Carian

Apa yang stress duduk rumah?

Assalamualaikum.

Mei yang lepas, sebelum masuk Ramadan, attended pelancaran Suri Rumah Rahmah (SRR). Basically, ini adalah persatuan suri-suri rumah lah. Siapa lagi yang nak meraikan kami suri-suri rumah melainkan mereka yang memahami?

Masuk Syawal, antara soalan yang aku cuba tak nak dengar ialah "Kerja apa sekarang?"
Soalan itu normal. Apa yang tak seronok ialah reaction. Bila jawab housewife, of course bermacam jenis reaction yang aku jumpa. Reaction yang positif mahupun negatif. Not that I'm offended but I'm trying to be positive here, people. I've bad perception before and trying to change.

Masa pelancaran SRR, I'm not alone. Almost semua suri rumah struggle benda yang sama. Most housewives adalah graduate (degree/master/phd) housewives.



Jadi housewife ni bukan hidup stress-free.

Aku menulis ni bagi pihak graduated surirumah supaya stigma masyarakat dapat diubah dan juga sebagai buah fikiran buat kawan-kawan yang merancang untuk menjadi housewife.

Kami, surirumah, bekerja 24/7. Ini semua orang tahu. Siap ada video acah-acah interview kerja lagi.
Ini belum masuk mereka yang bekerjaya. (Tabik spring iolls kat depa)

Memandangkan aku dibesarkan dengan mindset that one day I'll have a decent job with monthly salary, aku dulu skeptik dengan surirumah. Dulu aku rasa housewife ni uneducated dan hidup terkongkong (please forgive me). Yes, I was once like that.

Kalau ikut perancangan hidup, nak kahwin lepas PhD. Around 28-29 years old. Haha. Kita merancang, perancangan Allah lebih baik. Siap bajet dah ada rumah sebiji, kereta sebiji dan career tip top! ( I still have my dreams, and currently working my best to go for it)

Berbalik pada topik.
Jangan ingat hidup jadi housewife ni tak ada stress.
Jangan ingat hidup jadi housewife duduk atas sofa macam princess.
Even kajian survey (untuk pelancaran SRR) menyatakan kebanyakkan surirumah rasa keputusan menjadi surirumah adalah terbaik untuk keluarga tetapi tidak untuk diri sendiri. Dan aku percaya kebanyakan yang berperasaan macam tu adalah mereka yang graduate housewife.
Kenapa?
Stigma masyarakat kita dimomokkan dengan "ada degree, rugi tak kerja"
Sorry kalau apa yang aku akan tulis mengguris beribu pihak.

To me, belajar bukan untuk kerja semata-mata.
Adakah ilmu Allah bagi memang untuk buat duit je ke?
Belajar adalah salah satu cara kita train otak berfikir. Belajar adalah salah satu cara kita berjuang, berjihad.
Dengan belajarlah skop pemikiran kita semakin luas, boleh nampak big picture.
Dengan ilmulah kita mampu buat pertimbangan dan menyusun priority.
Malah dalam Qur'an acapkali disebutkan tentang golongan berfikir.

Berdosa besarkah kami para suri rumah yang ada sijil membuat keputusan untuk tinggal di rumah membesarkan anak sendiri? Seriously, community is somehow treating us as if we did the BIGGEST SIN. Macamlah kami pi bunuh orang. Huhu.

Masyarakat juga dimomokkan dengan jadi housewife ni goyang kaki tunggu suami bagi duit.
Whaaaa?
Rumah boleh kemas sendiri kah?
Kerja kemas rumah setel dalam masa 5 minit je?
Ampaian boleh lipatkan baju kah?
Lauk pauk tu boleh terhidang sendiri kah?
Anak-anak lahir-lahir pandai urus diri dah?
Anak-anak boleh basuh kencing berak sendiri?

