zaman sekarang.

Walaupun anak-anak Puan Nadzrah ni golongan generasi X, tapi sangat relevan dengan zaman sekarang. Kalau baca buku ni, Puan Nadzrah tidak sampai tahap menyekat anak-anak dia membesar macam kanak-kanak lain tapi cara dan pendekatan yang dia buat melahirkan anak yang ingin dekat dengan AlQuran. Dan sebenarnya, inilah pendekatan yang seimbang dunia dan akhirat.

4. Pendidikan sebenar bermula dari rumah, bukan di sekolah.

Buku-buku Profazz ni banyak menekankan peranan seorang ibu dalam membentuk anak dan bagaimana ibu bapa adalah sekolah pertama anak-anak. Ramai orang lupa benda ni dan ramai yang berharap pada cikgu 100% untuk bagi ilmu sedangkan apa-apa pun bermula dari rumah.

5. Pendekatan untuk suri rumah dan ibu bekerjaya untuk melahirkan anak yang cinta dan ingin belajar Al-Quran. 

Walaupun Puan Nadzrah seorang suri rumah, dia ada juga bagi beberapa pendekatan dan cara bagi ibu bekerjaya untuk lahirkan Profazz. So, semua orang pun insyaAllah mampu lahirkan generasi celik Al-Quran dan pada masa yang sama seorang professional.

Ini sebab kenapa setiap ibu bapa perlukan buku ni. Bukan untuk ambil tips sebab tips ni kadang kita tak terbuat tapi untuk ambil iktibar dan kita renungkan untuk membentuk keluarga dan generasi yang hebat.

InsyaAllah semoga bermanfaat dan membantu ibu ayah yang tengah mencari buku atau inspirasi melahirkan anak yang professional dan juga hafiz. 

        Baca: Doa Mustajab Depan Kaabah

Tiada ulasan

Komen