Isu ni antara isu yang selalu aku tanya incik suami. Bila masuk tang goyang kaki, mesti dia akan cakap "cuba yang kata goyang kaki jadi surirumah kejap"
Incik suami pernah merasa jaga anak seharian bila aku buat kerja volunteering. Bukan sekali. Beberapa kali juga.
Bila balik, memang rumah tak sekemas aku jaga tapi kerelaan dia tukar shift pun dah cukup. Kita kemaslah balik ikut piawaian kita.

Antara ucapan Datin Paduka Che Asmah ialah : "being a housewife does not mean you are not educated and stop learning"
Terharu bila dengar Datin cakap. Serius nak nangis.

Apa yang stress bila jadi housewife?

First, jarang keluar rumah.
Ini serius. Kalau tak ada event, memang tak ke mana lah. Kalau tak ada lesen atau kereta lebih, tunggu jelah suami bawak berjalan.
If you are the kind yang suka keluar, rimas terperuk dalam rumah, memang akan depress pada awalnya. Been there, for two months. Hari-hari mengadu kat suami. Rasa nak start kerja je. Rasa macam salah buat keputusan. Tak sanggup layan anak yang emosi entah macam-macam. Tak larat hari-hari the same routine. Tak larat dipandang macam kita goyang kaki 24/7. Tak larat macam-macam.
Apa yang membuatkan aku kuat adalah aku tak sanggup anak duduk dengan orang lain. Aku takut dengan pengaruh luar. Nak pula zaman sekarang ni zaman teknologi. Aku pun bukan pengaruh baik sangat tapi aku boleh kawal dan boleh ubah.
Dan paling penting aku nak bersama anak selama 4 tahun pertama tumbesaran, sebab 4 tahun pertama ni sangat kritikal.
Masuk 4 tahun anak-anak dah ada karakter dan habit masing-masing yang perlu dilentur dengan teknik yang berbeza.

Second, appreciation.
Bukanlah nak hari-hari di'appreciate', memahami pun cukup. Sudi tadah telinga pun jadilah.
Incik suami memang pendengar yang bagus. Respon tu nombor dua.
Cara dia appreciate pun dengan bantuan. Ini aku sendiri bagitahu sebab tak minat hadiah memahal, pandora ke apa ke.
Nasihat aku, bagitahulah jenis appreciation yang diperlukan.
Ada orang dalam bentuk ucapan, ada dalam bentuk hadiah, ada dalam bentuk sentuhan, ada dalam bentuk perhatian.
Ini belum jenis suami ingat isteri memang goyang kaki, balik-balik tu nak dilayan macam raja. Isteri seharian bergusti berkungfu dengan anak, belum sempat rehat dah start shift lain. Phew.
Ini baru dari suami, belum dari keluarga.
Kadang tu keluarga sendirilah yang tak memahami dan menghamburkan ayat-ayat yang tidak menjaga emosi. Bila keluarga yang cakap memang terasa macam buat dosa besar. Macam kita ni pergi bunuh orang. Sakit dia, deep scar.
Eh, belum kira yang pandang kita sebelah mata je, tengok macam kita ni uneducated. Ada juga parents malu anak jadi housewife as if anak tu tak mampu berbakti pada keluarga dan hinanya laaaa jadi housewife.
So far, my family is fine but I know some people whom are not as lucky as I am.

Third, besarkan orang tak sama macam besarkan pokok bunga okay.
Pokok; cukup air, cukup baja, cukup keperluan akan tumbuh cantik.
Anak ni bukan setakat makan minum je, makanan roh, pembentukan emosi, peribadi dan tabiat kita yang bentuk.
Yang jadi stress adalah sebab ada masa expectation kita anak faham apa kita nak. Kita nak budak tu 'matang'. Lol. Face palm please.
Nak pulak zaman sekarang ni almost semua orang sign up competition anak siapa hebat.
Anak siapa hafal surah banyak mana.
Anak siapa cepat membaca.
Anak siapa pandai mengira.
Eh, anak siapa yang paling genius lah (?)
People expect graduate housewife can do homeschool easily. Doing routines sounds sooo easy. Haha. Boleh buat, tapi anak ni dengan mak mood dia lain, especially boys. Tak sama bila dia dengan cikgu. A confession from a former teacher, dia pun struggle nak mengajar anak kat rumah. Susah sebab anak-anak berlainan umur. Macam Wildan dah nak masuk 4 tahun, Mukhlis baru umur setahun. Takkan nak ajar benda yang sama? Kita pun tak boleh nak klon diri.

Fourth, me time is family time.
Ada yang memang dapat special me-time macam pergi shopping sorang ke spa ke kan. Tapi mostly dapat me-time yang suami dan anak-anak duduk depan mata berkumpul bermain. Weekend biasanya.
Weekdays?
Nak mandi pun, kat luar tu ketung ketang anak ketuk pintu. Itu mandi, kalau tengah sakit perut nak membuanglah time juga menangis sampai nak hilang anak tekak. Kena cancel projek.
Time makan lagi best, yang dalam pinggan mak juga yang depa nak. Sudah makan, ada jenis nak berdukung, ada jenis nak baring atas riba, ada jenis nak kena garukan, ada jenis nak mengeram, dan banyaklah jenis. Itu baru part makan. Belum masuk part nak solat, tengah solat, sudah solat.
Lipat baju?
Tengah masak?
Menangis dibuatnya. Boleh lunyai weyh. Haha.

Fifth, expectation masyarakat.
Masyarakat memang expect rumah yang ada housewife ni tiptop, habuk tak ada, kemas susun rapi sana sini, lantai licin, mainan pun elok rapi. Eh?
Kalau anak dah besar tu lainlah cerita. Yang ada anak-anak kecik ni, aduhai. Mengemas mainan anak sahaja berapa kali sehari. Sepah dia makan toksah kata, sepah dia exploring lagi best.
Masa awal-awal dulu depress sebab ni lah. Geram la haaaai nak kemas. Kita pulak jenis tak boleh sepah. Memang sampai rasa tak nak bagi main. Rasa nak bagi je TV ke ipad terus. Senang.
Jangan kata lama-lama akan adapt dengan suasana anak, lama-lama anak akan membesar, makin membesar, makin banyak milestones dia, makin banyak idea dalam kepala dia.
Kemas waktu dia tidur?
Boleh sangat but to me, I'm teaching my kids good habits. Suruh dia kemas the moment dia siap main. Boys ni minda lain dari girls. Bukan terus buat. Lepas lima ke sepuluh minit baru buat. Arahan entah berapa kali masuk processor otak dia.

To me, bila dah jadi housewife fokusnya pada pembentukan anak-anak sebab dalam skop kerja seorang isteri adalah membesarkan anak-anak. So, everytime aku rasa down, aku akan ingatkan diri aku apa yang aku buat adalah untuk anak-anak. Aku mempersiapkan anak-anak untuk ummah, untuk akhirat mereka. Kalau bukan aku yang peduli, siapa lagi?

Kesimpulannya, apa pun pekerjaan, semuanya susah. Tak ada yang senang. Akan ada stress sana sini. Dan, berhentilah memandang status kerja. Jangan treat kami yang housewives ni macam kami ni hina. Same goes to all jobs yang nampak low class. Semua pekerjaan tu mulia. Beza pada panggilan je, pangkat dan jumlah gaji bulanan atas sekeping kertas bernama slip gaji.
Akhirat nanti tak ada malaikat pun tanya kerja apa, gaji bulanan berapa.

Aku bagi tabik spring pada career woman sebab mereka memang tabah sangat. Aku percaya kekuatan yang Allah beri pada mereka berbeza dengan kekuatan kami yang jadi surirumah.

InsyaAllah, kita semua pun berbakti pada Tuhan.





Tiada ulasan

Komen